Skip to main content

Kill It (2019) #kdrama Review



Sinopsis

Drama ini berkisar tentang Kim Soo-Hyun (Jang Ki-Yong) seorang pembunuh upahan. Dia kembali ke Korea setelah kematian lelaki yang menjaganya selama ini (also a killer).

Dia kembali ke Korea juga untuk mencari asal usul dan kisah silamnya. Setiap kali selesai misi, dia akan diberi hint tentang sejarah dirinya. Dalam menyembunyikan jenayah & identitinya, Soohyun bertemu Do Hyun-Jin (Nana).

Hyunjin adalah seorang anggota polis yang juga seorang anak yatim seperti Soohyun. Dapatkah dia mencari kebenaran tentang dirinya? Adakah dia akan terus menjadi pembunuh? Apa kaitan Soohyun dalam semua ini?

Review

Drama action crime yang fastpace. Gabungan semua pelakon & action scene best. 12 episod sahaja seperti kebiasaan OCN.


Lakonan Nana dari kumpulan After School adalah baik dan action scene dia pun bagus. Ada beberapa scene perlu emosi  towards the end of the drama & ok jugak. Sebenarnya tak perasan pulak beberapa member After School active berlakon selain Uee.




Jang Ki Yong, what a nice find for me. Muda tapi lakonan mantap best. Noona je ke yang rasa muka dia macam combination beberapa pelakon? Disebabkan action scene dia yang best dalam drama ni, noona akan stalk drama & filem dia yang lain.

OCN seperti yang selalu noona cakap, action & criminal memang diorang power. Dan sekali lagi 12 episod itu just nice walaupun rasa nak lebih.

Ending dia pulak expected, soalan terbesar terjawab diepisod 11 & 12. How the character tied together pun dapat jawapan towards the end. Disebabkan episode dia sangat padat, there’s no time to talk about feeling lebih-lebih.

Dan no romance tapi bibit-bibit sweet tu ada & ada flashback. Kalau korang perlukan scene manis, romantic bercinta OCN is not for you.



Oh ya satu lagi pelakon yang noona suka Ji Il-Joo yang berlakon dalam Weightlifting Fairy. Tengok lakonan dia sebagai side character banyak betul seperti Two Cops, Suspicious Partner, Healer, Hotel King, Flower Crew (tengok tak habis) etc.Its nice to see him act serious a bit & bila tengok senarai drama dia, wah he is very active.

Rating

7.5/10

Drama yang best, not too complicated, the action scene are good. Good acting by all the actors.

Comments