Yes I know, #kdramaspoiler untuk
ahjusi Heo Im belum siap lagi, tapi aku dah habis tengok drama Age of Youth 2
(AOY2). Tak panjang pun drama ni, cuma 14 episod dengan durasi 1 jam per
episod.
AOY2 adalah sambungan dari drama
AOY yang ditayangkan pada tahun 2016. Tapi kalau tak pernah tengok AOY pun
masih boleh faham AOY2, aku ok je faham.
Sepatutnya
semua 5 watak dikekalkan, tapi sebab ada beberapa masalah diganti oleh pelakon
lagi. Onew sepatutnya pegang watak Ho-chang, tapi ada kes jadi diganti pelakon lain.
Watak utama dari AOY2 adalah:-
Watak utama dari AOY2 adalah:-
- Han Ye-ri sebagai Yoon Jin-myung
- Han Seung-yeon sebagai Jung Ye-eun
- Park Eun-bin sebagai Song Ji-won
- Ji Woo sebagai Yoo Eun-jae
- Choi Ah-ra sebagai Jo Eun
Drama ini masih berkisar mengenai
kehidupan lima orang wanita berumur 20-an yang berdepan dengan isu dan kisah
sendiri. Mereka berlima adalah housemate dalam rumah yang dipanggil Belle Epoque.
Bagi korang yang pernah atau
sedang menyewa dan punya roommate serta housemate akan rasa relatable.
Antara kebiasaan dan realiti yang ditunjuk dalam drama contohnya:-
- 5 orang = 5 mug.
- Wajib basuh mug sendiri.
- Lepas guna atau pakai sesuatu kena letak ditempat asal.
- Hormati privasi orang lain.
- Masak bersama mengeratkan persahabatan.
- Semua orang ada tugas masing-masing.
- Hanya kerana kita kawan atau serumah, tak semestinya kita setuju dengan semua perbuatan dia.
- Tikam belakang itu real and its hurt.
Kita dapat tengok personaliti sebenar
mereka disebalik karakter biasa masing-masing. Ji Won seorang yang bright,
positif, happy-go-lucky, tidak serius sebenarnya mengalami traumatic childhood
yang menyebabkan dia hilang memori.
The innocent, nerdy, direct
straight to the point Eun-jae sebenarnya tak tahu express perasaan dia. Bila
dipressure untuk beritahu perasaan atau masalah, dia akan deny dan larikan
diri. Even parents dia sendiri pun tahu dah.
General Jo atau Jo Eun yang
nampak macam takde perasaan sebenarnya adalah pemalu, cute, kurang pengalaman
dan ada banyak complex diri berpunca dari masalah keluarga yang berpecah.
Sunbae yang nampak mementingkan
diri tu sebenarnya setia, ambil berat pasal semua orang. Dia selalu jaga semua
orang dengan cara dia sendiri walaupun kadang orang tak perasan niat baik dia.
Ye Eun yang orang nampak bajet
innocent sebenarnya dikawal dan dikongkong oleh emaknya. Tendency untuk
mengawal dan ubah orang ni pun dia terikut sampai nak ubah BF dia. Akhirnya dia
sedar, menjadi diri sendiri, treat semua orang sama adalah lebih baik.
Tema persahabatan adalah main
theme drama ini. Isu semasa seperti sexual assault, perpecahan keluarga,
depression issue, idol reality dll juga dimasukkan. Final episode banyak
merungkai dan member ending kepada setiap karakter.
Jo Eun akhirnya boleh terima ayah
dia dengan family baru. Tapi macam mana dengan mak hairdresser dia yang psiko
tu? Adakah Jo Eun dapat maafkan ayah dia? Acceptance doesn’t mean forgiveness
tau.
Jo Eun menangis kesedihan lepas BF
dia pergi tentera. Dia boleh admit perasaaan dia, dia baru mengenali her feminine
side and realize it’s ok to make it obvious, she’s rather straight forward and
cute.
Tapi macam mana pulak persahabatan dia dengan Ye-ji, kawan suara Pikachu
itu? Adakah betul kawan dia anggap Jo Eun lebih dari kawan?
