Skip to main content

Pengalaman Beli Tiket Konsert Kpop BTS Love Yourself in Bangkok


Hai semua! Kali ini aku nak kongsi pengalaman beli ticket kpop atau biasa dipanggil ticketing. Selama ni beli tiket offline je iaitu beratur untuk beli tiket, tapi untuk konsert pilihan ni memang kena online. Kenapa? Sebab nak beli tiket konsert di Thailand.

Specifically tiket BTS Love Yourself World Tour di Thailand. Setelah bertahun tak pergi kemana-mana konsert kpop, kali ini aku nak jugak ke konsert BTS dan pilih seat elok sikit. Tak maulah menyesal macam masa konsert THE RED BULLET in Malaysia dulu bila beli tiket paling murah & hujung sekali.
.
Selain tak nak menyesal, aku nak tiket di Bangkok ni sebab
1. Belum dapat petunjuk masa ticketing untuk Singapore
2. Venue lain di Asia agak mahal (HK, Taiwan dll)
3. Konsert di Indonesia & Malaysia belum announce lagi & tak tahu dapat ke tak konsert tu.
4. Tiket di Bangkok agak murah & aku tak pernah pusing Bangkok walaupun dah berkali pi Thailand

Disokong oleh alasan diatas, aku buat keputusan untuk beli je tiket di Thailand. Masa ni noona lain tak dapat nak join.

Ok ini pengalaman aku dari sebelum, semasa dan selepas membeli tiket. Nak usha website ticketing ni boleh keThai Ticket Major

Persediaan sebelum membeli tiket. 

Persediaan ini ikut korang kategori mana
1. Target nak seating mana. Ini penting untuk sediakan RM secukupnya.
2. Sediakan target ke 2,3,4. Kenapa nak target beberapa seat? Supaya kita tahu nak pilih yang lain jika seat tu dah unavailable.

Pemilihan target seating ni atas beberapa faktor
-bajet. Bajet besar boleh target seating best. Kalau belum rilis harga tiket boleh agak dari harga tiket konsert  diorang sebelum ini.
-view. Nak view penuh? View dekat stage? tak kesah asalkan dapat pi konsert? Ini boleh figure out dengan cari gambar konsert, event, show yang diadakan di venue tu sebelum ini untuk agak clear tak view seat tu.
-member. Ada orang yang akan target seating kanan/kiri yang kerap certain member akan selalu datang/berdiri. Ini boleh search dengan tengok banyak fancam & figure out which side diorang selalu pergi.

Seating plan untuk Love Yourself Bangkok

3. Pastikan passport hidup. Passport perlu hidup  lebih dari 6 bulan untuk selamat. Ini penting sebab nak beli tiket kadang dia mintak nombor passport. Renew passport RM200 untuk 5 tahun.

4. Cari website jual tiket & daftar. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti nama, email, nombor passport dll. Jika boleh simpan nombor kad boleh isi terus.

5. Baca semua info berkaitan untuk ticketing seperti
-jenis kad yang diterima (credit card, debit card, Visa, MasterCard etc)
-proses beli tiket
-tempoh masa settle bayaran
-maximum tiket boleh dibeli dll

Waduh 2 kali transaction aku decline tau

6. Kad Untuk Bayaran
-pastikan kad ini diterima untuk payment
-aktifkan International Transaction kad dengan cara call customer service bank atau aktifkan online sendiri
-prepare beberapa kad (1kredit, 1debit contohnya) tapi kena ada duitlah dalam tu. Kadang certain kad dia tak lepas payment.
-pastikan phone ditangan supaya dapat terima OTP/TAC number untuk transaction & terus enter.
- Aku gunakan BigPay je senang, dia charge harga Baht tu ikut nilai semasa dan tak perlu aktifkan international transaction kad, nak telefon lagi. Masuk je numbur kad dan settle. Nanti nak pi Bangkok pun aku bawak je kad ni guna kat sana. Senang tengok tutorial dekat sini pasal BigPay
Ada 40  minit untuk settle buat bayaran

7. Biasakan diri dengan sistem website itu. Boleh cuba beli tiket apa-apa event dalam website tu untuk faham flow dia. Figure out macam mana nak translate page tu kalau takde option English.

