Skip to main content

Omok Girl (2018) Kmovie Review

Kmovie seterusnya yang ditonton adalah Omok Girl, filem berdurasi pendek 58 minit ini dirilis pada tahun 2018. Tak sangka pula dibintangi oleh Park Sewan sebagai main actress. Aku suka dengar dia bersatorri dalam drama Never Twice dengan pelakon muda juga Kwak Dong Yeon (suka dia, aku rasa ada potensi jadi the next Nam Goong Min). Ha, drama ni aku tak tengok tapi suka tengok klip lakonan mereka berdua.

Sinopsis

Berbalik pada movie ini meh sikit sinopsis pendek. Berkisah tentang Lee Baduk yang sejak lahir dah sinonim dengan permainan baduk. Dia memang power main baduk tapi ada satu masa tu dia main & last giliran dia untuk letak stone lalu kalah.

Tournament peringkat kampung pun kalah

Disebabkan dia takut kalah, dia tak dapat letak batu tu dalam masa yang ditetapkan lalu kalah jugak hahaa. Sejak itu dia agak trauma bila nak main baduk. Namun kesempitan hidup menyebabkan dia masuk pertandingan Omok untuk dapat cash prize.

Tokguru dia

Dia masuk peringkat kampung je & kalah. Ba duk dikenalkan kepada seorang pakar ni untuk belajar cara main Omok sebab game Omok dia macam baduk tapi lain sikit. Tokguru dia sekarang tengah mendalami ilmu sport stacking pulak hahaha..Lepastu dia masuk tournament Omok peringkat kebangsaan.


Never trust a nerd

Disana dia bertemu semula lelaki yang suruh dia belajar Omok iaitu Glasses Lee. Rupanya dia pun ada trauma tak boleh terima kekalahan. At the end both tak dapat ke final pun tapi keduanya dapat pengajaran yang losing or winning doesnt really matter & berjaya lepas dari trauma takut kalah.

Review


Very light movie, ada funny scene jugak. Genre drama comedy sikit, so tak boleh expect impact macam tengok thriller. Ilmu baru yang aku dapat adalah tentang Omok. Omok ni adalah traditional game, main atas board baduk. Batu sama macam baduk, ada hitam & putih. Batu tu letak kat titik intersection bukan dalam kotak macam baduk.




5 move & win the game!

Cara main adalah player pertama yang dapat 5 batu sebaris secara memanjang, melintang atau pepenjuru (diagonal) akan menang. BTS pun rupanya pernah main game ni tapi masa tu i is tak kisah game apa sebab sibuk tengok senyuman mereka saja hahaha...ada dalam Bangtan Bomb ni 

Conclusion, very light short movie untuk berkenalan dengan Omok game.

Rating

4/10 

Korang pernah main Omok atau baduk tak? Macam nak download try main lah
~B