Hi!
Terdetik pulak nak menulis diblog ini sikit coretan selain#kdrama iaitu kisah #btsmeal. Ada beberapa benda yang noona nak komen jadi mari baca satu-satu.
Pada 19 April 2021 Macdonald’s umumkan kolaborasi antara BTS
& McD. Apa yang kita akan dapat masih tak clear masa tu. Yang kita tahu
akan dapat pada certain negara je & Malaysia is included.
Yang nice masa ni McD update kat twitter with new profile
pic. The iconic golden arch with purple background. Certain McD profile siap
letak symbol 7 kecil kat profile name diorang (ni style ARMY start zaman MOTS
tak silap).
The promoting poster pun boleh tahan genius gak. Rupanya the
release style of this meal also follows BTS style bukan style McD biasa, ini
nanti kita story bawah.
What happen after that as follow.
BTSMeal Kecoh Sebelum
Mula
19 April baru umum collab ni. 26 April dah kena kutuk….biasalah
jadi Army kat Malaysia memang begitu adatnya hahha. Katanya ARMY beratur
panjang kat mcd siap fanchat bagai. Kahkahakah korang silap tengok kalender
ke?? Meal tu next month, yang korang nampak berfanchant kat mcd tu sape derr…April
tu Ramadan kot.
Sokong Israel?
Seminggu sebelum meal ni keluar, kita sibuk berperang dengan
Israel untuk mempertahankan Al-Aqsa. Kita perang cara kitalah iaitu perang
cyber & keyboard. Alhamdulliah ada kemenangan kecil umat Islam selepas itu.
Masa nak dekat tarikh 26hb tu noona seram gak kot-kot naik isu Army support Israel sebab beli mekdi. Tapi baguslah sekarang sudah lebih ramai yang cakna bab Mcd takde sapot Israel. Tapi kalau masih ada yang nak guna isu ni bolehlah gunakan link & poster ini untuk jawab soalan.
Panic Buying &
Macam Mana Beli?
Maka pada tarikh itu, noona bertiga pun belilah meal ni dari
rumah & tempat kerja masing-masing. Noona A beli dengan walk-in, Noona HQ
beli guna McDelivery, Noona B beli guna delivery apps.
Masa ni agak panic ya noona membeli sebab untuk limited time
collab selama 3 minggu ni, hanya 350,000 set disediakan untuk seluruh Malaysia.
So haruslah Noona B panic buying pagi-pagi start 10am try McDelivery kena masuk
waiting room. Serupa beli tiket pulak kena tunggu dalam apps..Tak sabar punya
pasal beli dalam apps lain.
Oh ya dalam Grab Food & Foodpanda takde rasanya meal ni.
Carilah delivery mana selain McDelivery yang ada set ni. Kena beli BTSMeal tau
bukan nugget set biasa yang itu confirm tak dapat special packaging.
Yang line-up kat certain brach katanya tak ramai pun orang
beratur. Lagipun ada line khas untuk beli BTSMeal. Harga base sama tapi of
course kalau beli guna McDelivery & dari delivery service lain harga tak
sama dengan walk-in & drive-thru.
Ini gambar BTSMeal kami bertiga.
Noona B meal |
Noona HQ meal |
Noona A meal |
Right after settle pembelian McD kita berperang pulak untuk
register Vaksin. What a busy day for Malaysian Army.
Review BTSMeal
Apa yang ada dalam BTSMeal ni?
- Medium Fries
- Medium Coke
- 10 pcs nugget
- 2 exclusive sauces Sweet Chili & Cajun
- Special packaging
Special edition ni selain packaging adalah 2 sos istimewa
yang tak boleh dibeli dengan meal lain. Pilihan BTS katanya. Ini review
noonalah..Sos kuning tu rasa mustard, yang merah tu rasa cam sos Thai. Nak
sedap kena makan dua-dua baru rasa berlemak dan manis. Pada noona sedap je sos
ni bila digabungkan, janganlah makan asing-asing sebab lidah Melayu tak reti
mustard sangat.
