Skip to main content

Backstreet Rookies / Convenience Store Saet-byul #kdrama Review


Seperti biasa disaat orang lain sibuk dengan drama viral, aku pi tengok drama lain. Time ni drama Its Ok To Not Be Ok tengah top. Ok jom baca synopsis dan review aku tentang drama ini.

Sinopsis Simple

Backstreet Rookies atau juga dipanggil Convenience Store Saet-byul adalah drama yang diadaptasi dari webtoon tentang hubungan antara Saetbyul, seorang school dropout yang suka dengan Choi Daehyun, boss kedai serbaneka. Saetbyul ada hati dengan Daehyun tapi berjayakah dia menawan hati boss?

Review

Barisan Pelakon Bukan Main-Main


Ji Chang wook the hero of the drama. Berlakon sebagai Choi Daehyun, pengurus kedai GS25. Rare species sebab jarang orang muda jadi tokey kedai ni. Dia seorang yang baik hati, suka tolong orang tapi innocent sangat.

Karakter cute dibawa kali ini. Luar biasa sebab dah terbiasa beliau dengan lakonan action. Aku suggest tengoklah K2 & Healer untuk tengok lakonan aksi beliau, stunt no hal. Sekali sekala berlakon innocent camni, comel pulak adik Jaejoong ni ( muka dia ada macam Jaejoong kan? Plz anyone I need a picture of them together > <)

Kim Yoojung sebagai Jung Saetbyul aku rasa adalah casting yang mantap. Never thought she can show this side sebab banyak gak benda dia kena tunjuk. Karakter dia garang, pandai berlawan tapi really she is a pure kids yang hargai orang disekeliling dia with her own way.

Serius ar tengok bio, umur dia baru 20 tapi aku rasa dah tengok muka dia berlakon dah bertahun-tahun. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, dia ada banyak drama under her belt. The famous one adalah Moon Embracing The Sun.

Han SunhwaYoo Yeon-joo girlfriend Daehyun selama 2 tahun. Anak orang kaya yang segan nak mengaku BF dia orang biasa-biasa. Another idol dalam drama ni. Bangga aku melihat beliau sebab time dia aktif dalam kumpulan Secret, masa zaman second gen kpop (zaman kegemilangan aku jugak haha). She is also famous back then sebab karakter sengal dalam variety show Invicible Youth.

Lee Byung joon sebagai Choi Yong-pil, iaitu bapa Dae hyun ini bukan kaleng-kaleng. Dalam real life pelakon berpengalaman ni ada Phd dalam bidang Korean Language & Lit. Banyak drama lakonan beliau tapi yang paling aku ingat of course dari drama Secret Garden (scene kena tanya dengan Hyun Bin Is this the best you can do??).

Digandingkan pulak dengan Kim Sun young sebagai mak Dae hyun. Ah sukaaa lakonan beliau dalam drama ni. Scene dia dengan Saetbyul sweet je macam relationship mak-anak betul. Dalam kekasaran beliau sebagai Busan sejati & tough women, dia penyayang sebetulnya.

Lakonan beliau dalam Reply 1988 memang the best, bawak karakter tu cameo mana-mana pun best. Semua drama lakonan dia tak kisah sebagai main atau side character confirm best, tengoklah.

Karakter Han Dalshik iaitu bff Daehyun dilakonkan oleh Eum Moon-suk. Cameo watak beliau dalam The Fiery Priest yang bertembung dengan Sonsak tu terbaek hahahaa. Rasanya dia memang tahu capoeira dalam real life sebab selalu je dia tunjuk skill ni.

Adik Saetbyul adalah Jung Eun Byul dilakonkan oleh Ahn Sol bin. Patutlah mantap je menyanyi, rupanya dia memang idol pun dari kumpulan Laboum. Dan beliau dah berlakon dalam beberapa drama so her acting is good.



Cerita slice of life comedy

Young adult yang baru nak mula hidup dengan buktikan yang orang drop out, bekas gangster sekolah perlu survive, tak mahu disalah anggap. Young adult sebab tak heavy sangat cerita dia.

Comedy aspect is the main reason aku layan drama ni & also Changwook being the eye candy. To expect life changing scene dalam drama ni kenot lah & nak banding dengan IOTNBO tu tak adil huhu.

Tak synchronize

Ada certain benda yang tak sync atau berubah-ubah. Contohnya Busan dialect yang sedap didengar itu.
The family guna dialect tapi rasanya Daehyun takde guna satori pun? Mak ayahn & akak dia cakap pekat sedap. Ke aku je tak focus bila scene Daehyun, tengok muka dia je tak perasan dia bercakap camne? Hahaa

Satu lagi yang kurang realistic adalah banyaknya koleksi jam tangan lawa Daehyun. Sebagai tokey kedai serbaneka he got nice expensive taste.

Kontroversi Knetz

Apalah ertinya Knetz tanpa kontroversi. Setahu aku ada 2 kontroversi drama ni iaitu pasal Dal Shik, watak yang menggambarkan orang afro ni pengotor dengan rambut dread tak cuci siap lalat lagi. Ditambah pulak dengan dia seorang webtoonist R-rated

Satu lagi dikatakan cerita ni terlalu adult theme. Aku tak tahulah webtoon asal dia target budak umur berapa, tapi takde adult manapun. Realiti memang macam tu, lagipun budak sekarang lagi cepat matured dari zaman kita. What we thought was too much for a 14 years old, diorang rasa eleeh dah tahu dah.

Baik kita tunjukkan a positive way to deal with things je kan? So I think if the director twist sikit dari original webtoon ok je bukan jadik rated pong.

Webtoon to Drama

Ini bukan fenomena baru di dramaland Korea & China tapi unheard of di Malaysia. Paling power pun kita buat drama adapt from novel cinta saja. Level webtoon di negara kita belum berkembang maju lagi, tapi aku yakin ada peminatnya sendiri.

Kadang orang tak tahu pun ia webtoon tapi boleh terima story tu dalam drama & baru cari webtoon asal. Kalau Malaysia buat drama adapt dari komik Blues Selamanya kea tau Under 18 ke wow aku pasti support!!

Rating

Ah susahnya nak bagi rating. Best giler? Tak jugak. Teruk sangat ke? Tak jugak. Hmm, terimalah rating dari saya ni

4/10

~b

Comments