Skip to main content

Class Of Lies #kdrama Review



Class of Lies atau Mr. Temporary baru saja selesai tayangan pada 5 September 2019 yang lepas. Aku berminat nak tengok cerita ni sebab review tentang lakonan budak sekolah yang melakukan penipuan licik. 

Sinopsis 


Drama ini berkisar tentang seorang peguam iaitu Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang) yang diminta mewakili seorang pelajar sekolah Kim Han-soo. Han-soo dituduh membunuh rakan sekolahnya Jeong Soo-ah. 

Rancangan asalnya adalah Han-soo mengaku menikam Soo-ah, dan dijatuhkan hukuman penjara. Namun Han-soo berkali-kali bertegas yang dia tidak akan membunuh Soo-ah. 

Han-soo akhirnya menyerang peguamnya sendiri iaitu Moo-hyeok yang menunjukkan Soo-ah sebagai seorang wanita yang tidak baik, yang mempunyai “sponsor”. 

Bengang dengan perbuatan anak guamnya, Moo-hyeok pergi ke pusat tahanan untuk bercakap dengan Han-soo. Sebaliknya mereka berdua bertekak. Han-soo tetap tidak mahu mengaku salah dan hanya mahu tahu keadaan Soo-ah yang masih tidak sedarkan diri di hospital. 

Malam itu Han-soo dijumpai jatuh dari tingkat atas hospital. Dia cuba membunuh diri tapi masih dapat diselamatkan. Dia koma. Perbicaraan merekat tidak dapat diteruskan kerana suspek masih dalam koma. 

Moo-hyeok menyamar sebagai seorang guru sementara di sekolah Han-soo dan Soo-ah untuk mendapatkan maklumat tentang kes mereka. Dia dikenali sebagai Gi Kang-jae dan mula bertugas di Chunmyung High School, sekolah elit yang menjadi misteri selepas Soo-ah mati tidak lama selepas Han-soo cuba membunuh diri. 

Teacher Gi mengajar dikelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes ini. Disini dia bekerjasama dengan guru kelas itu iaitu Ha So-hyeon. Cikgu ni memang percaya anak-anak murid dia tapi sebab dia terlalu percaya sampai jadi ignorant pada realiti sebenar. 

Kelab Veritas


Ternyata budak sekolah elit ini masing-masing ada kepentingan peribadi mereka. Yoo Beom-jin ( Lee Jun-young) boleh dianggap paling berpengaruh disekolah. Top student, anak ahli kongres, tak menunjuk dan suka tolong orang. 

Kelab Veritas dianggap “top of the cream” lah kat sekolah ini dan menguasai semua anugerah yang ada. Selain Beom-jin, ada Lee Gi-hoon  (Choi Gyu-jin) anak kepada bos law firm Teacher Gi. Dia antara paling awal tahu identiti sebenar Gi. Selain itu ada Han Tae ra dan Na Ye ri. 

Mereka berempat ada “sumbangan” pada kes Hansoo dan Soo ah. Ternyata ada kaitan yang deep inside samoai ke pengarah sekolah, congressman, system pendidikan dll. 

Review 


Cerita menarik tentang inside of elite school and the politics behind it. Lakonan setiap pelakon best je. Tak sangka pulak Beom Jin tu sebenarnya adalah idol kumpulan Ukiss. Terkejut bila baca wiki tentang dia. Pelakon kebanyakkan muda-muda lagi. Bagi teacher Gi pulak sekarang baru curios pasal lakonan dan variety show dia yang lain huhu. Kalau tanya fav pulak, aku suka Gi-hoon tapi cari info pasal dia tak banyak pulak. Comel jugak ni. 

16 episod kalau betul-betul seems like a stretch. Setiap episode kisah watak sampingan ingin dikupas, ada potensi tapi dibiar tergantung begitu saja. Jika kisah mereka tak sempat diselesaikan tak perlu kot tunjukkan background story mereka. Unless it really significant to the overall story. 

Ending dia seperti yang penonton mahu tapi tak diberi ending yang nyata dan beri lagi banyak soalan. Siapa inject apa ke leher Beom Jin? Mati tak Beom Jin? YB Kang dijatuhkan hukuman tak? Dapat tak mereka buktikan Beom Jin bunuh teman wanita dia? 

So sikit disappointed lah ending dia but acceaptable. Do I recommend watching this drama? Yup, watch it. 

Rating 7/10 

Did you watch this too? What is your fav character? share with me! 

~B