Skip to main content

Throwback Thursday Episode 2: UKISS

Hi semua! Selamat datang ke Episod 2 untuk #throwbackthursday featuring UKISS. UKISS bermula pada tahun 2008 dan sampai sekarang aku masih tak boleh blah dengan maksud disebalik akronim UKISS iaitu Ubiquitous Korean International Idol Super Star. Hehehe kemain panjang lagi nama diorang.


Mari kita tengok pilihan lagu untuk di"balingbelakang" minggu ini.

Shut Up aka Shikero



Ah untuk pengetahuan, Jungkook bukanlah maknae pertama yang acah Oppa dalam lagu. Bila Dongho dok panggil diri Oppa dengan muka comel tu, hahaaa oklah percubaan sangnamja tu.

Oh yes, inilah MV yang pilihan style mereka mengingkatkan aku pada 2 MV DBSK iaitu Wrong Number dan Mirotic. Aku masih sangat suka dengan suit biru tu. Kemas dan smart je nampak. Masa ni pun baru tahu perkataan man-bra tu apa huhuhuu. 

Mahir betul cakap shikero lepas dengar lagu ni berkali-kali. Dok tengok MV lama ni semula idol suka betul pakai eyeliner & eye makeup gini time awal-awal debut, sepesen je.

Woott..Kevin tunjuk abs wei dalam MV, baru perasan. Ala, Kevin yang comel MC After School Club tu, macam tak percaya je huhu. Kira power juga MV dulu-dulu dengan banyaknya abs dan shirtless disini. 

MV yang keluar pada tahun 2010 ini adalah MV terakhir dengan kesemua 6 orang ahli asal UKISS sebelum member ditambah dan diganti.

0330



Lagu inilah yang menginspirasikan aku untuk beli piano plastik, cari note dan belajar main piano. Dapatlah juga 2 baris pertama piano tu walaupun jari keras benau.

Ahhhhh comelnya Dongho masa ni. Maknae adalah main character dalam MV ni. Aku rasa takde orang faham cerita dalam MV ni. Adakah hyung semua jealous Dongho ada girlfriend? Awat dengki sangat korang, biarlah dia dan cinta monyetnya. Atau perempuan tu dah meninggal dan Dongho tak boleh move on?

“Yo, listen up. This is my tragic story, just to break into my heart” We all know that part doesn’t make sense, but who cares sebab part ni kita boleh hafal hahaha. Heyy the rap still amazing, the old school rap oleh AJ.

“Don’t deny our R squared pi” hahahahahaaaa ok ni lawak habislah wei, sape punya idea selit formula sekolah dalam lagu cinta wei…hahahaa

Zaman dulu tak ramai orang nak analisis dan buat teori untuk memahami MV dan lirik. Kita terima je seadanya walaupun tak faham atau tak logik. Life so simple back then heheh

Kau dengar tu bias aku dalam UKISS iaitu leader Soohyun punya tarik suara..power. Dannn aku tak ingat belah mana pernah baca dulu 0330 tu represent angel. Sesiapa ada sumber yang sahih pasal maksud 0330 ni sila roger la ye. Dekat 7 tahun tunggu jawapan tak sampai-sampai hee

Bingeul Bingeul aka Round Round



This is how brave sound back in 2010. Berbingguel semua orang. Baru perasan dance UKISS banyak guna bahu aka shoulder dance banyak. Masa ni ada 7 member, kira ramailah juga sebab zaman ni biasa 5 orang satu group. 

Man Man Ha Ni aka Am I That Easy



Kasi dua video lah boleh tengok beza performance dan suara mereka.

Ha, inilah lagu yang kira mempopularkan lagi UKISS iaitu Man Man Ha Ni. Siapa je tak tahu shoulder dance dari MV ni kan, memang legendary dance. 

Semua orang dok tiru gaya Dongho dance dengan expression muka beliau. Kira masuk level jadi meme juga masa tu featuring jambul merah. Catchy betul lagu ni 

Variety Show

Variety show yang menarik UKISS masuk antaranya UKISSVampire, Idol Maknae Rebellion (Dongho), Ullzang Shidae (Kiseop) . 

Ini link untuk Ullzang Shidae bagi yang tak pernah tengok https://www.youtube.com/playlist?list=PL2D5C483D8035C4ED. Dulu sempat jugaklah tengok show ni sebelum pupus ditelan zaman.

Variety show Maknae Rebellion aka Maknae on top ni wajar diadakan semula sebab kelakar dan best tengok savage nya maknae group idol semua.

Walaupun aku bukan KISSME tapi lagu-lagu UKISS juga ada dalam masa zaman awal kenal Kpop dulu. Terima kasih atas memori dan pengalaman berada dalam blackhole bernama kpop ini.

Korang pula suka lagu UKISS apa masa dulu? Kongsilah kat bawah komen ni ok!

~B

Comments