Skip to main content

Case Study: Behind Bangtan Boys BTS Success

Lepas satu-satu kejayaan yang dibuat oleh BTS. Noona sekalian bukan saja bangga malah fascinated sebab BTS still kira rookie lagi, company pun kecik je tapi sudah mampu buat world tour, sold out show dan sangat pandai buat duit.

Oleh itu, mari kita recap teknik,taktik, marketing dll yang Bighit buat dengan betul sampai BTS boleh dikatakan sudah establish nama di arena international.

Semoga case study ini dapat kita implement pada benda lain (artis Malaysia ke kan). Tapi sebelum tu, ini adalah reasons kenapa Bangtan, dan bukan idol group yang lain.
  • masih dikira rookie (debut 4 tahun lepas)
  • BigHit adalah company kecik
  • Bangtan takde sunbae atau dongsaeng untuk tolong promote diorang (2AM, Homme adalah sesikit)
  • genre Bangtan iaitu hiphop belum boleh diterima sepenuhnya oleh peminat mainstream Kpop
  • pencapaian hebat Bangtan
  • reason paling jujur, sebab Noona tengah follow obses  trash dengan diorang, jadi thats why.

Note: This is an "old, forever in the draft post". Due to Bangtan going to the Billboard Awards BBMAs, lets finish this ok. Please continue reading.

-----

Solid Talent

Kita mula dari audition. Macam biasa, semua member dipilih dari audition. Dari audition, mereka akan dilatih oleh company. Ahli Bangtan yang dipilih adalah dari audition, kontes dan ada yang di scout oleh talent manager.


Audition Suga. Hahahaa..ok sorry sebab aku gelak

RapMon adalah yang pertama direkrut dari Big Hit audition pada 2010. Kemudian disertai oleh Suga dan Jhope. Masa ni masing-masing sudah ada pengalaman sebagai underground rapper dan dancer.

Nice thing here adalah dari zaman audition atau predebut ni kita sudah nampak kecenderungan each member apa & interest mereka diteruskan dalam training. Rapmon dan Suga cenderung dalam rap dan terlibat dalam rap battle.

Jhope pula minat dalam dance sebelum ditrain untuk jadi rapper. Still, dia diberikan ruang untuk terus train dancing beliau.

Sedikit kebebasan ni penting supaya minat dan passion asal mereka tak terkubur. Kau tahu apa jadi bila your real passion and interest di suppress lagi-lagi creative person, artist like them? No good.

Suga rap battle

Dari audition pun kita dah nampak ke mana Bang Pd nak bawak first group dia. Knowing where you wanna go dari awal memudahkan BH cari trainee yang mereka mahu. Which is rapper dengan strong hiphop influence.

Setelah core member ada, baru member lain dipilih untuk complement the group. And this is what missing in most unsuccessful group iaitu takde foundation dari awal. They just group a bunch of kids (or good looking kids) together, teach them how to sing a little and off you go.

Dengan solo song dan performance, lagilah kita boleh nampak individual talent mereka.

Moral of the story: Know what you want to do, get the foundation solid. Get the talent, train and polish them.

Training and polishing

Pada kebiasaanya, waktu ni function dan kadang-kadang karakter idol dibentuk ikut yang company mahukan.

Bangtan masa training period

Waktu training ini akan membentuk diri member. Ketidakpastian bila nak debut tu memang menjadi anxiety pada semua yang dipanggil trainee. Masa ini juga Iron dan SupremeBoi keluar dari team asal BTS sebab rasa tak boleh bawak rapper & idol in the same time.

No worries, mereka still menjadi rapper dan SupremeBoi still contribute dalam production lagu BTS. Untuk throwback, mari dengar We Are Bulletproof Pt. 1


Satu lagi throwback 3 rapper ni


Latihan yang biasa perlu lalui adalah singing, dancing, rapping and the usual. The members juga ada cuba-cuba menulis lirik dan producing.

BH ada hantar Jungkook ke America sebelum debut untuk belajar dance pun bagus. Budak tu dapat tingkatkan keyakinan dia, serta belajar new kind of dance.

Other talent juga kena dibentuk waktu ini sebab nanti nak pakai masa variety show dan lain-lain. Talent macam girlgroup dancing (Jhope, Jungkook power), imitate actor, imitate character (Sponge Bob, Brook sunbaenim) etc.

Mereka juga ditrain dari segi macam mana nak layan fans, facial expression (smirk, flash abs tu semua kena berlatih tau). Ha, sebab ini jugalah orang kata idol ni macam biskut keluar dari kilang sebab semua seragam je.

