Skip to main content

Pengajaran (Lesson Learn) Scarlet Heart



Assalamualaikum. Hai dongsaeng2. Lamanya tak meroyan di page ini. Bogoshipeoyeo.><



Hari ini noona HQ nak borak2 tentang Scarlet Heart yang telah meletop sebelum cerita The Legend of Blue Sea. Saja kasi terobek belakang. Baik menjadi jahat. Baik menjadi tamak. Baik menjadi takut. Jahat tetap jahat. Hahaha.

Di sebabkan perasaan ingin tau tentang pemerintahan raja-raja di Korea noona pun google tentang salasilah keturunan Taejo ini. Menarik sebab Taejo ini raja yang pertama untuk dinasti Goryeo. Dari jadi komander yang dipercayai, kemudian mengulingkan pemerintahan Raja semasa beliau menjadi Perdana Menteri hingga jadi raja yang berkuasa. Sebab nak kuasa punya pasal kena kahwin banyak. Pening hakak!

Secara keseluruhannya memang betul sequence pemerintahan raja-raja dengan cerita Scarlet Heart. So, memang betullah cerita ini dikaji dengan teliti mengikut situasi dan keadaan pemerintahan zaman Korea dulu-dulu.  

Ok. Sebenarnya nak cerita mengenai pengajaran dari cerita Scarlet Heart untuk ikhtibar semua : 

1. Cinta perlukan pengorbanan. Ini boleh dilihat pada Hae Soo pada putera ke 8, Wang Wook (masa diorang bercintalah) dengan cinta Hae Soo pada putera 4 Wang Soo. Begitu juga cinta Court Lady Oh pada Raja Taejo. Sanggup jadi pelayan istana walaupun tak dapat jadi Permaisuri dan akhirnya mati demi Hae Soo bagi membuktikan cintanya supaya Taejo kesedaran apa yang terjadi. Termasuk cinta Chae Ryung pada Putera ke 9.

2. Cinta tak boleh dibeli dengan status kekayaan walaupun sudah menjadi Raja. Tengok macam mana sengsaranya Wang Soo walaupun dah menjadi Raja. Namun, masih tak dapat bersama dengan Hae Soo, kena kahwin dengan orang lain. Kalau dia pilih tak jadi Raja dan tinggal di luar istana mesti dia dengan Hae Soo bersama. Kalau macam tu tak panjanglah episodnya yedak! haha



3. Ibu jangan jadikan anak sebagai tempat merealisasikan impian menaikan status mereka. Anak bukan robot. Permaisuri Pertama nak sangat anak dia jadi Raja sama juga dengan Permaisuri kedua (walaupun pada mulanya nampak baik) akhirnya tamak sebab status.



4. Apabila anak sudah mengapai impian ibu. Bila anak dah nak mati terus minta buat wasiat. Anak rasa terpinggir apabila segala usaha yang dibuat selama ini untuk ibunya rasa sia-sia bila ibu tamak dengan status. Mak sayang anak sebab kasih sayang dari hati atau status. Ibu jangan jadi tamak. Kesian sungguh pada Yoo, nak mati baru sedar mak dia macam mana.

5. Anak yang dibuang yang menjaga sehingga akhir hayat walaupun ada rasa dendam. Putera 4 tak minta lebih pun, just nak kasih sayang je pun. Dia dendam tapi dia nak juga jaga mak dia. Kadang-kadang anak yang dipinggir inilah yang lebih bertanggungjawab.



6. Hubungan adik-beradik yang tamak dengan status untuk menjadi Raja. Sanggup bunuh abang dan adik demi tahta. Ini dapat dilihat pada Yoo masa dia buat comeback nak jadi Raja, bunuh Crown Prince dengan adik dia yang dikatakan belot hasil pertolongan putera 8.



7. Yang berkuasa terus berkuasa dan membuat apa sahaja demi menjaga statusnya. Benda ini memang nampak pada pemerintahan Yoo. Suka hati tok nenek dia je nak kasi arahan & buat apa sahaja. 

8. Cinta separuh mati namun tak bersama. Part ini sedih sebenarnya, bila Hae Soo tak dapat bersama dengan orang yang dicintainya, first Putera 7 Wang wook then Putera 4 Wang Soo.

9. Cinta jangan dipendam. Setiap masalah perlu diluahkan. Kalau tidak cinta tak ke mana. Ini dilihat saat-saat akhir Hae Soo dengan Putera 4 apabila Hae Soo dah nak mati. Putera 4 kena buang ego dia bila dapat surat tu baca lah! Bertimbun2 kot dia kasi! (Tetiba emo. =p)

Ini sekadar pandangan Noona. mana yang baik kita amik. Mana tak baik jangan ikut. 

Ok. Ada sesiapa berminat nak bercuti ke Korea tahun depan? Jom la jom la. 



Include :
• Airport Transfer
• Breakfast, lunch, dinner
• Accommodation
• Transport (Public)
• Entrance Fees
• Tour Guide

Excluded :
• Flight Ticket
• Travel Insurance (Optional)
• Additional Attraction Fees (Optional)
• KPOP TOUR (Optional)

Antara Tempat lawatan yang akan di lawati
• Gyeongbukgung Palace
• Folk Museum
• Nami Island
• Petite France
• Myeongdong Street
• Namdaemun Market
• Dongdaemun Design and Plaza
• Dongdaemun Wholesale Plaza
• 1000 Led Roses Field
• Namsam Tower / Seoul Tower
• Hanok Village
• Itaewon Central Mosque

Comments

  1. Cerita yg byk buat penonton menangis byk kali..huhu..

    ReplyDelete
  2. tour tu cm menarik sbb ada KPOP tour...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la join..ajak kwn2 lain..untung2 jumpa idol ^^

      Delete

Post a Comment