32 Episod drama ini sudah habis aku tonton minggu lepas.
Sebenarnya aku tengok drama ni sebab nak tunggu sub untuk Lawless Lawyer.
Beginilah dilemma tengok kdrama on-going, kena tunggu sub baru boleh tengok.
Sengaja aku pilih drama ini sebagai komplementari drama alang-alang dah sedap
tengok drama pasal penjara (Prison Playbook), peguam (Lawless Lawyer) dan seterusnya
Partners For Justice. Jadi Partners For Justice ini kdrama pasal apa sebenarnya?
Sinopsis Partners For Justice
Drama ini berkisar tentang seorang doktor forensic yang
perfectionist dan seorang peguam yang berusaha untuk menyelesaikan pelbagai
kes. Dr Baek Beom dibantu oleh sekumpulan doktor di National Forensic Service
(NFS) dan Eun Sol dibantu oleh pasukan prosecutor dan detective.
Pelbagai kes dihadapi mereka yang dijangka sekadar kes bunuh
diri, penipuan insuran, kemalangan dan lain-lain yang setelah disiasat dengan
terperinci sebenarnya adalah kes pembunuhan atau homoside.
Seorang yang particular, teliti, perfectionist; Dr Baek tidak
suka membuat kesimpulan awal tanpa mendapat semua fakta. Sekecil-kecil perkara
seperti bau minyak, ulat dan bentuk luka yang tidak dapat dijawab soalan akan
ditelitinya sehingga mendapat jawapan. Inilah yang selalunya menukar arah
penyiasatan yang membawa mereka kepada kebenaran.
Komen saya
Grafik
Memang best dan realistik drama ini. Fokus drama adalah
menyelesaikan pelbagai kes. Setiap episode kita akan dihidangkan dengan
pelbagai kes dan cuba untuk figure out dengan maklumat yang ada. Dengan fakta
kes dan bukti forensic yang kadang kadang takde, mereka perlu sangat teliti.
Dan sering kali juga mereka perlu teliti balik fail forensic sehingga gali
balik kubur untuk buat autopsy kali kedua.
Drama ini agak grafik jugaklah walaupun ada bahagian yang
diBlurkan, masih dia tunjuk juga darah, jantung semua tu. Kalau boleh jangan
tengok time makanlah sebab aku biasa tengok drama ni sambil dinner, kadang
tolak tepi pinggan sekejap hhuhuhuu. Paling real bila dia guna pemotong besi
yang besar tu untuk potong rib aka tulang rangka dada tu wei huuu
Loveline
Ketiadaan loveline watak utama sangat tidak menganggu keseronokan drama
ini. Loveline yang ada cuma side karakter dia iaitu Detectieve Cha Soo Hoo dan
Dr Jung Sung-Joo yang berusaha meraih cinta Dr Stellar. Cute je cubaan
memasing. Rupanya Sung Joo dah 3 tahun try tackle Stellar, siap masuk kelas
English lagi hahaha. Yang penting sedikit loveline ini tidak menganggu fokus
drama dan tidak buang screentime.
"Power Of The Bab"
teknik ajak pi makan.
Karakter
Sebaliknya drama ini compensate that dengan sedikit demi
sedikit menunjukkan human side character utama. Kisah kenapa dan macam mana Dr
Baek ini begitu serious dan seperti takde perasaan dirungkai perlahan-lahan. Karakter
beliau seorang yang serius, persistent aka degil, ikut kepala sendiri, tak suka
buat penilaian sendiri tanpa fakta, teliti dan susah nak senyum.
Baek Beom really hold the drama together. He can act as Nam Goong Min older brother also. Dia lebih selesa “living among the death” dari ambil pusing pasal manusia yang hidup disekelilingnya. Kontra sangat dengan watak Prosecutor Eun Sol.
People Are Like Flower, Be Gentle.
People Are Like Flower, They Once Bloom In Their Life.