So the tips here is MIX THE SAUCES
Packaging pulak memang puas hati. Brown bag dapat symbol
BTS, warna purple aka almost official color kita, ada perkataan Borahae dalam
hangul. Bekas air Coke pun sama & kotak nugget. Sos khas pun ada tulisan
hangul. Fries tu je pakai bekas biasa warna merah.
(Tak terpikir pulak nak buat video review masa makan sorry)
Ingat! Kami nak Meal ni untuk the special packaging &
special sos. Of course the nugget rasa sama & bentuk biasa. Be realistic
takdan ehh nak buat nugget bentuk shield atau logo BTS. And another thing takde
photocard dalam set ni, dari bulan lepas dah bagitau ok.
Ha sebelum kecoh sini noona bagitau. Dalam sos kita tu memang Halal no white wine seperti ingredient kat negara lain. Semua dah settle ok, steady jelah. Tenang & syukur sebab halal requirement negara kita is no 1 in the world.
McDonald Bersedia
Sebelum rilis meal ni banyak kali staff McD kena briefing.
Some of the info we get from here agak impressive & nampak mereka bersedia
untuk berdepan dengan ARMY, atleast in Malaysialah.
Boleh tengok thread ni
https://twitter.com/FyraJiminiee/status/1397142997083426817
Tapi dalam preparedness mereka, the apps still lag &
crash untuk McDelivery. Mungkin boleh diupgrade server time MCO & BTS
begini.
BTSMeal First Release Di Asia & Designer Malaysia
Sebulan berlalu, tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu
26 May 2021. Dan dari senarai banyak negara pada tarikh itu, Malaysia jadi
negara pertama yang akan dapat BTSMeal tu pada pukul 10 pagi waktu Malaysia.
Wahhhh rasa diri dihargai, Malaysia wujud dalam map & dipandang oleh BH
akhirnya sobs.
Katanya designer packaging ni pun orang Malaysia. Bangga
woi. https://twitter.com/aznizaszwn/status/1397544147720884225.
Mungkin juga kita diberi penghargaan untuk dapat meal ni pertama didunia
mengalahkan Korea yang dapat esoknya.
Tapi sebagai negara BTS, haruslah Korea ada over lagi seperti ambadassor beli sendir BTSMeal, cat McD kaler purple, pasang lagu BTS sepanjang hari etc. Macamni bolehlah buat kat sana.
Tapi setakat tarikh harini, apa yang didapati adalah tak
semua negara terlibat dapat special meal ni. Jangankan dapat purple box,
special sauce tu pun ada yang tak dapat. Ini banyak berlaku kat Amerikalah.
Kesian, tapi nasiblah huhuhu (korang selalu kurang bersyukur sebelum2 ni kot)
Amerika tak dapat special packaging tu bolehlah refer twtr
ni mungkin jawapannya disini
https://twitter.com/BTSxAtlanta/status/1397592592930459650/photo/1
Yang dapat purple box nampak macam ada yang berbeza sikit
design. Nugget box Australia nampak lain sikit bentuknya. Kanada pulak ada
tambah maple leaf kat kotak dia. Mungkin basic design disediakan & boleh
custom ikut negara masing-masing.
Jadinya kita ARMY Malaysia kena bersyukur sebab
- First dapat BTSMeal
- Dapat the whole packaging ( bekas air, bekas nugget, brown bag, special sauce)
- Layanan baik dari McD crew ( ini baca kat bawah lagi ok)
Sambutan Branch
Katanya selepas briefing berkali-kali, dapat arahan khas
dari top management, keluar SOP bagai, ternyata pengalaman ARMY Malaysia beli
meal ni sangat okay.
Ada beberapa branch yang siap letak RELA, ada yang buat balloon
arch purple, ada yang boria pakai tudung purple, ada yang buat cam exhibition
letak gambar BTS. Ada certain branch tu delivery pun siap bungkus dalam brown
paper biasa & purple bag dilipat elok dalam bag supaya tak kena minyak
& renyuk. Ini semua effort sendiri branch yang harus diberikan penghargaan.