Selain tu, pada masa lapang ada juga training untuk bidang lain macam berlakon. Language training English, Japanese etc pun ada supaya mudah untuk communicate with fans in other countries.

Satu lagi, watak atau duty member masa training ni bukan kekal selamanya pun, as they progress designated character and duty akan berubah. Waktu ini juga leader dan eldest member sudah menjalankan tugas mereka untuk lead the group, sebagai mediator dll.

Moral of the story: Latihan asas pada semua orang. Kemudian, member perlu dilatih dan gilap kelebihan masing-masing, kena harmonikan dengan member lain.

Pre-debut Exposure

Selain isi waktu dengan training, waktu predebut BigHit juga dah selitkan budak-budak BTS sebagai backup dancer, pelakon dll.

Ini bagus sebab:
  • beri pengalaman
  • kenalkan muka diorang before debut
  • test market
Even orang belum kenal, nanti lama-lama orang perasan. Takpun akan tertanya "who that guy?". Aha, itu adalah soalan biasa sebelum "terminat".

MV Jo-Kwon ni ada featuring Suga, Taehyung, Hoseok, Jungkook dan Jin. Dapat spot diorang tak??

Dan ini Jo-Kwon featuring Hoseok ( Hoseok sangatttt la hot nya disini..damm)

Pengalaman perform telah diberikan pada mereka dari rap battle, cameo, backup dancer dll. Boleh tengok macam mana senior buat, supaya tak nervous dan akward atas pentas. Ko fikir macam mana JK yang segan nak menyanyi dulu boleh jadi main vocal BTS sekarang? Its training and experience tau.

Bad Ass Debut

Nak dekat debut baru BH bagitau ada sorang lagi member iaitu Taehyung. Aku pun tak faham kenapa Taetae dijadikan hidden member. Sian dia tak dapat berVlog dengan fans.

Hot lahai kau masa debut dulu.

Masa predebut, mereka sudah mula upload member Vlog untuk cerita perkembangan masing-masing. Ha, bab ni nanti kita fokus lebih pasal Social Media.

Untuk meningkatkan excitement fans, pada homepage mereka ada live countdown sebelum lagu dirilis. Maka menggelupur la sekalian fans menunggu countdown. Amalan ini diteruskan untuk beberapa comeback. Lepas tu diorang dah tak buat countdown dah.

Teaser video tu memang kena upload la kan.



Contoh countdown mengikut album mereka.

Bighit turut mengamalkan release teaser pada pukul 12kst. The fans anticipation menyebabkan comeback mereka dinanti-nanti dan hype. Orang yang takde kaitan dengan Bangtan apatah lagi ARMY pun tak sabar tunggu comeback.

Hype tu penting. Apa barang cakap pasal "noise marketing" kalau belum cukup momentum kan. Teaser (amalan biasa Kpop) + countdown = hype & excited fans = noise marketing

Tak lama lepas tu diorang pun debut. Diorang debut memang gempak la sebab dia bawak genre yang tak semua orang berani nak buat dan agak hardcore.

Debut dengan style hardcore hiphop mengemparkan alam Kpop seketika. Masa ni first time dengar lagu BTS, wah agresif la diorang dengan styling dasat begitu.Tapi sayangnya tak sangkut lagi dengan BTS that time.

Memasing garang masa ni

Selain tu, reason ia menjadi gempar adalah ada part dance dimana salah sorang member flash his abs..woot..woot.

Tough dan badass debut diorang. Peringatan: Masa nie umur Jungkook baru 15 ok.

Tengok nie, baru debut fanchant diorang dah kuat..Terbaiklah. Ini menunjukkan BigHit is doing the right thing bila BTS debut, sudah ada fans yang setia macam nie.

Alah fetusnya muka semua orang time ni. Jimin bagel dari debut

Best Fanservice

Selain tu, BTS juga sentiasa beri fanservice yang terbaik untuk fans. We are not talking about the expected and ordinary service macam autograph, shooting heart sign dll, tapi lebih.

BTS member contohnya Encik Min Yoongi go beyond and above bila dia yang sediakan hadiah dengan surat handwritten pada semua ARMY yang datang mini fanmeet sempena birthday beliau.


Ni lagi sekali, dua tahun berturut korang...untunglah kalian


Sampai sekarang pun diorang still amalkan fanservice yang baik dan sangat jaga ARMY macam hari tu sejuk, BTS kasi pad panas, masa MERS berleluasa, diorang kasi mask, masa last day promotion, BTS yang bancuh dan beri kopi percuma siap sewa satu lori kopi untuk peminat.



