Skip to main content

Hot Stove League #kdrama Review


Selamat datang ke sebuah lagi #kdrama yang aku tonton sebab Namkoong Min. Drama baru tahun 2019 ini berkisar tentang pasukan baseball iaitu Dreams. Pasukan tercorot liga baseball ini cuba diselamatkan stafnya yang juga peminat Dreams. Sebab itulah tajuk drama ini Hot Stove League atau definisinya peminat sukan (terutamanya baseball) yang berjumpa ketika off-season (musim winter) sambil berborak dikeliling hot stove (pemanas).

Ok fine, aku yang kaitkan tajuk drama ni dengan definisi ni tapi betul la tu kot..huhu

Sinopsis


Baek Seung-soo dilantik menjadi pengurus besar (GM) pasukan Dreams. Lantikan beliau ni sebenarnya komplot dalaman acting CEO dia untuk disband je team ni yang tak bawa keuntungan kepada parent company mereka Jaesong. Nak dibubarkan tiba-tiba, mereka takut reaction negatif dari peminat tempatan dan kesan kepada produk lain serta saham company.

Jadi CEO dia nak gunakan Mr Baek untuk bubarkan team ni. Along the way kita dapat tengok kenapa Mr Baek ni straight and serious sangat orangnya. Macam mana dia deal dengan halangan dari pemain, coach, wartawan, isu kenegaraan, sejarah lampau team dll.

Beliau mampu hadapi dengan long term strategic thinking, support staff yang sudah mula percaya & temui balik passion mereka pada baseball.

Review


Lakonan tak perlu dibahas bila Namgoong berlakon. Walaupun watak dia 90% serius, polish slick man, payah nak senyum apatah lagi ada scene romantik, tapi aku rasa tak bosan. Sebab dia berjaya bawak each character tu sesuai.

Ramai pelakon sampingan yang bukan kaleng-kaleng diambil dari coach, pengurus dll. Antara pelakon senior, femes dan lakonan mantap dalam ni adalah Lee Jun-hyeok, Kim Do-hyun,Son Kwang-up, Kim Min-sang, Lee Eol,Oh Jung-se dll

Setiap episod ada cabaran berbeza. Dan challenges tu menarik sebab tak pernah terfikir internal issue yang dihadapi oleh sebuah sport team. Kita ingat mereka cuma training bersama dan keluar bermain je. Rupanya banyak yang kita tak tahu seperti konflik antara pemain senior dan muda, pemain terkenal dan biasa, konflik antara coach, isu journalism, budget issue, training dan betapa pentingnya setiap aspek atlet dijaga dari suhu badan, makanan, suhu tempat latihan dll.

[Spoiler Sikit]

Towards the end kita boleh nampak usaha GM untuk kembalikan kegemilangan bukan saja kelab ini tapi juga staffnya. Most of the staff adalah former player dan juga real fans yang membesar dengan baseball.

Mereka memang ada minat dan passion yang mendalam tapi sudah hilang kerana kemerosotan prestasi pasukan Dreams. GM berjaya mengembalikan passion pada staff, tapi dengan cara beliau sendirilah.

Kita tak dapat agak apa next move GM, tapi yang pastinya jika kita take one step, dia sudah ada 4 steps kedepan yang sudah difikirkan. Mesti power ni kalau main chess.

Love line takde sangat dalam drama ni. Bagus jugak sebab kita boleh fokus kepada aspek management and sports dengan lebih. Kadang loveline yang dipaksa selit dalam story ni membuang masa dan screen time je.

Ending dia seperti yang kita harapkan, tapi banyak benda yang tak tahu end dia apa tapi its ok sebab tak mencacatkan cerita seperti kisah famili GM. The last character yang di introduce adalah seperti GM kuasa dua, kalau di explore barang satu,dua episod lagi mesti best jugak.

Verdict

Overall #kdrama ini membuka mata aku tentang baseball. Ia bukan sekadar sports drama tentang sportsmanship saja, rupanya lebih ramai lagi yang bekerja disebalik satu pasukan. Lakonan semua karakter baik walaupun aku rasa banyak pelakon yang tak diexplore lebih lagi.

Tapi nak buek camno kan, karakter banyak tapi episod tak banyak. Maybe kita boleh tengok drama lain untuk tengok kemampuan other actors dia.

Untuk itu aku bagi drama ni 3.5/5 Bintang
Banyak jugak tu bintang. Tengoklah best tau.

Korang pulak kasi berapa star?
~B