Satu lagi drama ditengok separuh jalan dan baru nak habiskan. Legit tengok sebab Siwan. Mari tengok review sama-sama
Sinopsis Simple
Drama ini berkisar tentang Ki Seon-gyeom seorang atlet lumba
lari dengan Oh Mi joo seorang penterjemah. Perkenalan membawa Mi joo menjadi
penterjemah untuk Seon gyeom tetapi sebenarnya dia dibayar oleh bapa Seon gyeom yang sangat controlling. Campur tangan ayah beliau menyebabkan hubungan
mereka yang baru berputik hampir putus.
Review
Seperti noona mengaku kat atas, tengok cerita ni sebab ada
Siwan. Dah drop pun tengok tiba-tiba katanya ada cameo kat hujung drama, maka
kugagahkan diri sambung tengok.
Sebenarnya halfway drama ni noona dah malas nak layan sebab
macam tak tahu kemana focus cerita ni. Lepas tu bahagian yang menghiburkan
sikit bila dia terbayang scene filem yang sedang dialihbahasa tu. Tapi
sebenarnya tak significant pun scene tu semua huhuu
Satu lagi yang noona layan sebenarnya relationship second
lead iaitu Dan-ah dan Yonghwa. Dan seperti yang dijangka banyaknya wei benda
yang tergantung takde perkembangan dan takde penutup.
Last-last noona suka tengok lakonan PA Dan ah je iaitu Yeon
Je-wook dan bromance antara Yonghwa-Seongyeom.
Bintang
3/10
Tak tengok pun ok je huhu
Korang pulak tengok drama ni untuk apa? Jujur, berapa bintang korang beri untuk drama ni?
~B
Comments
Post a Comment