Skip to main content

Review kmovie A Violent Prosecutor (2016)

Bertemu kembali dalam Kmovie . Last sekali aku tengok movie, itulah yang aku review movie tu. Memang jarang aku layan movie. Ini dah lepak rumah berhari-hari sebab PKP COVID 19 aku berjaya tonton movie lama ni.


A Violent Prosecutor adalah filem bertema jenayah yang disiarkan pada tahun 2016 & merupakan filem kedua kutipan tertinggi pada tahun itu, 2nd after Train to Busan. Nubbadd..ok kita baca sinopsis.

Sinopsis


Byun Jae-Wook (real name Hwang Jung-min) adalah seorang pendakwa raya yang berkobar-kobar melaksanakan tugas. Sense of justice tinggi, jadi dia agak kasar aka violent sebagai seorang prosecutor. Setakat hempok kepala, makan penumbuk itu biasa untuk selesaikan kes jenayah.

Satu hari dia soal siasat seorang aktivis alam sekitar yang memukul polis. Byun dah boleh pickup yang penjenayah ni bukan aktivis sebenar, sebaliknya part of gang yang diupah untuk membuat kekacauan. Tak sempat dia nak soal siasat esok, suspek tu ditemui mati dalam interrogation room. 

Atas dasar percaya kepada senior aka big boss, Byun bersetuju untuk mengaku salah kerana dijanjikan akan dikeluarkan nanti. Sebaliknya bukti semua point to him, lalu Byun dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun.

Macam biasalah dia kena teruk mula-mula masuk penjara sebab dok setempat dengan orang yang dia sumbat kedalam. Tapi bijak Byun, dia gunakan ilmu perundangan dia untuk tolong orang lain, tolong warden dan pengawal penjara ( sikitlah macam The Shawshank Redemption) 

Sebagai balasan, dia dapat hidup sedap sikit, dapat smoke, dapat ayam kepci dan duit jugak aku rasa tapi tak ditunjuklah directly. Yang penting dia kata, takpe nanti bila-bila aku perlukan kau, aku contact. 

Satu hari dia terdengar satu mamat baru masuk cakap pasal migratory bird & ayat tu sebijik macam penjenayah yang Byun soal siasat 5 tahun lepas. Terus dia cekup Han Chi-Won ( real name Gang Dong-won) untuk dapat info pasal kes lama tu.


Mula-mula dia buat-buat blur, tapi Byun berjaya settlekan kes Chi Won sampai dia dibebaskan. Sebagai balasan, dia mintak Chi Won tolong dia dari luar penjara supaya kesnya dibicarakan semula & kumpul bukti-bukti.


Dan endingnya Byun dengan bantuan Chi Won berjaya mintak retrial, dan bawak Asst. Prosecutor General sebagai saksi dalam kes dia. Big boss dia ni berhenti jadi pendakwa raya dan tengah sibuk jadi politician nak pilihan raya.




Ending, justice prevail.


Review


Watak utama Hwang Jung-min tak pernah mengecewakan. Genre ni memang sinonim dengan beliau, last aku tengok movie dia rasanya The Spy Gone North. Karakter dia best, pandai susun benda in advance. Ini membuktikan bahawa kejayaan datang dengan persediaan bertahun-tahun & perlukan pertolongan orang lain. Also, orang akan willingly tolong kita bila kita beri value pada mereka dahulu, dalam kes ini dia berikan legal advice free je.

Watak seterusnya yang penting adalah Dong won, banyak main tapi bijak gak membantu Byun walaupun terpaksa deal dengan gangster. Skill terpenting dia adalah convincing other people (kadang dengan sob story, kadang dengan muka hensem, kadang dengan janji manis) dan pandai dress up sesuai dengan target dia sapa.


The story masa kat penjara best, tapi towards the end macam kurang action. Iyalah memang Byun dimasukkan ke isolation place tapi i expect more i think. Maybe lebih banyak kerjasama dengan orang-orang yang Byun pernah tolong dulu dengan Chi won ke. Dan ada beberapa scene yang takde function atau sambungan macam after staff politician tu kenal chi won what did she do, apa significant nya scene relationship chi won dengan anak orang kaya tu.

Overall best cerita ni tapi aku je expect more action scene kot huhu..Good to see many good actors in one movie.

Rating

6/10

Dah tengok cerita ni tak korang?
~B