Skip to main content

Welcome to Waikiki, Eulachacha Waikiki Drama Review


Drama paling kelakar setakat ni untuk 2018. Sepatutnya Waikiki ni tak sampai 20 episod, tapi sebab sambutan hangat, ditambah lagi sampai 20 episod.

Main reason aku tengok cerita ni sebab:
  1.  Ada perkataan guesthouse, so I expect something new bukan cliche kdrama
  2.  Kim Jung Hyun, suka tengok lakonan beliau dalam School 2017
Ternyata drama ini tidak mengecewakan. Ada comedy, releatable youth struggle with a dash of romance, perfect drama untuk release stress.

Sinopsis Eulachacha Waikiki 

Drama 20 episod dengan durasi 1jam setiap episod berkisar tentang cabaran dihadapi 6 orang kawan. Kang Dong Gu, Bong Du Shik dan Lee Jun Ki adalah kawan baik dan bercita-cita ingin menulis, menerbit dan berlakon dalam filem. Mereka bertiga mengusahakan sebuah guesthouse bagi mengumpul duit supaya dapat merealisasikan impian.



Dong Gu baru berpisah dengan Soo Ah yang akhirnya ditipu kekasih baru sehingga hilang tempat tinggal. Dalam keadaan guesthouse yang tiada pelanggan, sewa rumah tertunggak, bil air dan elektrik dipotong, ditinggal kekasih mereka berdepan satu lagi kejutan.

Seorang budak kecil ditinggalkan tanpa ibu bapa diguesthouse Waikiki. Akhirnya emak baby (Sol) Yoon Ah cari semula anak dia dan tinggal/bekerja di GH.



Setiap episod tidak kering gusi dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh 6 orang ini. Dong Gu dengan perangai childish nya berusaha untuk melupakan kekasih lama, menguruskan GH dan mencari peluang menjadi direktor filem.

Du Shik bekerja part time di kedai serbaneka dan menulis fanfic. Junki sanggup menerima apa saja watak untuk berlakon. Seo Jin akhirnya berjaya bekerja sebagai wartawan dan Soo Ah menjadi fashion designer dengan online shopnya sendiri. Yoon Ah pula berjaya menunaikan impian menjadi patissier.

Watak yang pelbagai dalam drama ini relatable dengan apa yang dilalui oleh penonton yang berusia mungkin 20-35 tahun. Character development mereka tidak awkward walaupun ada beberapa part yang "out-of-nowhere" diwujudkan.



Cameo dari ramai pelakon tambahan menambah rencah. Antara yang menjadi cameo seperti Park Sung Wong, Kim Young Ok, Lee Deok Hwa, Kim Kiri dan ramai lagi. Walaupun ramai cameo ni lagi terkenal, tapi scene mereka tak overshadow watak utama.

Aku tidak expect any love line kecuali Dong Gu dan Yoon Ah. Towards the end barulah Junki dan Du Shik mendapat love line mereka. Walaupun tidak panjang dan meleret tapi best. Second lead syndrome tidak dialami sebab side character Junki & Du Shik lagi kelakar & relatable. Itu yang banyak meme aku buat dari screenshot drama ni, ha itu boleh cekidaut dekat sini Kdrama Meme



Perkara lain yang aku perasan dalam drama ni adalah color tone yang digunakan. Warna soft, pastel dan kadang-kadang bright color digunakan dengan bijak. Kira pleasing to the eyes lah.Mix and match color untuk pakaian dan style semua watak best, rasa nak pinjam je wardrobe diorang.



Dan aku baru perasan lepas habis 20 episod, bahawa drama ni takde OST yang memorable kecuali main song dia "Waikiki Wonderland" dari Ulala Session yang memang kena sangat style dengan drama ni. Tapi pelbagai snippet lagu diselitkan dalam setiap episod macam lagu Hug (DBSK), Fire(BTS), iKON,Big Bang dll.

Side note, setelah habis drama baru Lee Yi Kyung (Junki) mengaku sebenarnya dia in relationship dengan Jung In Sung (Yoon Ah) omoomomo.


Kesimpulannya, drama ni light-hearted, kelakar dan menghiburkan hati. RECOMMENDED!! Dan favorite character Noona dalam drama ni adalah watak Du Shik, relatable betui hahaha..
Korang pulak suka karakter siapa? Komen kat bawah tau.

Looking forward to all actor and actress next drama. KaZZaaaa!!!
~B

Comments