Eh kalau nak cakap pasal fanservice ni panjang pulak ceritanya. Dipendekkan cerita, they care a lot about the fans.

Dan Bangtan sentiasa mention Army dimana-mana, diseru nama setiap kali menang award. Aww~kami terharu. Kami pun dah ada lagu khas untuk Army atau dipanggil fan song.

Japan debut

Seperti idol yang lain, BigHit juga pastikan Bangtan sama berkembang di Jepun. Mungkin sebab pasaran sana lebih luas. Fans Jepun pun level kesetian tinggi woo. Kalau dah jadi fans tu, semua merchandise dia beli, sampai umur 40plus pergi konsert dengan lightstick steady jee.

Untuk mudahkan mereka, Bangtan keluarkan lagu sama cuma versi Jepun dengan MV Japanese version. Maka perlulah mereka belajar bahasa Jepun dengan lebih gigih lagi.

Tetapi sekarang ni (2015) diorang dah keluarkan single lagu Jepun. Sangat baik sebab lagu yang diorang bawak adalah berbeza ( For You ) dan mungkin lebih sesuai dengan citarasa Jepun.








Japan fanmeeting

Muster atau fanmeeting juga diadakan di Jepun. Big deal jugaklah sebab biasa Muster, anniversary concert buat kat Korea saja. Army Japan untung lah dapat kasih sayang lebih. World tour WINGS pun Jepun saja ada dekat 12 stop. 12 konsert dalam satu negara ok!

Bangtan juga terlibat dalam konsert summer di Jepun. Sesuatu yang besar dan important kalau dijemput dalam event macam Super Sonic, A-Nation dll.

Dulu masa zaman TVXQ, bertahun lepas diorang debut di Jepun baru dapat perform dalam konsert besar.

BTS pun dah sign deal dengan DefJam Japan untuk rilis single Jepun diorang (KpopHerald, 2017)

Variety show



Antara variety show terawal diorang adalah Rookie King, ini kira paling basic sebagai ARMY kena tengok.

Nak tengok Rookie King lagi? Boleh tengok link kat BTSDiary. Yang baru nak kenal BTS tu eloklah khatam Rookie King dulu sebab banyak fandom joke, inside joke berpunca dari sini.

Masa awal-awal, nak dapat tawaran pergi realiti atau variety show pun susah. BH pun rasanya tak tamak dan promote beria guna variety show. Altitude BH seolah-olah, tak dapat masuk variety show? takpe kita buat sendiri takdehal.

With their mentor, Warren G

Jadi apa BH buat adalah buat sendiri realiti show. Pastu collaborate la dengan ramai orang. American Hustle Life (AHL) contoh terbaik. Well, ada je benda tak berapa best dalam tu, dengan second hand embarresemnt lagi but still AHL salah satu marketing terbaik dari BH.

Boleh lah search AHL yang telah disub semuanya. Kat Bangtansubs pun ada.

BigHit sudah nampak peluang besar di Amerika bila mereka buat AHL. Win-win situation bila BTS dikenalkan kepada musician, hiphop real dari Amerika. 

AHL memberi pendedahan kepada BTS dan Amerika diberi pendedahan kepada BTS dan Kpop secara umumnya. Selepas itu, bilangan peminat international Bangtan memang meningkat mendadak.

K-Con

Diorang ni memang every year pergi K-Con. Setelah mengumpul fans baru dari AHL, mereka kutip lagi ramai fans bila perform di KCon. Memang dapat sambutan hangatlah sebab area Amerika, Europe tu kan jarang ada konsert kpop. 

Bila Kcon mengembara ke negara lain, BTS pun ikut layan walaupun jauh dan pastinya exhausted mereka. But its ok sebab dapat lagi fans dari negara baru macam Mexico dll.


Performance diorang pun gempak dalam venue besar tu. Harga tiket pun gempak jugak, fuh. Selain buat performance, acara yang fans nantikan adalah bila ada interaction dengan peminat. Ala comel English masing-masingkan.


Collaboration

"DM?"
"Collab??"
BTS follow Xx
Xx follow BTS

Notification dan interaction simple begini dalam Twitter pasti menyebabkan Army berdebar. Why? Sebab tak lama nanti adalah tu lagu baru keluar samada featuring, mixtape, jadi producer dll.

Kalau Taehyung boleh kita panggil King of making new friends in toilet, Rapmon bolehlah kita panggil King of Collabo.


