Skip to main content

Search (2020) #kdrama Review

 


Annyeong!

Noona baru habis tengok drama baru. Best ni, barang baek punya. Mari baca review noona.

Sinopsis Simple

Sekumpulan tentera elit Korea ditugaskan untuk menangkap makhluk yang tidak dapat dikenalpasti di sempadan negara Korea di kawasan DMZ. Dalam menyelesaikan misi itu mereka merungkai sejarah lama yang mengemparkan negara dan kisah keluarga masing-masing. Apakah makhluk yang perlu mereka bunuh itu? Apakah kebenaran disebalik kisah tahun 1997 itu?

Review

OCN drama kedua noona tengok tahun ini, dan seperti biasa OCN tidak mengecewakan bab action drama. Tema ketenteraan diangkat kali ini agak mengujakan kerana berlatarbelakangkan DMZ atau nama penuhnya Korean Demilitarized Zone iaitu kawasan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

DMZ ni kita boleh pergi melawat bila ke Korea, panjang umur ada rezeki noona pun teringin nak kesana. Kawasan ini memang sentiasa dikawal rapi dengan sekuriti level tertinggi, jadi jarang-jarang ada drama ambil tema tentera plus guna latar DMZ.

Biasanya tema militeri  biasa jumpa dalam filem, untuk drama pula jarang-jarang. Yang paling femes pastinya drama DOTS bukan? Ok kita review satu-satu.

Jang Dong Yoon

Oh rupanya inilah drama yang noona pernah tertengok cut episode 1 yang viral sekejap tu. Scene mana, ah korang tengoklah episode satu dan pasti tahu scene mana yang peminat drama kecoh tu hahaha.

Dong Yoon ni last sekali noona tengok dia berlakon drama Tale Of Nokdu. Dia menyamar jadi perempuan dalam drama tu and damn, dia sama ayu sama cantik dengan pelakon wanita sebenar, acaner tuuu…hahaha

Bak kata noona HQ dia ni kira muka jambu lah. Jadi bila dia berlakon drama ni, noona cam ok lemme see your acting again. This is what I can say, watak Nokdu (pretty boy) dia tu masih kuat, tapi watak dia jadi manly askar dalam ni pun sama padu. Underneath that small, innocent baby face and bunny teeth is a manly body with cool acting. Combo kebabom.

Lakonan dia best, action scene dia best. Dan chemistry dia dengan Yerim adalah terbaekkk.

Chemistry Krystal

Watak Dongjin dan Yerim sebagai mantan kekasih tidak ditekankan sangat. Kita cuma tahu 3 perkara je. Mereka pernah bercinta & putus, mereka start bercinta lepas Dongjin nyanyi kat noraebang dan Dongjin ada something nak cakap kat Yerim tapi sampai kesudah tak cakap pun apa dia.

Bestnya kimia antara mereka berdua ni, scene sweet mereka boleh dibilang dengan sebelah tangan je tapi scene yang sikit tu uWu nya sampai kehati ok…gemes banget!

Krystal Jung

Noona datang dari zaman f(x) dan jika kalian tak tahun f(x) tu formula apa, bermakna kita zaman berbezalah adik-adik haha..Krystal dari kumpul idol bawah SM Ent dan sekarang aktif berlakon. Noona tak sangka dia akan berlakon drama ni dan lebih tak sangka lakonan dia mantul (mantap betul).

Dia bermula dengan drama The Heirs dan dari situ bakat lakonannya diasah dengan mengambil pelbagai jenis watak. Suka noona tengok lakonan bersahaja, tak gedik dan tak typical idol girl group. Noona tak sabar nak sapot next movie dia tahun ni. Satu lagi, tahniah Krystal dan habis kontrak dengan SM! Hahahaa

Pelakon lain

Sebab drama ni serious, susah kita nak tengok emosi-emosi lain. Beberapa watak tambahan askar dan orang kampunglah yang ada kelakar sikit, sweet sikit, comel sikit. But I like how each side character membantu connect the dot dalam drama ni. Even makcik yang kepochi tu pun rupanya bekas askar elit yang ada skil belasah orang.

Scene

Action scene dia semua mantap. CGI nampak realistic dan paling power adalah makeup pelakon yang bermutasi dan kena jangkitan rabies tu. Nampak real betul, dengan scene kena melompat, menerkam semua tu. Bestlah OCN punya editing I like.

Season 2

Tak usah cakap, semua penonton confirm nak season 2. Banyak sebab antaranya serious sikit wei 10 episod je. Tapi 10 episod tu memang neatlah ending dia walaupun open ending. Kalau dia drag sampai 16 episod confirm cerita ni meleret bab lain padahal main conflict sudah selesai. 10 episod just nice but we want more.

Second, banyak benda yang tergantung seperti apa yang Dongjin nak cakap kat Yerim? Adakah mereka akan bercinta balik (pls they fight pun so sweet)? Yerim akan reveal tak asal usul dia? Apa jadi dengan bapak Dongjin? Takde penawar ke mutasi itu? Nak tengok backstory makcik kepochi askar elit tu.

Serious banyak persoalan yang kalau ada pengakhiran barulah boleh moveon, tapi sebenarnya noona nak tengok lebih interaction antara Yerim dan Dongjin. So, next drama berlakon sama plzzzzz

Kesimpulan

OCN with their action drama do not disappoint. Dan noona harap akan ada banyak lagi drama tema tentera begini untuk meriahkan kdramaland. Pesan noona, tengoklah drama ni serious best!

Rating 

8/10

~b


Comments