5 Ogos 207, Sunway- Tiga orang sahabat telah pergi
“berombak” dengan gembiranya. Setelah terlalu lama tidak pergi menonton konsert
kpop, Noona B telah berjaya memenangi tiket untuk ke konsert ini. Terima kasih
kepada @welovekpop dan @mkfc yang telah menganjurkan giveaway.
Disebabkan kami ada “adult life” yang berbeza, Noona A, B
dan H hanya dapat berkumpul lebih kurang pukul 7 petang selepas melaksanakan
tanggungjawab masing-masing.
Oh ya, struggle juga untuk menuntut tiket kemenangan
giveaway tadi. Drama pun ya jugak. Pertukaran tempat tuntut tiket adalah last
minute. Aku rasa yang buat hal ni organizer aka *call tu. Masa tiket launch dia
beri keutamaan pada subscriber dia dulu. Ok fine, marketing strategy. Pastu
tiket dia agak mahal jugak la (RM 788, RM 588, RM 452, RM 333, RM 222)
Lepas tu hujung-hujung dekat nak konsert, eh banyak pulak
giveaway. Hampir semua media ada tiket
untuk giveaway. Tiket tak habis ler tu..kot..hehe.
Rasanya lebih baik kalau organizer decide awal kat mana tempat
redeem tiket, kasi gambar atau location, sediakan table dengan label media
(sebab banyak media buat giveaway) dan buat redemption waktu yang sama contoh
2-5pm.
Buat signage ticket redemption pun elok juga supaya taklah fans sesat
dijalan yang lurus. Korang organize pastu beri je media uruskan masa redemption time tu.
Boleh je, diorang kan selalu buat, bukan first time pun.
Ok kembali kepada cerita asal. 7pm tu (before tu pun dah
beratur panjang) dah beratur ramai fans diluar gate Sunway Lagoon. Macam biasa
gate berbeza ikut jenis tiket. Tapi takde function pun selain dapat masuk awal
sikit sebab dah lepas gate tu kena jalan jauuuuh ke dalam sebelum sampai
concert venue. Sebagai orang professional, kami biar je adik-adik beratur dan
kami pergi isi perut dulu di Texas.
By the time kami kembali ke gate, orang tak ramai dan tak
perlu pun beratur panjang. Kami tunjuk tiket, masuk ke dalam dan bag dicheck
oleh guard. Dah kalut sebab konsert nak start pukul 8. Kami pun steady
melangkah masuk. Misinya adalah mencari toilet dan surau. Magrib dulu
kawan-kawan.
Akhirnya kami sampai ke concert venue iaitu kawasan pantai
tu. Takdelah beach party sangat sebab dia dah keringkan air pantai, tapi pasir
ada lagi lah. Masa tu dah kedengaran nyanyian lagu dari stage. Rupanya Victon
baru selesai buat persembahan sebagai opening. Ah, tak sempat akak nak
berkenalan dengan lagu korang kan.
Tiket yang dimenangi ni paling belakanggg sekali. On the way
nak ke tempat tiket tu, kami stop tepi pagar sebab BTOB tetiba ada atas pentas.
Layan gak tepi ni sebab lebih clear nampak screen. Nak nampak jelas muka
diorang tu memang idok lah kalau dah tiket free standing C macam time Red Bullet dulu. Sebelah VIP pun
nampak kaki je macam tengok SNSD
dulu.
Disebabkan tepi lagi clear dan tak berhimpit, sampai ke
sudah kami tersadai di gate tepi sambil menjerit..hehee. Marilah kita tengok
kpop performance satu-satu ya. Yang Victon tu akak minta maap na sebab tak
sempat tengok.
Ni ada sikit video yang dirakam masa kwave..Tengoklah dulu.
Ni ada sikit video yang dirakam masa kwave..Tengoklah dulu.
BTOB.
Oh yeah, inilah yang menyebabkan kami terberhenti tengah jalan sebab tetiba BTOB ada atas pentas. Flashback pulak masa 2012 Asia Super Showcase in Malaysia kat Kenanga dulu. Time tulah first time kenal BTOB (noob sangat masa tu nak sebut BTOB pun tak reti). Rasanya banyak lagu jugak iaitu I’ll Be Your Man, Second Confession, Beep Beep, Movie.