Eh, banyaklah. Macam biasa, ini memberi pendedahan, pengalaman kepada mereka. In a way orang boleh katakan BTS ini legit la kan sebab boleh collaborate dengan orang yang memang establish dan recognized by others ni,

Mixtape

Sejak zaman predebut lagi member BTS ada buat mixtape. Selepas itu pun mereka ada membuat mixtape. Mixtape membolehkan rapper line menunjukkan style masing-masing. Walaupun RapMon, Jhope dan Suga adalah rapper, tetapi ada style yang unique dan berbeza antara mereka.

Selain menunjukkan skill, style dan taste individu, mixtape juga membuka ruang mereka untuk remix jenis lagu baru, rap dan sentuh perkara-perkara yang tak boleh diguna dalam official album. Mereka boleh menyatakan pendapat, diss or whatever .Disini mereka boleh cuba tulis lirik, produce dengan style sendiri.

Mixtape juga beri peluang untuk mereka berkolaborasi dengan pelbagai orang. Ha, besarkan lagi network tu.

1verse- Jhope

Agust D- AGUST D

Joke- Rap Monster


Dealing with issue and scandal

BH is fast (kinda) in dealing with issue or scandal pertaining BTS. Siapa boleh lupa kes Jin dan kondom itu. Walaupun ni satu kes yang ntah apa-apa, tindakan BigHit cepat jawab adalah menyelamatkan keadaan dan settle isu dengan cepat. Walaupun aku rasa BH tak perlu layan pun benda-benda macam ni.

Yang paling kerap mereka kena adalah tuduhan Plagiarism. Bukan saja BH malah Army pun bersama segera menjawab pelbagai isu dan tuduhan memacam ni. Scandal macam "Sajegi" semua tu pulak instead of BH deal dengan orang yang tuduh bukan-bukan, 

Army pun berganding bahu siap kumpul resit pembelian album mereka sebagai bukti. Mass buying album ni memang kerap pun sebab biasa buat untuk dapat masuk fansign, oversea group order untuk kurangkan kos EMS dll.

BH pun dah buat laporan dan akan ambil tindakan pada mereka yang sebarkan khabar angin, penipuan semua tu ( Naver,2017). Siap mintak Army report dan send bukti kejahatan orang tu pada BH untuk dicompile dan ambil tindakan. Ha, tau pun gigil takut.

Ini menunjukkan BH ambil berat pada BTS. Terima kasih, jaga oppa kami bebaik na.


Teamwork 



Bukan saja sesama member, malah dengan Army juga. “Teamwork makes the dream work” is not only for BTS tapi juga adalah pegangan Army.

Even Twitter account ada satu dan dikongsi tu pun sebab pada BH individual account to bukan budaya teamwork

Supportive pada setiap member itu pasti walaupun diorang selalu je kenakan member sendiri.  They are brothers for life.

Music

Hmm, banyak kita boleh cakap pasal musik BTS.

1.BTS as human also as artist their music and themselves give comfort to other people. Disebabkan mereka menulis lirik sendiri, BTS boleh menyampaikan cerita sendiri dalam lagu mereka. Bak kata orang “dari hati, sampai ke hati”. Terasa ikhlas dan jujur lirik lagu mereka.

Biasanya kpop idol adalah restircted dan kena ikut telunjuk company. Dari nama, cara bercakap, personaliti, pakaian, hairstyle, dance dan paling kena ikut adalah muzik pilihan company.

Pilihan lagu biasanya mestilah catchy dan idol-like untuk tarik perhatian fans muda.

BH sebaliknya, memberikan kebebasan kepada member untuk menulis lirik sendiri. Freedom yang diberikan ini member ruang pada BTS untuk berkembang, grow dan passion, minat meeka pada music tidak tersekat.

2. Isu yang dibawa adalah universal dan relatable dari segi lirik. Bukan sahaja isu remaja seperti masalah sekolah, cinta malah isu sosial juga disentuh.

Pilihan topik lagu mereka yang banyak menyentuh aspek society seperti pandangan serong masyarakat, life struggle, expectation luar biasa, depression, buli, kisah remaja, godaan dll menunjukkan mereka cuba sentuh pelbagai aspek bukan sahaja cerita cinta pandang pertama, heartbreak dll.

Ini menyebabkan kita rasa relatable dan fans lebih loyal pada BTS. Lirik mereka menyentuh emosi kita dan kita rasa BTS jujur dalam menyampaikan cerita mereka. Mereka authentic, dan sincere jujur. And the fact that they sing it all in korean dan kita rasa deep macam ni memang osem.

