Skip to main content

Extreme Job (2019) #kmovie Review



Cop movie but make it comedy? Here you go!

Sinopsis Simple

Satu team detektif bahagian narkotik yang hampir disband sebab tak dapat selesaikan kes. Mereka buat siasatan undercover satu geng dadah ni dan gunakan restoran ayam yang dekat dengan markas penjenayah. Masalahnya restoran ini takde pelanggan dan akan dijual.

Captain Ko menggunakan wang simpanannya untuk beli restoran itu. Tapi setiap kali mereka merancang siasatan mereka didalam restoran, eh ada pulak orang nak makan ayam. Untuk cover line, mereka pun decide untuk jual je ayam, gunakan front sebagai restoran sambil teruskan surveillance pada gang yang tinggal didepan restoran itu.

Nak dijadikan cerita, ayam goreng mereka mendapat sambutan hangat satu negara dan mereka satu team betul-betul kena jual ayam. Dalam kesibukan berniaga sampai tahap bukak franchaise, geng dadah rupanya dah aktif.

Dapatkan mereka menangkap penjenayah itu dan menyelamatkan team mereka. Atau mereka semua akan bersara, digantung tugas lalu menjadi penjual ayam goreng sepenuh masa?

Review Ringkas

Action comedy theme

Tema kegemaran aku iaitu action tapi kita selit komedi. Tapi aku rasa movie ni sebenarnya comedy-action sebab tang kelakar dia tu adalah dalam 80% hahaha

Character dengan characteristik yang menarik

Ok kita mulakan dengan pelakon dulu iaitu Ryu Seung ryong (senior aktor), Lee Honey ( eh bestlah dia berlakon action!), Lee Dong hwi (hai awak dari siri Reply 1988 kesukaaan saya) dan Gong Myung ( berlakon drama Be Melodramatic yang I promise i will finish watching this later because the drama is good).

Yang penting adalah karakteristik 4 pelakon utama ini best dan compliment each other. Captain yang ada 9 nyawa tapi selalu tak bernasib baik melayan perangai pegawai-pegawainya. Chemistry antara mereka semua memang ada sebab karakter mereka ada kisah sendiri tapi tak overshadow each other.

Nak tengok macam mana mereka gunakan kekuatan each other silalah tengok sampai hujunggg movie ni. Patutlah police chief beriya nak take credit sebab dia yang kumpulkan all these crazy people in one team.

Major Box Office

Movie ini serius berjaya kat Sk dengan kutipan  9.5billion Won yoooo. Movie kedua paling banyak ditonton dalam sejarah filem korea, kedua dibelakang movie The Admiral : Roaring Currents (2014). 

Bila cerita fun begini, for sure orang akan tengok berulang kali. Lagi-lagi tahun 2019 dengan macam-macam isu dunia, movie ini beri peluang untuk orang release stress dan beri kegembiraan tanpa merendahkan real isu yang wujud.

Humor yang cukup

Lawak dia best. Slapstik comedy mestilah ada tapi tak over ok. Yang kelakar ni sebenarnya karakter watak tu yang jadikan benda ni kelakar. Dan contrasting karakter dalam team buatkan the whole thing funnier.

Jangan terpedaya dengan tajuk dia yang extreme itu, sebab macam aku cakap awal tadi movie ini mostly adalah komedi and towards the end baru keluar action scene dia.

Ada slow sikit

Ini part awal bila diorang nak setup kedai tu, and if you ask me kisah franchaise and the drama with the tv channel tu takde pun takpe kot tak mencacatkan the whole story. Movie ni boleh dipadatkan lagi tapi ending dia tu dah nice habis so takyah tambah, ngam dah.

Action scene 

Terbaik walaupun tak banyak. Even honey lee is so good at it..respek lah kat beliau! Fight scene kemas, guna peralatan gajet pun nice, camera movement semua nicelah.

Rating

8/10

~B

Comments