Skip to main content

Thursday Throwback Episod 1: BEAST


Beberapa minggu lepas, Noona A ada suggest buat baling belakang untuk lagu kpop. Al-maklumlah, Noona bertiga tak sempat kejar lagu-lagu baru yang sentiasa keluar. Jadi bila terdengar lagu kpop zaman gila & aktif kpop dulu, rasa nostalgic pula.

Episod pertama Thursday throwback ini aku dedikasikan kepada kumpulan BEAST. BEAST masih wujud sekarang ( Januari 2018) tapi guna nama baru iaitu HIGHLIGHT walaupun sudah kurang satu ahli Hyunseung.

Marilah kita melalui memory lane dengan lagu pilihan DJ anda hari ini, Noona B.

비가 오는 날엔 (On Rainy Days)



Permulaan lagu je dah mendayu. Nyanyian dengan suara clear jelas sedap je ditelinga. Dengar pulak tu waktu sejuk-sejuk hujan…perghhh. Ini contoh lagu yang kau tak bercinta pun apatah lagi clash tapi sendiri feel sayu..hahaha

Dah 7 tahun wei lagu ni. Kalau hantar anak sekolah, dah dapat result UPSR dah budak tu..huhuu. Katanya kalau hujan kat Seoul sana, lagu ni naik balik masuk dalam chart, ha gitu nak cakap betapa signifikannya lagu ni pada jiwa kami.

Part paling best mestilah rap. Junhyung berdehem, aku pun berdehem mendengarnya. Sayangnya lagu ni takde MV.


FICTION

Fuh opening dia adalah repetitive tapi addictive. Opening terus rap, menarik kan. Rap macam ni memang In sangat waktu tu. Lagu ni bukan saja ditulis oleh Junhyung, malah main actor dalam MV pun dia jugak. Gikwang pun masih ada iras-iras AJ lagi masa ni.

Tapi yang paling addictive adalah tarian mengerakkan-kaki-kiri-kanan-sambil-tangan-masuk-kocek. Cool sangat ni dance ok, semua orang pun tiru. 

Satu lagi signature lagu ni adalah sound effect menulis atas kertas. Oh the good old days of takde sape kisah sangat pasal view, streaming bagai. Kau pilih dan ulang dengar lah sampai lebam lagu yang kau suka, takde sapa nak judge kau.


BAD GIRL



Serius zaman ni hampir semua lagu lebih kurang ginilah bunyi dia.

IM HEART SICKKK, HEAL ME, BE CRAZY, CANT LET YOU GO, 
SO BEASSSSSSSSSSSSSSSSSSSST 
Bingu..binguu..

Eh banyaklah catch phrase dari lagu ni. 

Rasanya bukan aku saja yang bersyukur style rambut dan baju ni dah berlalu. Fuh the dance break, stylo betul. Ahhhhhh the old kpop sound that we enjoy every day back then.

Beast first ever MV.

BEAST - '숨 (Breath)


The beat & sound ahhhhh bestnya. Inilah lagu latihan pernafasan dulu.

Breath in, breath out…Lagu yang menyebabkan orang pandang slack kat kau sebab kau berbunyi gitu.. Semua orang pun nak try part yang diorang bernafas guna tangan tu sebab macam cool ( 2.06)
Perfect sangat dance routine ni. 

Part “ I cant breath..breath..breath” tu mesti gelak zaman tu sebab silap dengar “breast” je hahaa

I don’t knoooooooooooowwwwwwwwwwwwwwwwwww. DamnYoseob killing it since debut.

Part dance topless dalam hujan tu dulu segan2 tengok..oh innocent zaman dulu.


SHOCK


Everyday I shock, SHOCK! Menyanyi siap terangkat badan nak emphasize the shock part hahaha..Tangan automatic terikut dance part shock ni.

Ganas sungguh muka Junghyung masa ni, masing-masing badass katanya. Camera movement dia yang bersepah zaman tu sylo, la ni aku tengok pening dah kepala akak.

Lagu ni keluar 2010 kot, pergh sila rasa dah tua tapi ingat “ This song is not over!”

Begitulah beberapa lagu yang membawa kita kembali ke zaman 2010, 2011, 2012 the golden kpop era. Bukan ini sahaja lagu Beast yang menggamit memori, banyak lagi. Bila kau dah mula korek-korek dengan lagu lama ni, lepas satu, satu nak dengar.

Walaupun dah hampir 8 tahun lagu ini dirilis, tariannya, liriknya, catch phrase sampai sekarang masih kami tahu. Seronok dan mudah je jadi kpop fans dulu. Kau dari fandom mana pun, kalau suka enjoy the music. Harapnya kita sekarang pun enjoy the music tanpa bezakan darjat (official fan atau tak, predebut atau new fan takde beza pun).

Korang pulak lagu Beast apa yang feeling throwback? Kongsilah dengan kami kat bawah tau, nanti kami balas ok.

Till then, adios!
~b



Comments

  1. teringat diorng ckp mse lagu fiction keluar dance tu dance penguin hehehe comel abg2 ni

    ReplyDelete
  2. Semua dalam list ni suka..tambah 1 lg lagu.noona..mystery..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaaaa suka mystery..mystery jugak dengan dance dia tu..ah bestnya

      Delete

Post a Comment