3.BH cepat mengejar trend music dunia. Diulang, trend music dunia/ global musik dan bukannya trend music kpop. Macam-macam genre dicuba dalam satu album memberikan rasa segar dan variety kepada pendengar. 

BH juga cepat “move on” dari satu jenis trend lagu. Kita tidak bosan dengan style lagu biasa idol yang tak semua orang boleh terima dan hadam

Progress, Grow, Always Evolving

Pilihan lagu dan musik mereka juga berkembang, bukan saja dari kematangan diri, visual malah dari segi musik mereka juga. Dari badass agresif hiphop kepada musik yang lebih balance dan sedikit mainstream tetapi still ada feel & rasa Bangtan.

Kita boleh tengok macam mana BH buat ini dalam satu album bila ada lagu yang typical Bangtan, ada lagu ballad, ada lagu memberontak dll.

Percubaan BH meletakkan lagu individu dalam WINGS contohnya bawa kelainan, dan menunjukkan personaliti berbeza setiap member. Nampak juga BH berani menjadikkan BTS itu verstail.

Dalam masa yang sama, asal-usul atau root mereka hiphop tetap tidak dilupakan dan masih menjadi core music mereka.


Detail Planning & Concept


Bila countdown dah guna, teaser dah biasa, BH datang pula dengan konsep “short film”. Memang mendapat perhatian disebabkan betapa estatic looking nya video mereka, kualiti terbaik, dengan tema yang berkaitan antara semua short film. 

Dari situ keluarlah pelbagai teori dari fans bila bukan saja short film dan MV saling berkaitan dan ada klu, malah ada klu dari performance sebelum ini, album sebelum ini dan lain-lain. 

Planning ni biasa BH buat ikut konsep yang dipromote dalam bebebrapa album. Contohnya school series (3 siri), youth series ( HYYH 2siri). Pemilihan konsep bersesuaian dengan umur member dan juga target audience mereka adalah terbaik. 

Merchandise

BH yang bijak sudah melihat betapa besar pengaruh Bangtan mula mengambil peluang. Sempena world tour, BH telah bekerjasama dengan company lain untuk buat goods macam travel bag, bagpack dan handcream.


Backpack boleh beli disni http://skin-skin8.jscomms.cafe24.com/

Bukan saja fans akan beli sebab merchandise, tapi juga sebab praktikal dan boleh guna masa nak travel.

Merchandizing ini bermula dengan offical product diorang macam lightstick,hiphop monster (plushie comel member) sebelum diluaskan kepada barangan lain macam World Tour merchandize.


Kalau nak shopping barang diorang boleh pi BTS Official Shop.

Social Media (this gonna be long)

Active dan natural. Dua perkataan yang boleh menggambarkan cara BH menggunakan social media. Ini boleh dilihat bukan saja dari personal account BTS, malah social account company sendiri iaitu BH.

1.Twitter

1st April? Bukan saja Army, fansite, Bangtan malah BigHit pun sama melawak April Fool. 
Sambutan hari jadi? Sempoi kantoikan gambar hodoh, meme member sampai jadi tradisi.
Hit follower milestone? Creative edit celebration sendiri.

See, they are natural. Bukan nampak sangat dikawal oleh company. Barulah ada interaksi dan engagement dengan fans. 

Diorang dah wujudkan Twitter account sejak awal lagi. Masa mula-mula tu BTS rajin jugak la reply mention fan. Dalam English pulak tu..untungla. Sekarang takde makna nye diorang nak reply satu-satu, follower je dah 3million tau.




Pengunaan Twitter diorang memang sangat aktif.

Twitter Korea pun dah dua kali anugerahkan BTS dengan Golden Tweet of Korea iaitu untuk retweet terbanyak tahun itu. 2016 BTS menang dengan tweet "Teamwork makes the dream work"



2. Youtube

Bisaanya Youtube channel official untuk upload MV dll, kalau nak yang tu ada di ibighit, tapi khas untuk Bangtan adalah Bangtantv, Youtube channel khas untuk Bangtan.

Dari playlist channel diorang ada banyak je video yang diupload. Tapi mari kita fokus beberapa video yang menarik diorang iaitu :
Bangtan Log : vlog ( ala-ala diari video)
Bangtan Bomb : rakam aktiviti biasa dan sengal mereka, behind the scene
BTS practice video : dance practice, siap ada pelbagai version

Bangtan Log
Vlog atau nama penuhnya video log adalah seperti diari dimana member akan ceritakan apa dia buat, perasaan dia, training apa dll. Log ni dari predebut lagi diorang dah rakam.