Oh yeah, inilah yang menyebabkan kami terberhenti tengah jalan sebab tetiba BTOB ada atas pentas. Flashback pulak masa 2012 Asia Super Showcase in Malaysia kat Kenanga dulu. Time tulah first time kenal BTOB (noob sangat masa tu nak sebut BTOB pun tak reti). Rasanya banyak lagu jugak iaitu I’ll Be Your Man, Second Confession, Beep Beep, Movie.
Opening ment dia Peniel mengetuai sebab English dan Hyunsik
abang mata cepet menunjukkan skil berbahasa Cina beliau. Nak tengok behind the
scene BTOB di Malaysia boleh check out Peniel vlog di Youtube channel beliau Peniel Offical Vlog.
Seperti biasa, vocal Btob memang mantap, dance pun bagus
walaupun ada berlaga-laga atas pentas (akak nampak tau). Aku suka stage outfit
memasing. Punya banyak berpeluh, jelas muka masing-masing dengan waterproof CC
cream.
Sebagai Melodies yang suam kuku, sedih pulak tak tau
fanchant diorang walaupun selalu je follow lagu baru BTOB. Haruslah waktu Huta
kena menjerit paling kuat. Huta kenal dok? Minhyuk lah..hehe. Lagu lama macam 2nd
Confession dengan Beep Beep menggamit memori gitu.
Kurang meriah dengan lightstick kali ni. Rasa tak lengkap
pulak nak menjerit tanpa lightstick. Lepas ni kalau pergi concert, takde
official lightstick, atau banyak sangat lightstick nak bawa (yalah, kita kan
multifandom), beli jelah apa2 lampu buat meriah.
APINK
APINK pulak bawak lagu NoNoNo, Mr Chu, Five dengan apa tah lagi lupa. Haa time ni aku angin dengan cameraman. Bias ke apa, time Eunji solo susah betul nak ada solo shot beliau. As per usual, persembahan menarik dari Apink. Outfit memang sesuai untuk musim panas, lepas pulak ye outfit ni. Disebabkan kalini tak dikelilingi fanboy, tak dapatlah mendengar jeritan diorang yang boleh kasi pecah gegendang tu.
APINK pulak bawak lagu NoNoNo, Mr Chu, Five dengan apa tah lagi lupa. Haa time ni aku angin dengan cameraman. Bias ke apa, time Eunji solo susah betul nak ada solo shot beliau. As per usual, persembahan menarik dari Apink. Outfit memang sesuai untuk musim panas, lepas pulak ye outfit ni. Disebabkan kalini tak dikelilingi fanboy, tak dapatlah mendengar jeritan diorang yang boleh kasi pecah gegendang tu.
TeenTop
Satu lagi group yang always ada lagu yang bop, dance awesome
tapi belum hit it big. Outfit terbaiklah dengan suit putih dan hitam. Mesti
berpeluh macam apa diorang kat belakang pentas tu. Dance diorang tak pernah
mengecewakan. Apa yang mengecewakan bila cameraman lambat zoom out time dance
break. Come on, semua orang tau time dance break tu feet movement diroang
paling osem kot. Group shot dari depan pun sekejap-sekejap sangat, tak puas tengok.
Lagu macam Love Is, Crazy, Rocking, Miss Right semua memang
bop dan kita enjoy dance along dengan lagu diorang. Dance cara kami la sambil
angkat-angkat tangan tu..hehe. Sebab dah lama lost, bila Teentop naik pentas
terus bilang berapa member dia ada sekarang..huhu
B1A4
Kalau ada award best dress, B1A4 boleh menang dengan baju
ala Hawaii beach boy diorang. Ikut tema betul. Diorang dari merenjis air
mineral, lalu bertukar menjadi pesta siram air lepas Baro pi angkut sekotak air
mineral Dasani. Lenjun la fans yang dok rockpit tu. Abang polis dengan
cameraman pun kena jugak tu. Kelakar bila cameraman kena cepat-cepat lap balik
lens yang kena air.
