Skip to main content

Throwback Girl Group - 2ne1

Group 2ne1 ni masa zaman noona dulu memang popular gila. Diorang debut tahun 2009. Nak nak diorang satu company dengan BigBang. Siapa tak kenal masa tu memang ketinggalan lah...

Style diorang lebih kepada ala2 hip hop yang bergaya, unik dan catchy. Kalau girl group lain biasanya akan debut dengan concept kiyopta-giyomi panca-panca gitu...2ne1 ni plak terus bagi image bada$$ dengan fashion style and gaya rambut unik diorang. So, memang refreshing lah time tu. Lagu diorang pun catchy macam 'Fire', 'I Don't Care' & 'Lollipop'.

Members:

Sandara Park

Image result for sandara 2009
Source: Google ^_^

Sandara ni noona kepada Thunder (MBlaq). Dulu masa dia kecik2, family dia pindah ke Filipina sebab ikut ayah diorang kerja. Tapi ada issue apa ntah so diorang balik semula Korea. Anyway, sebab dah membesar kat Filipina, haruslah dia fasih cakap Tagalog kan.. Takat mabuhay pangako sayo mahal kita takde hal lah uolls... 

Sandara ni paling hot and comel antara banyak member2 girl group time tu. Kiranya dia face untuk group dia lah. Tapi yang tak bestnya, part menyanyi dia selalu agak kurang sket berbanding dengan members yang lain. Dia macam Sehun (Exo) atau Dongwoon (B2st) yang tak banyak diberi part. Taktaulah company rasa diorang ni takde bakat ke apa, just ambil sebab rupa.. But in my opinion, ok je suara diorang. Cuma mungkin range suara tak sesuai dengan lagu yang diorang bawak masa tu.

Feature Dara yang paling menyerlah time tu adalah rambut toncet dia yang bizarre dan colourful! 

Park Bom

Main vocalist dalam group. Dia paling eldest dalam 2ne1 tapi seperti biasa...diorang ni vampire sikit. Macam Dara, muka diorang langsung tak mewakili umur diorang. Negara kita pun patut buat subjek wajib cara-cara menjaga keremajaan wajah ni. =P

Suara Park Bom ni jenis sengau2 lunak marshmellow (faham tak apa yang cuba disampaikan? huhu).. 

Bom ni boleh tahan famous - sama ada yang positif atau negatif. Selain dari isu plastic surgery, ada satu kes dulu kononnya dia kena tangkap sebab bawak dadah. Papa YG ada explain kut time tu. Kata dia memang ada doctor's prescription untuk guna dadah/ubat tu. Cuma netizens yang pergi blow out of proportion. Netizens ni boleh tahan keji jugak. Yunho sendiri pernah kena. Dia minum jus oren yg 'fans' bagi. Rupa-rupanya letak racun gam apa ntah pastu kena bawak pergi hospital. Ehhh...ke situ plak kita bercerita. 


Sumber: oh-dara.com

Yang penting, janganlah saling membenci ye. Berkasih sayanglah sesama manusia.

CL

CL atau nama sebenarnya..Chae-Rin adalah leader untuk 2ne1. Dia ni muda lagi tapi diberi kepercayaan untuk lead group dan bukan unnie-unnienya. This is a big deal sebab Korea ni selalu pilih ketua based on seniority. Tapi sebab dia ni berbakat, berkebolehan (pernah dapat pendidikan kat Perancis), bergaya, dan konfiden...so dia dilantik jadi ketua.  

CL ni main rapper. Aku suka jgak cara dia rap. Tak pelat sangat dan fasih.


Image result for 2ne1 cl 2012
Sumber: Google (oh-dara.com)

Sekarang ni dia banyak bergerak secara solo. Antara rapper berjaya yang menempa nama dalam industri hiburan kpop.  

Minzy

Minzy ni maknae (bongsu) dalam group. Dia beza dengan Dara dan Bom 10 tahun tau! So umur dia debut dalam 15 tahun (2009) kut masa tu. Pastu rasanya dia training dalam 4 tahun jugaklah. Jadi, nampak tak di situ betapa mudanya trainee-trainee yang bercita-cita untuk berjaya dalam industri ni berlatih, menghabiskan masa dan zaman kanak-kanak mereka?? Sebab tu kita tak boleh senang-senang je cakap 

"apa sangatlah kerja diorang..tau nak femes je" 
"Kerja diorang senanglah, takat lompat-lompat, nyanyi-nyanyi"
"kpop is a waste of space...yada yada..."

Ada antara diorang sanggup merantau jauh sebab nak dapatkan latihan terbaik kat Seoul. Ada yang datang sehelai sepinggang, makan minum tidur tak cukup masa zaman trainee... Ada yang gaduh dengan keluarga sebab tak ikut pilihan mak ayah suruh jadi doktor, engineer atau mewarisi bisnes keluarga.. Ok, aku dah start emo.. *sob sobb*.


Image result for 2ne1 minzy 2014

Anyway, berbalik kepada Minzy..dia ni boleh kira dancing machine untuk group dia. Selalu buat body popping budak ni. Sekarang ni dia dah bukan member dah. Dah keluar dah pun. Takpe, all the best to you dongsaeng!! Muahx!

Kalau korang nak try berjinak-jinak dengan 2ne1, mungkin boleh cuba dengar lagu-lagu ni:

1. Fire
2. I Am the Best
3. I Don't Care
4. Lonely

dan banyak lagi... Selamat cuba berkenalan!

update: 
Ok..beberapa hari lepas post ni di buat, diorang disband. So betul2 jadi throwback post dah ni. T_T

~ Noona A

Comments

  1. 2ne1 dah disbanded..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul throwback jadinya bila group tu tetiba dah disband..sedih bila satu lagi legend kpop dah takde

      Delete

Post a Comment