Skip to main content

Luck Key (2016) Kmovie Review


Satu lagi filem action komedi aku tonton, mungkin ini genre kegemaran kot. Filem tahun 2016 lakonan Yoo Hae jin. Filem ni remake movie Jepun iaitu Key of Life (tak pernah tengok lagi). Terjumpa filem ni sebab short clip kat FB, cam kelakar je so here we are. 

Sinopsis 


Hyung wook (lakonan Hae Jin) adalah seorang pembunuh upahan. Dia ke sebuah sauna dan terjatuh sebab terpijak sabun lol. Kat tempat sama ada Jae sung (lakonan Lee joon BEAST) pemuda yang dah putus harapan dengan hidup. Kerjaya lakonan dia tak kemana, sikit lagi nak kena tendang dari bilik sewa dah tak mahu hidup. Dia nak bersihkan diri sebelum pi end his life. 

Bila Hyung wook pengsan dalam sauna, dia tukar kunci loker mereka bila Nampak kayanya lelaki tu. Ini buat orang salah faham dan ingatkan Hyung wook adalah a jobless man. Sementara tu Jae sung lead a rich man life. 

Rasa bersalah, dia cuba pulangkan balik barang & identiti orang kaya ni sebelum dia tahu HW hilang ingatan dan tak tahu diri dia siapa. Apa lagi, JS ambil kesempatan lah menyamar guna identity HW. 

Lama kemudian dia figure out HW ni seorang assassin dan bukan seorang polis yang sangat kaya. Dia kenal dengan soerang perempuan yang diperhatikan oleh HW 24 jam sehari dengan CCTV yang dipasang diseluruh rumahnya. 

HW pulah mengambil identiti JS. Yang kelakarnya dia jadi tukang masak disebuah kedai lepas berkenalan dengan paramedic yang hantar dia ke hospital. Relationship both men dengan karakter wanita ni berkembang dengan identity baru mereka. 

Tak lama lepastu the real story baru keluar. Mereka kena kembali ke dunia asal masing-masing dan fix their old life. Tak sempat bergaduh, kena bekerjasama dan settle isu dengan big gang. Ending, the got a new life.

Review 


Suka dengan lakonan Haejin, action scene takyah cerita Nampak macho je. Kelakar pulak sebab aku kenal Haejin banyak dari variety show macam 2 day 1 night & 3 meals a day. Rasa bersalah pulak tak pernah hargai side dia sebagai actor. He is a good actor tanpa perlu bergantung pada muka. 

Lee Joon pulak aku memang bias kat dia sebab 2nd bias lepas Seungho dalam BEAST huhuuu. Lakonan bagus, drama dia berlakon pun I like! Nampaknya dia ada bakat untuk main watak action lepas ni. 

Comedy scene banyak pada Haejin dan tak banyak kat Lee Joon. Walaupun genre dia action tapi cerita ni tak heavy pun light je aku rasa. Tapi 2 hours a bit of a stretch kot huhu 

In short best gak tapi sekarang aku rasa tak cukup tengok Haejin in action. So I will be back with more haejin action movie kot after this. 

Till then, stay at home and watch more kmovie! 

Rating

8/10 

~b