Skip to main content

Oh My Baby (2020) Kdrama Review



Tahun 2020 boleh jadi tahun kdrama aku. Next drama review, drama ni aku tengok dalam masa yang sama tunggu update Hospital Playlist. And this does not disappoint. Rasanya mungkin factor umur, but now I prefer drama yang realistic with a pinch of comedy (because life is a joke huhuu) berbanding lovey dovey romance drama. Ok jom baca review Oh My Baby!

Simple Sinopsis

Tentang Jang Ha Ri seorang editor majalah bayi yang sangat suka baby. Dia berumur 39 tahun dan ada penyakit yang menyebabkan dia infertile, kemungkinan untuk dapat anak tak sampai 7% pun. Lagi lama dia tunggu, peratusan tu makin kurang. Sekarang dia sedang berlawan dengan masa untuk mencari seorang lelaki atau lebih tepat lagi cari sperm supaya dia boleh mengandung. 

Setelah dishort listed, 3 orang lelaki menjadi calon pilihan Ha Ri, ha boleh tengok gambar diatas. Siapa yang berjaya mencuri hati beliau? Dapatkah beliau mengandung lalu capai cita-cita punya anak? 

Review

Tentang Pelakon


Jang Na Ra sebagai Ha Ri adalah perfect actress. Baru real ambil pelakon yang sesuai umur. Tapi baby face dia ni memang tak boleh cakap apa dah.


Pelakon lelaki Han I Sang pulak lebih femes jadi watak jahat. Boleh tengok lakonan dia dalam Fiery Priest yang aku tak habis tengok tu. Lakonan dia Verstail. Deep voice dia tu bonus sangat hahaa

Selain mereka berdua, 2 lagi calon Ha Ri adalah Park Byung eun sebagai Yoon Jae young, BFF hari sejak dari kecil dan Jung Gun Joo sebagai Eu Ddeum pekerja baru di pejabat Ha Ri. Lakonan all character ok, even side character pun best.

Persaingan 3 penjuru

Isu Semasa

I like how the story take a serious issue iaitu infertility with different approach. Masalah infertility atau kemandulan ini adalah isu taboo yang semua orang segan dan susah nak bawak bincang. Isu ini real & global lagi-lagi zaman moden begini. 

Satu lagi aspek yang dibawa drama ini adalah bagaimana isu kemandulan ini perlu dihadapi oleh orang berkahwin, malah oang yang belum berkahwin. Selain tu, seperti watak I sang, infertility bukan saja berlaku pada perempuan, malah pada lelaki juga. Stigma tak dapat anak sebab perempuan mandul dicantas dan dipaparkan bagaimana isu ini berlaku pada lelaki juga hingga menyebabkan beliau putus tunang.

Realistic



Selain isu realistik iaitu infertility, isu magazine yang akhirnya perlu shut down sebab zaman moden, pekerja yang workaholic, bapa yang berusaha membesarkan anak, isu pandangan serong orang pada ibu tunggal yang membesarkan anak sendiri, aku juga suka bagaimana karakter mereka ditonjolkan.

Kebanyakan kdrama pelakon dan wataknya adalah orang muda yang penuh dengan perasaan. Jarang tengok drama tentang orang umur pertengahan. Disebabkan pelakon yang diambil memang pada usia sama seperti dalam drama, lakonan mereka lebih realistik.

I got nothing against lovey dovey sweet, mildang style romance tapi akak-akak 40s pun deserve their love story. They are more matured, jadi kemanisan mereka tu masih berpijak dibumi. They don’t fall in love at first sight, they had been hurt before, they think long term.

Contoh bila kes Ha Ri kantoi cuba beli sperm & semua orang kutuk dia, sebagai editor dia explain dalam her magazine colum. Aku rasa tu power move. Everyone judging her but at the same time admire and respect her bravery and honesty. 

My feelings are for me to handle.
If you don’t take pride in your work, it just torture.

Episod 10

Hate to break it to you, but I hate how the drama takes a different turn kat episod 10. Dah nice dah cerita dia, chill-chill tapi ada development. I expect this drama to end at episod 12, jadi aku dah bersedia untuk happy ending.

Suddenly cerita ni nak jadi heavy pulak bila BFF Ha ri nak ada feeling kat diri, i was like what??? Bengang sungguh aku bila dia push Ha ri untuk buat decision tapi tak beri other option to her?? 

At this point aku rasa writer dia dok heret drama ni untuk panjang sampai episod 16. Better kat episod 8 ke 9 ke dah keluar konflik supaya kita nampak flow dia lagi nice. Ni macam tu jer isu Jae young tu move on?

Ending

Ending ok tapi aku still tak puas hati kenapa drama ni didrag sebab Jae young punya move on macam a bit rush, Eu Ddeum punya story macam tak sempat develop. Happy ending of course tapi untuk kali kelapan aku bagitau, the story didrag tiba-tiba menyebabkan beberapa konflik yang ada tak nice flow dia. Sebabtu kot rating drama ni hujung-hujung tu makin drop.

Kesimpulan

Nice drama. The early episod funny and nice. Towards the end kinda messy but happy ending. Sila support abang Han i sang dalam drama lain.

Rating

6.5/10

~B

Comments