Jiwon dapat kembalikan ingatan
dia masa sekolah dengan trace back sampai ke sekolah lama dia. Dia confront
cikgu yang buat sexual assault pada kawan dia, Moon Hyo Jin. Dia mulakan
pengumpulan maklumat dan bukti untuk bawa cikgu tu kemuka pengadilan. Tapi
adakah cikgu tu berjaya ditangkap dan dihukum?
Sung min sentiasa disisi dia dan
tolong Yewon. Bukan saja Sungmin, malah orang lain pun tahu Sungmin ada
perasaan pada Jiwon dan tunggu bilalah dia nak confess. In a way, Sungmin
mengaku dia suka Jiwon tapi adakah mereka akhirnya bersama??
Min-yung sunbae pula orang fikir
dia sudah matured, everything under control, boleh figure out anything, tak
fleksible, hati kering gitu. Tapi sebenarnya dia juga struggle to make a living
macam orang lain, struggle maintain long distance relationship dengan chef
comel tu.
Walaupun hati kau keras sunbae, dia sebenarnya baik hati, try to take
care of everyone, tak reti nak menolak. Sunbae kelakar lah interaction dia
dengan Heimdall. I thought akan ada love line between these two, but I’m glad
writer didn’t take that route.
Even Asgard member dapat move on
dari realiti yang mereka tak dapat berjaya dalam dunia idol. Persembahan
terakhir mereka, juga persembahan dipentas terbesar mereka dibuat dengan
sesungguh hati, so no regret.
Heimdall pun move on bukak homestay kat kampong,
ok what ada potensi tu. Legit tu rumah yang 5 sekawan ni pernah stay dan
“tertangkap” perompak bersiri.
Eun-jae akhirnya dapat move on
dari first love dia walaupun masih terteleng-teleng lagi leher nak check out
orang tu. Not bad pink shirt guy kinda cute too, tapi Eun-jae ok dia tak
terdesak nak jump into new relationship.
Like she said it, Eun-jae akan lebih
matang dalam relationship dia nanti, just go with the flow; tak usah try too
hard.
Ye Eun akhirnya dapat tahu siapa
stalker yang dengki dengan dia. Dia juga dah hilangkan trauma dengan lelaki,
malah score a cute, nerd boyfriend. Tapi adakah relationship Ye Eun tiga
bersahabat ni dapat diselamatkan? Macam mana relationship dia dengan mak dia?
Sampai ke sudah aku masih tak
mengerti waktu opening tu mesti ada image dan scene yang random pada akulah
tapi katanya berkaitan dengan tajuk episode tu. Contohnnya tajuk episod 14 They Have Their Own Mirror, Goodbye
See You Tomorrow.
Walaubagaimanapun, pada aku
ending drama ini adalah abrupt; macam gitu je dia nak habiskan drama. Banyak
sangat kisah yang tak tahu endingnya. Iyalah, memang ending itu up pada
interpretation kita sendiri tapi flow ke arah ending tu macam tu je.
Antara yang menarik dalam drama
ini adalah epilog yang diletak pada beberapa episod memberi input yang tak
dapat dari drama saja. Behind the scene, teknik interview buat kita rasa seolah
watak ini adalah orang yang betul.
Monolog diakhir setiap episod oleh karakter
yang berbeza pun refreshing sebab dapat tahu dari POV yang berbeza. Cameo dari
season 1 itu harus, baru ada kesinambungan gitu.
Pada akulah kan, sejujurnya kita
boleh nampak sedikit diri kita pada setiap watak. Yang menariknya adalah
bagaimana mereka menyelesaikan atau mencari closure dengan bantuan sesama
mereka.
Relatable, not too heavy, not too light drama. A bit of fun, funny,
ridiculous, realistic, dramatic, melancholic senang kata cukup rencah semua.
Akhir sekali, tahniah kepada diri
sendiri sebab berjaya habiskan drama ini *clap*clap*. Mungkin ada sambungan kot
drama ni, kita tengok next year.
Korang yang tonton drama AOY2 ni,
apa komen korang? Watak apa paling relatable pada kalian?
Kongsikan dengan
noona meh!
Till next time, adios!!
Noona B
Comments
Post a Comment