Skip to main content

Review Kmovie Exit (2019)


Yes! Tengok movie dari oppa Jo Jung Suk..aku suka dia kalau berlakon bab sengal tu memang sengal hahaha. Lakonan mantap, malah muka macam bias kpop pertama dalam hidup iaitu Yunho TVXQ. 

Lead actress dia pulak Im Yoon ah aka Yoona SNSD. Movie ni dah keluar last year mantap gak kutipan tiket 9.4 million, filem ketiga terbanyak ditonton di Korea. Sesuai tengok musim-musim orang tengok filem tema krisis. Meh baca review dia sikit. 

Sinopsis 


Yong Nam (lakonan Jung Suk) dah lama graduate dari kolej tapi belum berjaya dapat kerja. Jadilah anak jobless duduk kat rumah mak ayah, sampai anak saudara pun segan nak mengaku Uncle. Dia kena rancang majlis hari jadi ke 70 mak beliau, lalu sebuah dewan ditempah. 

Punyalah jauh dia pilih dewan tu, dekat sejam setengah jauh dari rumah. Rupanya dia sengaja book kat situ, tempat kerja crush zaman belajar dulu. Dia pernah confess tapi kena reject dengan Eui joo, crush yang power rock climbing macam dia. Kira bukan muka je comel, lincah gak. 

Tiba-tiba bomb! Satu gas misteri dilepaskan dibandar lalu tersebar dengan sangat pantas. Bila kena pada orang terus orang sesak nafas, melepuh, pengsan terus. Mereka satu keluarga selamatkan diri dengan masuk semula ke dewan parti tadi. 

Keadaan jadi kalut bila akak Yong nam terkena gas tu dan mereka kena segera naik ke bumbung, Pintu keluar terkunci dan gas semakin naik ke atas. Menggunakan skill rock climbing, Yong nam Berjaya pecahkan tingkap, naik ke bumbung dan bukak pintu dari luar. 

Helicopter dapat kesan mereka dan angkut the whole family. Masalahnya terlebih muatan jadi seorang tak boleh naik. Yong nam & Eui joo tinggal dibelakang. 

Selepas itu bermulalah survival mereka melarikan diri dari bangunan ke bangunan lain. Guna apa sahaja barang yang ada, dengan keberanian dan skill masing-masing. Malah mereka juga dapat selamatkan sekumpulan budak sekolah yang terperangkap dalam kelas & tak dapat naik ke bumbung. 

At the end, semua selamat tapi untuk feel rasa debaran tu memang kena tengok sendiri. 

Review 


Kelainan filem ni pada aku adalah genre dia iaitu disaster slash action comedy. 

Lakonan mereka berdua terbaik! Macam aku cakap awal tadi, Jong suk kalau bab komedi ni comel sangat hahah..kena pulak digandingkan dengan Yoona memang menjadi selitan komedi mereka. Komedi dia tak sengal, sesuai, tak melebih-lebih dan very proper/ sesuai dengan real personality mereka luar lakonan. 

Kalau ko tengok reality show ada SNSD tak meleleh air mata gelak, itu maknanya kau silap pilih show huhuuu. Yoona ni dia punya sengal kat luar dengan muka blur tapi tak kesah buat muka huduh tu pasti buat orang terhibur. 

Ada scene Eui joo menangis, huduh la jugak tapi realistic tau hahaha. Yong suk pulak boleh berguling atas lantai sebab frust rasa bersalah hadoi hahahaa 

Scene diorang melompat dari bangunan ke bangunan lawa & real. Scene nak terjatuh dari bangunan, berlari atas bumbung. Aku bayangkan banyaknya scene buat kat green screen mesti payah nak berlakon, nak feel lagi tapi menjadi. 

Sebab bila dia payah nak capai railing, tergelincir kat batu, payah nak angkat badan untuk lompat ke sana…fuhhh dengan aku-aku sekali terpusing-pusing kepala nak memanjat. Aku suka scene bila diorang tengok seluruh bandar yang penuh dengan gas tu. 

Pengunaan teknologi iaitu drone best gak. Zaman sekarang je ada drone dan macam mana individual drone (walaupun tak dibenarkan undang-undang sebab tu mereka guna sorok-sorok) memberi bantuan dalam keadaan terdesak. Boleh diambil pelajaran untuk train driver drone secara serius dalam bidang penguatkuasaan dll. 

Selain itu mereka kongsi cara bijak untuk dapatkan bantuan kecemasan antaranya gunakan lampu phone secara serentak, gunakan on off lampu bangunan untuk tarik perhatian, susun banyak patung untuk beri illusion banyaknya orang, susun barang untuk focus bantuan ke satu arah..eh banyaklah idea genius. 

Pergi ke bangunan subway pun genius. Aku sendiri pernah tengok dalam subway kat Korea dulu memang ada peralatan kecemasan dalam kotak. Mereka memang bersedia untuk waktu kecemasan dengan hazmat suit, kapak dll. Sementara tu mereka guna plastic suit, selotep satu badan tu pun wow genius I like! 

In short best movie ni. Silalah tonton diwaktu PKP ni. 

Rating


8/10 

~B