Skip to main content

Apps Tengok Drama Korea China Taiwan Thailand Free Percuma

Noona bermula dengan zaman Youtube 360p dengan 12 parts untuk tengok variety show. Lepas tu up sikit masuk ke Dailymotion. Kemudian tengok drama, show dalam website yang bertukar url setiap masa dengan 18 iklan entah apa-apa penuh skrin. Lepas tu baru Youtube bertambah maju dengan resolution video lebih baik.

Mencabar betul nak tengok drama kan? Ha, syukur sekarang dunia dah maju dengan teknologi. Sekarang kita boleh tengok pelbagai drama, movie, variety show dalam apps je. Wah, benar-benar dihujung jari saja!

Ini kali noona tak nak cakap pasal Netflix sebab korang lagi power, ini kali noona nak kongikan beberapa apps untuk tengok drama.

Antara kelebihan apps ini adalah:

  • boleh tengok dimana-mana, bila-bila masa asalkan ada internet
  • versi Percuma pun sudah ada banyak drama yang ada
  • boleh tengok drama Korea, Malaysia, Indonesia, Thailand, China
  • ada movie, drama, anime, reality show, variety show
  • ada Completed ada ongoing 
  • iklan ada tapi tak lama dan elok sikitlah berbanding dalam website
  • selamat dari dijangkiti virus bila tersilap klik macam dalam website

Ok ini antara apps yang Noona personally pakai. Semua ambil yang free je pun dah macam-macam ada. Check out other apps sebab ada drama yang ada dicertain apps saja, ada yang takde atau lambat upload so korang search sendiri ya.

Apps ni boleh diinstall di Playstore. Sila try and enjoy your kdrama!

WeTv


Viki




Viu




Comments