Baek Beom really hold the drama together. He can act as Nam Goong Min older brother also. Dia lebih selesa “living among the death” dari ambil pusing pasal manusia yang hidup disekelilingnya. Kontra sangat dengan watak Prosecutor Eun Sol.
Sisi innocent,happy, excited untuk menegakkan keadilan
dibawa oleh Eun Sol. Dia seorang yang persistent tanpa mengetahui kuasa sebenar
ditangan siapa. Sebab tu bila masuk Prosecutor Do menggantikan Prosecutor Kang
yang berhenti, baru dia belajar realiti sebenar kehidupan.
Namun, aku rasa karekter beliau penting juga untuk membawa
keseimbangan dengan watak Dr Baek yang serius itu. Innocent Eun Sol juga
sebenarnya menimbulkan friction dalam prosecutor office dimana rupanya beliau
digunakan oleh pihak atasan.
Aku juga suka dynamic watak-watak selepas hadirnya satu lagi
watak baru iaitu Prosecutor Do Ji Han yang baru muncul dalam Episod 25something,
ternyata gandingan yang mantap dengan Dr Baek. Dua-dua keras kepala tapi
masing-masing nak mencari kebenaran dalam semua kes itu.
Walaupun ada banyak watak kecil, tapi peranan mereka di highlight
kan dalam beberapa episode. Detective Cha contohnya menjadi suspek utama
pembunuhan dalam Episod 9. Dia juga beberapa kali menyamar atau undercover
untuk menangkap suspek. Aksi berlawan beliau juga nice, tak sangka beliau
athletic. Dr Mi-ho berdepan krisis bila
dia dikuarantin kerana suspek virus, Dr Ma pula anaknya dibedah siasat oleh Dr
Baek kerana suspek bunuh diri.
Aku rasa antara tugas utama supporting actor adalah explain medical of forensic term supaya mudah difahami oleh layman atau orang biasa macam kita. Mereka juga explain the way Dr Baek berfikir to certain level. The fact that they are relatable also helpful buat kita rasa dekat dengan karakter mereka..
Oh satu lagi, apa perasaan pelakon lain yang juga kena berlakon jadi mayat? Must be a new and interesting experience to them too. And for Dr Stellar, I think she is Korean version of Zhang Ziyi, you know the beauty with the brain, the torn among the roses cenggitu.
Kes yang menarik
Pelbagai kes di cover dari kes kemalangan, bunuh diri,
pembunuhan bersiri dan lain-lain. Ada kes yang dibuktikan sebagai pembunuhan
walaupun dijangka sekdar kes kemalangan. Ada pula kes yang dijangka homoside
tapi dibuktikan sebaliknya. Towards the end of the drama pula ada kes serial
murder 30 tahun lepas yang timbul kembali. Dan ditengah-tengah penyiasatan,
terdapat mangsa baru yang menimbulkan kemarahan banyak pihak.
"Dont Write A Novel."
Baek Beom
Setiap kes akan mengenalkan kita dengan beberapa istilah
penyiasatan dan forensic. Wah, rasaa macam dalam team CSI pulak kadang-kadang.
Best drama ni sebab biasanya fokus drama adalah penyiasatan atau detective,
legal atau bidang undang-undang danperubatan. Jarang drama yang ada nice
balance of each side prosecutor dan forensic with a bit of human aspect of the
characters involved.
Memang best drama ni, jadi tak mustahilah ia mendapat rating
tontonan paling tinggi untuk timeslot tayangan dan tertinggi untuk drama ini
juga. This is how you should end a story for a second season. Dengan misteri
baru, karakter yang best, kesinambungan kes dari kes sebelum ini, season kedua
Partners For Justice memang ditunggu-tunggu. In short, I like, tak rugi tengok
drama ni.
Korang dah tengok drama ni, best tak? Komen sikit kat bawah.
~B
Season 2 dah takde Dr Stella dan detaktif Cha...kurang ceria...
ReplyDeletesetuju. menanti season 3 yang tak kunjung tiba. tengoklah drama On The Verge Of Insanity (2021) Dr Baek berlakon
Delete