Skip to main content

Team Bulldog: Off-duty Investigation Kdrama Review




Kdrama dari channel OCN. Lama dah tak layan drama dari sini sebab dari channel lain drama mantap-mantap semuanya. 

Simple Sinopsis 

5 random person team up together untuk buat siasatan dan selesaikan pelbagai kes polis. Cha Tae hyub sebagai Jin Kang ho seorang anggota polis yanag keras kepala dalam menyelesaikan kes bertemu dengan Kang Moo young seorang pengarah tv yang terdesak nak naikkan rating rancangannya. 

Review 

Cha Tae Hyun is back 

 Agak lama menanti comeback Taehyun dalam TV lepas variety show 2D1N dibatalkan. Lagi satu dia selalu layan buat movie, drama ni jarang. Lakonan beliau takyah cerita, real je dia berlakon.

Gandingan mantap dengan Lee Sun bin ( aweks Lee Kwang Su) yang selalu berlakon dalam drama berkisar penyiasatan dan kepolisan seperti Criminal Minds, Missing 9 dan Squad 38 (drama ni aku tengok separuh lepastu tak sambung, best gak cerita dia, pelakon pun best tengoklah)

Side Character

3 orang muscle guy & gal dalam secret team ni. Aku mengharapkan ada sedikit karakter development or at least back story macam mana mereka boleh bekerja dengan Inspektor Jin. 

Macam biasa right hand detective mesti budak muda yang muka stok idol iaitu Min Dae jin. Tapi sebab dia kelakar jugak boleh kenakan senior dia, I like him. Rookie actor ni mencuri tumpuan aku, boleh usha web drama dia yang lainlah.



Selain taehyun, aku suka watak profiler dan doktor forensik. Rasa macam flashback tengok Partner in Justice pulak. All the characters are givevn a little backstory yang berkaitan dengan kes tertentu.

Kes Polis

Cases yang dibawa dalam drama ni best dan kebanyakan dapat diselesaikan dalam 1-2 episod. Towards the end, cold case 10 years ago timbul kembali. Nice ending dia. Aku suka bilamana polis (Insp Jin & partner dia je sebenarnya) buat kerja dan the other 4 buat kajian sendiri dan end up with the same conclusion. Susah-susah diorang team up je untuk selesaikan kes.

Soalan Tak Terjawab

Ada beberapa soalan yang tak dijawab seperti apa kes bapa Insp Jin iaitu Ma Dong-seok? Kenapa dia tak berapa suka ayah dia? Kenapa dia ada banyak duit dan spend sesuka hati? Apa relevannya Kang PD sewa satu rumah dengan Insp Jin sebab scene tu takde kepentingan pun dalam drama?

Season 2 maybe?

Aku rasa ada kemungkinan ada season 2 sebab ending dia cam ok next kes! Tapi aku nak next season tu explain pasal Insp Jin family past sebab takde info apa pasal dia except kes dia kena suspend. And i love to see the medical examiner and profiler explain and work their brain. 

Potensi besar drama ni jika dapat balanced the brain & the brawn while investigating a case.

Rating 

7.5/10 

~B

Comments