CNU sejak berambut baru ni memang bertambah hot. Maknae
alahai comel macam biasa. Hujung-hujung tu Sandeul pun terduduk kena simbah air
dengan member. Ha, baru betul member ye dok.
Lagu mereka seperti Whats Happening,
Highlight.
The highlight of the day pastinya closing act iaitu
Highlight aka Beast. Abang-abang CEO menari atas pentas uols. Kenapa CEO? Sebab
Highlight adalah bawah management baru iaitu Around Us yang dimiliki oleh xxxx.
Highlight menyanyikan lagu baru mereka sejak menggunakan
nama Highlight iaitu Plz Don’t be sad, Calling You, YeY. Dan pastinya Good Luck
la yang paling mendapat jeritan meriah. Sedih pulak tak sempat tengok diorang
perform masa Beast dulu. Untunglah Dujun amek fan banner, lightstick dari fans
yang dok depan stage tu.
Begitulah sedikit catatan apa yang aku ingat masa festival
haritu. Apa yang best dari festival ni adalah dapat tengok beberapa kpop idol
dalam satu masa. Rasanya last sekali ada festival macam ni adalah Golden Disk Award 2013 dulu. Pentas dia nampak cun
sebab berlatarbelakangkan bangunan Sunway tu.
Tapi apa yang tak best kali ni adalah camera man dia tak
best. Ada je shoot tak cantik dan membazir diorang. Time solo dia zoom member
yang salah lah, zoom kaki padahal lagi lawa shoot dari depan tengok group dance
dll. Camera yang sepatutnya ditengah pun tak berapa nak center dan selalu cut
ke kamera tepi.
Wahai cameraman, shoot dari tengah la paling lawa dan best tau
dak?Kesian jugaklah cameraman bila Baro dok tuang mineral water
macam air hujan tu. Gigih dia kena cepat-cepat lap lens kamera..hhahah
Selain tu, boleh tak pakai translator lain ke? Yang boleh
translate dengan tone sikit? Dan cepat sikit translate. Tau neves tapi boleh
praktis lagi kot. Kalau noona opkos lah tak boleh translate sebab sibuk fangirl
tepi stage.
Penat je tau kami jerit Encore!Encore kat belakang tanpa
dipedulikan. Selepas lagu terakhir dari Highlight, MC naik ke stage dan cakap
terima kasih dan akan ada #kwavemusicfestival ke2 pulak. Bagus-bagus menarik ni
ada lagi satu. Tapi serious la tak best ending camtu je, pastu bye-bye..Ish,ish
tak hype langsung.
Satu lagi, ramaaiii fans tak suka dengan concert venue.
Sunway sponsor besar tu yang nak buat kat tempat dia, hotel dia semua. Maybe
next time buat konsert kat mana-mana stadium kat KL ke. Senang access, semua
orang tahu dan lebih selesa.
Meet and Greet pagi tu pun rasanya ramai yang tak tahu. Hmm,
macam mana korang punya itinerary pun tak clear. Katanya jugak gate lambat buka
menyebabkan ramai tak sempat kejar masa Victon buat opening. Maybe sebab Sunway
Lagoon masih beroperasi macam biasa siang tu.
Jadi diorng tak open gate awal supaya dapat business as usual kat dalam.
Ha tu organizer kena consider la macam mana sebab first
performance sharp 8pm, tapi gate bukak lambat. Dah tu kena menapak jauhh
sebelum sampai stage. Kena calculate la semua tu lepas ni.
Sebagai penutup, kami bertiga bergembira dapat ke konsert
bersama. Juga dapat jumpa lagi dengan BTOB, APink dan melihat persembahan dari
Teentop, B1A4 dan Highlight dan Victon (tengok fancam je). Kepada organizer
terima kasih organize concert ini dan semoga lepas ni punya event lagi best la
ye.
Sekian, laporan dari Noona. Till we meet again in other
concert! Jemputlah tengok super short video compilation kat Youtube kami.
Comments
Post a Comment