Hari Kejadian Membeli Tiket

1. Pastikan hari yang betul untuk beli tiket.
2. Boleh pi cyber cafe kalau internet/data tak stabil/tak kuat.
3. Pastikan laptop di On, pasang charger, mouse ready, smartphone dah full charger.
4. Buka website tiket & ready untuk beratur atau queue online. Korang akan dapat masuk page tu sedikit-sedikit supaya server web tu tak down.
5. It takes around 1 hour for me hanya untuk masuk page tu. Kesabaran itu penting.

Punya lamaaa nak sampai giliran beli tiket

6. Pilih seat yang berkenan. Jika zone yang korang target dah sold out, try your 2nd choice zone.
7. Kalau unavailable, try lagi sampai dapat. I spend around 30minute just to get a ticket.
8. Cepat2 buat payment sebab dia kasi 40minute je untuk settle bayaran. Jika tak tiket tu akan dibuka available untuk orang lain.
9. Masa ni kau akan basah berpeluh tangan, mouse, mula gigit-gigit jari tarik rambut sambil menjerit sikit, understandable. Try lagi.
10. Kat Twitter dah ada orang dapat tiket & kau bertambah stress dan nervous..peer pressure wei. Mana- mana tiket yang lepas aku rembat je, takde dah pikir apa hahahaa.
Tengok betapa lajunya Sold Out ticket
https://youtu.be/AzqvaXAreFw

11. Yes alhamdulliah payment lepas & ko dah berjaya beli tiket.

Selepas Beli Tiket

1. Check email dari ticket website. Print ticket/ confirmation email itu.
2. Screenshot email/seat korang dan kongsi kat Twitter hahaa
3. Boleh mula berpuasa untuk kumpul duit tiket flight, hotel, makan dll.


Yezza dah berjaya dapat tiket


Itulah dia sedikit sebanyak pengalaman aku beli tiket konsert online. Nervous dan excited tu ada lepas dua tiga tau haha.
.
Semoga ada sambungan pengalaman aku pergi konsert BTS di Bangkok nanti. Dan good luck kawan-kawan untuk ticketing nanti.
~B

Comments

  1. Bole tak beli tiket konsert tu guna phone???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, tapi lagi senang pakai laptop sebab kadang hang, nak dapatkan sms code / TAC ke apa kat phone nanti kalut

      Delete
  2. incase la bts betul2 dtg msia wat concert. kne standy passport jugak ke tuk purchase tix

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu komen lama tapi nak reply gak..beli tiket malaysia tak perlu passport. redeem tiket je perlu bawa pengenalan diri IC/passport

      Delete
  3. bab share dkt twiiter tu perlu okay hihihihi (jokes)

    ReplyDelete
  4. Sis harga tiket di BK itu biasa berapa pling murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhh ni lama punya tak ingat dah..dulu2 dapat lot 400+ paling murah

      Delete
  5. Sorry nak tanyalah. Seat yang kita nak pilih tu dah sold out, mcm mana kita nak pilih other seat? Ada button lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat hehe..kalau soldout dia tak boleh tekan button tu. warna lain. boleh pilih seeat yang boleh tekan & tak warna merah

      Delete
  6. saya tunggu konsert skz dkat bangkok nanti..klau saya nak suruh sis tolong belikan boleh ke? saya bagi upah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun tak sanggup berperang beli tiket sekarang hahha

      Delete
  7. Srry nak tanya, sya nk beli tiket utk enhypen dekat singapore nnti, tpi tak tau macam mna. boleh bgitau tips? sbb kena beli dkt ticketmaster singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as usual kena register dulu kat website jualan tiket. boleh baca pengalaman pendek saya kat sini https://noonameroyan.blogspot.com/2019/01/pengalaman-beli-tiket-konsert-kpop-bts.html

      Delete

Post a Comment