Skip to main content

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo Kdrama Review


Akhirnya aku Berjaya tengok drama top tahun 2016. Sebab dah takde menda nak buat, godek laptop ada drama ni so kita layanlah. Episod banyak sikit dari biasa (16 episod) yang ni ada 20 episod. Ok baca synopsis sikit lepas tu aku bagitau review aku ke drama ni. 

Drama ni diadaptasi dari novel dari China, diadaptasi ke drama Korea kemudian dijual pada Youku TV China. Pusing-pusing kan huhuu.Novel ada a few drama adaptation & trilogy tak silap. Ok bacalah synopsis ringkas dia. 

Sinopsis 


Seorang gadis kembali ke zaman dinasti Goryeo. Dia jadi Hae Soo, sepupu kepada isteri seorang putera raja ke 8 iaitu Wang Wook (Kang Ha-neul). Hae Soo tersepit antara putera-putera raja Taejo, terselit antara kisah cinta, politik, dendam dan ketamakan. 

Disebabkan Hae Soo dari zaman sekarang, dia tahu siapa yang akan jadi raja seterusnya dan sejarahnya. Dari ingatannya, Wang So akan jadi raja yang zalim, bunuh adik-beradik dan rakyat. First dia blur sebab tak tahu siapa antara anak-anak raja ni yang akan pakai gelaran Wang So. 

Bila dia dapat tahu siapa Wang So, dia takut pulak. Nak ubah sejarah ke? Boleh ke dia ubah orang tu? Tapi rupanya wujudnya Hae Soo menyebabkan banyak perkara yang berubah. 

Review 


Dari segi jalan cerita menarik sebab dia tunjukkan struggle mambangun negara pada peringkat awal. Yang aku tak suka adalah acah love line yang ada antara Hae Soo dengan all the prince. Mungkin boleh kata the love line yang bertepuk sebelah tangan tu menyebabkan the other person jadi lebih baik, lebih matang but still cam ntah apa-apa. 

Main theme kalau korang perhati betul-betul adalah anak raja ada mom & dad issue, masing-masing nak dapat validation from the parents which in this era adalah menjadi Raja. Once the hold the throne their family status will be lifted and have power over others. Itu saja isu besar anak-anak raja ni. Nak mak ayah sayang kat mereka. 

Background drama ni zaman Joseon adalah interesting tapi tak banyak sangat dikenalkan. Sejarah pada era ni sangat menarik. Sedikit sejarah dikenalkan seperti Kingdom Silla, Baek, tentang slavery dll. Perkataan Korea diambil dari nama Goryeo iaitu penyatuan 3 kingdom di Korea. Dikenalkan juga watak Taejo of Joseon yang mewujudkan Goryeo . Inilah bapak kepada 14 putera dalam drama ni. King Taejo adalah founder dan raja pertama dinasti Joseon. 



Perkara terbest drama ni adalah barisan pelakon dia iaitu Hongjun, Kang Hanuel, IU Rasanya mereka ni semua tahun 2016 belum lagi femes macam sekarang, masa tu yang confirm ternama adalah Junki. Amazing lihat a few years sekarang most of the actors sudah menempa nama masing-masing. 

Watak yang aku suka tengok adalah Hanuel sebab aku sangat suka karakter dia dalam drama Camellia seorang polis kampong yang innoncent & baik hati. Dalam drama ni pulak karakter dia antara yang paling interesting dari sweet, takde perasaan, nak balas dendam dll. 

Aku juga suka watak Hong Jong-hyun aka the eyeliner king hahaaa..tapi sekarang dia dalam military pulak. First episode yang semua tayang bods tu adalah bonus betul. Tetiba rasa nak check out his other drama nak tengok dia main karakter macam mana. Lee Junki pulak steady lakonan beliau, yang paling untung IU lah. Sekejap didada putera ni, sekejap diatas kuda putera ni..untunglaa dikk. 


Lakonan side karakter lain seperti JiSoo, Nam Joo-hyuk, Seohyun Kim Sung-kyun sebagai Ji-mong (he so funny in Reply), Byun Baek-hyun malah crown prince dia pun aku suka sebab badan dia sesuai main karakter raja-raja. 

Disebabkan drama ni zaman 2016, aku boleh terimalah orang suka giler cerita ni dulu. Kalau keluar sekarang, dengan storyline yang begini mungkin rating rendah kot sebab people expect more. Anyway ending dia unexpected & sedih tapi boleh diterima. Season 2? Aku rasa tak perlu kot.

Korang dah tengok drama ni kasi berapa bintang? 

Rating 

6/10 

b