Skip to main content

LIFE ON MARS #kdrama Review


Life on Mars adalah drama 16 episod di OCN yang disiarkan dari 9 Jun hingga 5 Ogos 2018. Sudah lama drama ini disiarkan dan berakhir tapi baru sekarang aku sempat menontonnya. Ada 3 sebab aku mula tonton drama ini: 

1. Drama ini adalah adaptasi dari siri drama UK dengan tajuk sama pada tahun 2006. Agak jarang kita dengar Korea adapt siri drama dari negara Barat. Expectation tinggi sebab mesti drama terbaik je Korea nak buat adaptation. 

2. Drama ini menjadi sebutan netizen Korea dengan pujian tinggi. 

3. Kyungho. Aku baru ada pandangan baik kat beliau (sorry oppa!) lepas tengok drama Prisons Playbook. Sebab muka dia lagi antagonis dari pelakon villain, itu yang aku tak layan sangat lakonan beliau. Sekarang seronok pulak tengok lakonan realistik dia. Lagi satu, dia kira abang ipar akulah sebab couple dengan Soo-young kan..so marilah kita try tengok drama ini. 

Sinopsis 


Drama ini berkisar tentang Han Tae Joo (Jung Kyung-Ho) seorang pengawai polis bidang forensic yang sangat teliti. Dia punya teliti sampai kawan seperjuangan iaitu anggota polis lain kena suspend dari berkhidmat sebab dia. Dia tidak percaya orang dan hanya percaya apa yang dia lihat dari bukti saintifik sahaja. 

Pada perbicaraan terakhir, dia sepatutnya menunjukkan bukti yang akan menyabitkan seorang pembunuh bersiri. Tapi sebab dia punya rigid tu, di akhir pembentangan tu dia cakap walaupun bukti menunjukkan orang itu bersalah, tapi bukti itu tak boleh pakai sebab telah diusik. 

Maka terlepaslah penjenayah itu yang semua orang dah tu dia bersalah. Tapi Tae Joo tetap dengan conclusion dia. Malam itu dia terima panggilan bahawa penjenayah itu terlepas dan dah culik peguam yang sabitkan dia di mahkamah, juga bekas tunang Tae Joo. 

Adegan kejar mengejar, Tae Joo dapat tangkat penjenayah itu (Min Seok) tapi dia ditembak oleh seorang lelaki lain. 

Tae Joo tersedar tetapi dia bukan didunia sekarang sebaliknya dia kembali ke tahun 1988. Walaupun blur-blur dia akhirnya faham yang dia perlu selesaikan kes-kes disini supaya dia boleh kembali ke dunia asal. 

Kes yang dia perlu selesaikan banyak berkaitan pasal diri dia. Mengenai bapanya, kawan lamanya dan pembunuh bersiri yang terlepas itu. Namun dia berdepan dengan kesukaran sebab zaman dulu mana ada teknologi canggih nak dapat data secepat mungkin. 

Disinilah dia kena belajar bekerjasama dengan Detektif Kang Dong-chul (Park Sung-woong) old-school punya pegawai polis. Dia menggunakan brawl dari brain dan juga instinct. Kadang nampak ya tak ya je detektif ni, tapi praktikal lah taktik dia. 

Tae Joo mula belajar mempercayai diri dia dan gut feeling dan bukan bergantung pada fakta sentiasa. Sebab kadang kala fakta itu boleh dipusing, boleh disalahguna. Selain watak detektif tu, aku suka karakter pegawai polis wanita iaitu Yoon Na-young (Go Ah-sung). 

Pada mulanya bengang jugaklah asyik tengok dia kena buat kopi je. Apa ingat pegawai wanita tak reti jadi detektif ke?? Tae-joo banyak beri peluang pada Miss Yoon. Ternyata dia seorang pelajar psikologi yang sanagt membantu “membaca” pelakuan jenayah atau disebut “profiling” jaman now. 

Sepanjang drama ini memang takde nampak muka Tae-joo senyum apatah lagi ketawa. Bila dia didunia 1988 baru meriah dengan team mereka punya gelagat. Dan senyuman dan kegembiraan itu kembali bila Tae-joo ambil keputusan untuk kembali ke tahun 1988. 

Ending


Ending yang penonton mahu tapi akan buat kita terfikir, macam mana agaknya kehidupan dia selepas itu? Bagaimana pula kesannya pada dia di dunia nyata? Eh banyak possibility dan persoalan. 

Kesimpulan 


Nice drama. Seronok tengok mereka selesaikan satu demi satu kes. Tidak terlalu banyak scene tahun semasa dan 1988, jadi mudah faham jalan cerita. Lakonan berkesan Kyungho yang blur, struggle tapi berjaya adapt dengan kehidupan baru. Sangat suka chemistry Kyungho dan Sung-woong. Nice dan compliment each other. You can feel the warm and closeness of the 1988 team. 

Very impressed dengan karakter dan lakonan Miss Yoon. Berbaloi beliau dapat anugerah Best Supporting Actress dalam The Seoul Awards. Chemistry Kyungho-Sung-woong pula dapat ditonton lagi dengan drama lakonan mereka berdua pada tahun ini iaitu When the Devil Calls Your Name. Kalau review nice nanti kita tengok drama ni pulak. 

Saya Kasi __Bintang!


Drama ini aku beri 8/10. Tengok tau! Yang dah tengok pulak kasi drama ni berapa star? Kongsi sikit. 


Sekian, adios~ 
B