Welcome to another article in Malay but title in English...hehehe.
No problem, just click the translation button at the top of the page to
translate to whole article. Now, back to bahasa Malaysia.
Aku membaca satu artikel berkenaan konsert Taylor Swift yang
tak dapat jual semua seat tapi katanya bagus untuk bisnes. Ini adalah beberapa
isi penting yang boleh diambil idea dan dijadikan pengajaran bukan sahaja untuk peminat kpop tapi juga concert
organizer.
Sudah lama menjadi pergelutan antara ticket provider dengan
scalper. Scalper bertegas mereka menggunakan free market untuk beli disatu
tempat dan jual ditempat lain dengan harga yang lebih mahal. Artis pula
tersepit dan teragak-agak menaikkan harga kerana tidak mahu fans digunakan dan
dikata tamak.
Untuk bacaan penuh boleh ke link ini Why Empty Seats atTaylor Swift’s Concerts Are Good for Business (Ya, artikel bisnes adalah kegemaran saya dan I’ll always
somehow turn it into a Kpop article)
Idea besarnya adalah letak tiket dengan harga lebih tinggi
untuk hapuskan scalper . Strategi aggressive pricing ini adalah untuk limitkan kebolehan scalper
untuk beli tiket. Tapi bagaimana pula dengan fans yang tak bersalah?
Ticketmaster, salah satu penjual tiket terbesar di USA
mengadakan program Ticketmaster’s Verified Fan. Program ini memberi akses awal dengan harga diskaun kepada
peminat setia. Dilancarkan pada tahun 2017, program ini digunakan untuk acara
yang mendapat sambutan hangat .
Apa itu Verified Fan Program?
Program ini bertujuan mengenalpasti fans sebenar dan memberi
mereka peluang mendapatkan tiket tanpa perlu bersaing dengan scalper. Untuk lebih faham boleh tengok disini https://verifiedfan.ticketmaster.com/tsofanclub
Macam mana program ini berfungsi?
Proses awal adalah Daftar untuk konsert berkaitan. Sistem
verifikasi atau Ticketmaster Fanscore akan dibuat. Contohnya kenatengok MV,
beli merchandise, beli album untuk buktikan kita adalah peminat sebenar.
Kemudian kod akses akan diberikan secara rawak kepada yang layak
mengikut fanscore. Kod akses itu boleh
ditebus untuk mendapatkan tiket pada harga diskaun. Tapi anda ada satu jam saja
untuk gunakan kod itu atau untuk konsert Taylor anda ada enam hari untuk
berjuang semasa pre-sale.
Masih lagi guna prinsip “siapa datang dulu, dia yang punya”
atau lebih elok dialihbahasa “first come, first served” tak confirm dapat
tiket, tapi at least peluang lebih adil dan benar.
Case Study Taylor Swift
Harga tiket paling rendah adalah $50, $250 dan VIP dengan
beberapa keistimewaan lain berharga $800-$1500. Pra jualan kepada Verified Fans
dijual pada 25% rendah dari harga face value yang dijual kepada umum. Harga
tiket konsert Taylor pada tiga tahun lepas adalah antara $40 to $225.
Separuh dari jualan tiket Taylor dikhaskan
untuk Verified Fans. Walaupun ada kerusi tidak terjual, keuntungan yang
diperoleh lebih tinggi hampir 15% yang bernilai lebih dari $250 million.
Ini bermakna dari segi ekonomi, walaupun number of seat
tidak sold out, tapi nilai jualan lebih tinggi.
Ticketmaster mendapati hanya 3% dari tiket ini dijual semula
diwebsite lain seperti StubHub berbanding 30-50% sebelum ini. Ini kerana harga
yang dijual semula adalah pada harga premium atau face value seperti di laman
web asal. Tiket masih ada kosong di laman web official, kenapa perlu beli
ditempat dijual semula kan? Scalper tak dapat nak flip banyak sangat dan
sambutan pun kurang.
Ini bermakna, jualan semula atau resale oleh scalper dapat dikurangkan.
Menarik bukan system ini? Sekarang kita tengok pula apa
kekurangan dan kelebihannya.
Kekurangan
- ada kemungkinan seat kosong di konsert
Jadi seperti satu simbol kejayaan bila konsert sold out yang
menujukkan high demand artist tersebut. Bila tak sold out atau “Slow ticketing”
orang kata sendu pulak. Nampaknya definisi artis hebat dan berjaya erlu
diperluas dan bukan sekadar bergantung kepada jualan tiket tour semata-mata.
- tak semua artis guna system ini
Bergantung kepada pengurusan artis jika mereka mahu dan
sesuai menggunakan system ini. Mungkin term & payment berbeza untuk mereka.
Cerita balik tabir yang memang rumit.
-kena daftar untuk artis atau konsert berbeza
Setiap tour ada link sendiri. Jadi kita perlu daftar jika
ada tour dengan artis berbeza, biasalah multifandom memang busy sikit.
Kelebihan
-Persaingan lebih adil
Walaupun tidak semua fans confirm dapat tiket, tapi
setidaknya fans pasti akan bersaing dengan fans untuk mendapatkan tiket,
bukannya berebut dengan bots atau scalper.
Hanya fans sebenar dapat 1) beli tiket 2) beli tiket pada
harga diskaun
-Kurangkan resale tiket oleh scalper
-Tingkatkan keuntungan artis
Kesimpulan
Ini adalah contoh langkah yang diambil oleh ticket provider
untuk mengatasi masalah scalper. Malaysia masih jauh lagi dari sudut menjual
tiket kerana kita masih bergantung kepada jualan tiket secara fizikal(1),
jualan online(2), jualan di outlet(3) dan lain-lain.
Eloklah kita maju setapak lagi dengan menjadikan jualan
online bersistem sebagai langkah pertama demi menghapuskan scalper durjana dan
queue yang tak bermakna itu. Semoga industry
konsert Malaysia semakin maju dan makmur.
Saya sudahi dengan lirik lagu Kau Yang Bernama IME buat
renungan kawan-kawan.
Sekian, majulah konsert kpop demi fangirl!!
~B
Comments
Post a Comment