Skip to main content

BTS Bon Voyage Season 4 New Zealand : Thought

Bon Voyage! Must Watch!

Selesai sudah aku menonton musim 4 Bon Voyage(BV) di New Zealand. Musim ini memang berbeza kerana hasrat BTS untuk melancong di musim sejuk tertunai. 

BV sebelum ini semuanya dibuat pada musim summer iaitu di Hawaii, Norway Malta. Ada beberapa perkara yang aku perasan dalam season ini.

1- BH do take into consideration apa yang each member nak. 

Mereka adakan dinner months before BV untuk dapatkan idea dari members. Dapatkan info aktiviti apa yang mereka nak. Tapi dengan 7 orang yang punya personality & interest yang berbeza, kalau rancang sendiri itinerary mereka either planning ambil masa setengah tahun, atau mereka end up lepak kat hotel sepanjang masa. Anyone yang dah pernah plan iti sendiri masa travel, pasti faham huhu.

Diorang pilih beberapa aktiviti yang most of them nak. Malah bilik yang mereka suka pun at the end of the adventure dapat juga diorang rasa.


2- Games

Baru aku perasan BTS yang come up dengan games mereka sendiri, berbeza dengan RUN atau GAYO. Maybe some of the games memang dalam skrip, tapi diorang suka buat game sendiri gak.

Ciri-ciri diorang main games pulak adalah
- akan obses dengan 1 game. Jadi mereka akan main game yang sama tu berkali-kali.
- blur& confuse dengan rules (bukan kita je tak faham rules rupanya hahaa)
- suka bet kemas dishes 
- makan-borak-karaoke/have fun-main game-kemas dishes-selesai adalah urutan mereka. Time nak kemas dishes dah penat sangat dah

3- Talk Time

BTS juga pilih waktu duduk dikeliling unggun api antara best moment mereka. After all the chaos sepanjang hari, dapat tenang dan duduk disebelah member sambil borak random stuff adalah satu moment.

Its finally just us, talking about stuff. Sometimes no talking, tapi rasa cukup, rasa happy je. Masa ni nak buat heart to heart talk privately pun nice je.

4- Me Time

BV kali ini members dapat lebih banyak masa untuk me time dengan memilih aktiviti individu.

Jin-Jungkook-Yoongi memancing.
RM-Hobi-Jimin berbasikal 
Tae melawat muzium.

5- Tanggungjawab

Scene sedih untuk aku bila RM guna masa terluangnya untuk writing songs for the group. Dia obviously nampak tertekan & tak dapat enjoy the trip 110% tapi nak buat macam mana kan kalau dah nama kerja dan tanggungjawab. But at least he do enjoy the biking.

6- Cooking Master

I thought Jin will be the main chef but no. Its Chef Min all day. Tapi Yoongi enjoy cooking for others & that time bila dia senyum tengok Kookie makan,,, ohhhh my heart senyuman nampak gusi dia tu adorable sangat. Patutlah dia suka belanja maknae makan, tengok budak-budak tu makan dengan gusto memang buat kita rasa gembira. 

Tengok Yoongi memasak, aku sendiri rasa terima kasih pada members yang selalu masak time travel jugak. Maklumlah, aku jenis cepat lapar & bertukar hijau bila perut kosong hehe

7- Nature is the way

My kind of trip sebab aku suka nature walaupun mengah hiking. Aku suka aktiviti atas atau tepi air, so fishing is included i guess. Extreme activity is optional, tapi jika bukan waktu muda kita nak try bila lagi kan.

Tapi trip melihat keindahan alam memang universal & bersifat healing. We realize how small & insignificant we are compared to the world. We appreciate everything around us.

Even Yoongi enjoy the view, members pun tanjat tau. Cuma kena tahan dengan perjalanan yang jauh dari one point to another la kot. 

8- Bila Jk say sorry to fans at the end aku rasa kesian pulak. 

Berkaca aku tengok mata budak ni. To JK, do whatever you want that is in your best interest. You are an adult that can make your own choice & know everything had its consequence. Enjoy your life, enjoy your youth cause you only get to experience it once.

And to irrational fans, mind your own damn business. Its their life and you dont own them.

9- Dream trip

NZ dah masuk bucket list to travel aku. Dan alangkah indahnya jika dapat buat road trip sambil bawak campervan sendiri.


Gembira aku melihat Bangtan gembira and enjoy the trip. Mungkin BV terakhir yang ada all 7 of them. Harap dapat tengok mereka lagi dalam lebih banyak trip.

Bon Voyage!

~B