Log biasanya dirakam sendiri secara individu, maknanya takde orang lain. Masa ni kita boleh tahu apa aktiviti yang diorang buat, kerisauan hati, excitednya mereka, relationship dengan member dll.

As of now, sudah 141 log diupload ( tak tahu berapa banyak lagi staff tak upload) bermula dari tahun 2013.

Semua video yang diupload akan buatkan:
  • fans rasa lebih dekat dengan idol 
  • fans tahu perkembangan diorang 
  • fans rasa idol juga normal people yang ada kerisauan & perlu kerja keras jugak 
  • dan member juga dapat lepaskan rasa hati (nanti staff edit la video tu kan) 
  • meningkatkan hype fans bila diorang kasi hint sesuatu macam tengah training dance, baru balik dari rakam lagu baru 
Bangtan BOMB
Description untuk Bangtan Bomb adalah Bangtan life. Dapatlah kita lihat glimpse of Bangtan daily life. Bomb lagi kerap diupload 374 video (as of 13 May 2017)

Dapat kita lihat personaliti sebenar member behind the scene just them being themselves. The grumpy, sleepy, moody, hyperactive, bright mood shown in those videos.

Lagi-lagi dengan kewujudan hawk eyes army, short clip, gif set yang lagi nampak detail pandangan mata diorang, Kata-kata diorang (kadang-kadang siap kena censored), face expression diorang (pun kadang-kadang kena mosaic cover sikit), karakter sengal and silly again, makes them more relatable.

As an individual they are interesting, as a bunch they are funny, hyperactive kids that eats a lot.

Siapa perlukan variety show yang macam-macam kalau real life diorang pun dah memang reality and variety show punya kualiti. Apa lagi, ambil video, edit dan publish. Oh, sungguh bijak.
BTS practice video
Kau fikir dari mana datangnya perfect, syncronized dance mereka itu? Haruslah dari practice. Dance practice mereka dikongsi dan kadang-kadang siap bertema cute version la, halloween version la.

Nampak kesungguhan member menari. Army siap rasa terharu bila tengok BTS dah mampu bertukar dance studio yang lebih besar dan selesa.

Nowadays, almost every group pun ada Youtube channel. Tapi ada yang membezakan mereka adalah:
  • kekerapan video direlease 
  • tajuk dalam bahasa Inggeris 
  • kadang-kadang ada subtitle atau CC 
  • sentiasa link up video yang dirilis ke semua social media mereka (fancafe, Youtube channel, Twitter, Instagram) 
Waktu break/ takde akticiti mereka sentiasa feed fans dengan bangtanbomb, episode dll. Rasa mereka sentiasa ada walaupun sudah tidak buat promotion lagi waktu tu.

Satu lagi bagusnya log dan segala content ni adalah, kalau ada fans yang baru kenal diorang dari youtube contohnya, pi saja official account diorang dan dapat tengok dan kenal BTS dari video-video lama mereka

Other social app

Bangtan cepat menangkap  dan follow trend terbaru dalam social media macam Dubsmash, Snow App, VApp

English Cover

Minat mereka pada lagu antarabangsa lain lalu dicover mensebar luaskan populariti mereka. Bukanlah menumpang personaliti, sebaliknya mengenalkan Bangtan pada fans antarabangsa yang lain.

Ramai je multifandom dalam masyarakat antarabangsa ni, jadi meminati artis lain takde isu pun.

Reaction video

As much as I hate all these Youtubers (ada yang irrelevant pun, ntah sape-sape) menggunakan Bangtan sebab diorang tengah trending sekarang untuk dapat Sub dan retweet, reaction video juga mengenalkan Bangtan pada demografik baru.

Dengan subscriber dan follower yang ramai, reactioner ini memberi exposure kepada BTS. Reaksi original dan sebenar mereka, bercakap dalam bahasa yang difahami mereka (English), rasa relatable sebab "Same girl! He is hot!" mewujudkan fans baru.


CONCLUSION

In short, Big Hit, Bangtan dan Army inilah tiga pillar utama yang membawa kepada kegemilangan Bangtan Boys (BTS) sekarang. We need each other, we help each other, we protect each other, so lets be happy together shall we?


p.s: agak-agak boleh buat tesis tak ni? Defense proposal di BigHit entertainment contohnya..hahaa

~Noona B
Full time kpoppers, part time kpop researcher.

Comments