McD sendiri memang sangat strict & specific berikan
arahan. Antaranya buat laluan khas untuk
beli BTSMeal & untuk ARMY sahaja, pastikan dapat 2 sos (siap pack 2 sos,
sos cili & tisu dalam plastic), tak
jual asing sos tu, tak boleh tukar makanan atau air ( kalau nak order lain atau
add on lain), takde upgrade memang medium je, staff tak boleh jual balik baju
khas yang dipakai pada 26hb tu dll.
Tiada kutukan, tiada ketidakikhlasan, tiada troll2 kepada
Army dari crew bagus-bagus.
In short good job McD Malaysia !
Influencer Tiada
Kaitan Menyibuk
Seperti diketahui, apa je yang ARMY atau BTS buat pasti
dapat perhatian samada positif atau negative. Ini agak menyampah ye sebab ada
influencer yang sibuk nak review the meal. Seperti noona cakap sebelum ni, kami
nak packaging je sebab dah tahu rasa nugget sama.
Bukan influencer je menyibuk time ni nak mereview, malah
yang beshe-beshe follower dalam 20 orang termasuk adik beradik tu nak jugak
cucuk time ni. Ada yang kutuk rasa, ada yang kutuk mahal kena game dengan mcd
katanya, ada yang saja probok-probok koyakkan brown paper.
Rasa sama? Of
courselah dikkk. Takkan makan nugget tapi ko expect nak rasa tiramisu pulakk.
Ko ni reti baca menu tak..waduhh
Mahal?LOL tak
pernah beli nugget McD ke dik oi. 9 chicken nugget pun dah RM 12.26
(McDelivery). Ini dapat 10 nugget+medium fries+ medium Coke+2 special sos+
limited time special packaging RM 17.83. Cer kira mana lagi untung??
Koyak brown paper?
Koyaklah…ko yang beli, ko yang #koyak lalu merosakkan packaging itu. Jangan
lupa buang dalam tong sampah atau kitar semula ye. Kami punya packaging nak
buat apa suka hati kamilah sebab duit kami…
Pada Noona lah kan, meal ni sangat terbaik sebab mampu milik
pada semua peringkat umur (ramai jugak ARMY muda masih sekolah lagi). Tak semua
orang mampu beli official photocard, album, merch, BT21 Tinytan, VT, sumpack
& pergi concert.
Inilah peluang mereka untuk dapat official collab BTS dengan
brand dengan duit sendiri, dalam kemampuan lagi. Bagi ARMY yang mampu pulak,
memang dah expect apa saja barang yang ada kaitan dengan BTS akan lebih mahal
dari biasa. Alahhh, massager chair, Coway, malah kereta yang BTS endorse pun
mampu je certain ARMY beli.
Korang yang tak tahu apa-apa nak acah defend ARMY tu dok
diam. Kami pun benci capitalism except when its include BTS (whipped I know
hahahaa)
Satu lagi, if this what makes other people happy, make them
anticipate it, let them be. Biarlah diorang happy, bukan pakai duit bantuan
rakyat hang pun. (Done rant)
Takde Burger
Seperti saya jelaskan di atas, set nugget memang takde
burger paham dak? Satu lagi katanya tak letak burger ni sebab BTS consider ARMY
yang tak makan burger mungkin sebab agama, sebab vegan dll. Tak ke sangat
memahami, menghargai fans satu dunia mereka tu?
Barulah worldwide, bukan cam korang nak berlawan level
kampung je..bila nak mendunia? 10B wo ada?? Hahahaa saja probok
Upcycle & memorabilia
Ini antara benda genius yang dibuat. Dapat je meal tu
masing-masing terus tukar makanan& coke dalam container lain untuk
selamatkan packaging dari lembik dan kena minyak. Lepas tu kita cuci &
simpan. Ini expected lah kan..alaaa crush bagi surat dulu pun ko simpan takkan
ini tak simpan.
Packaging lawa tu ada yang jadikan phone case, ada yang
jadikan cup/ tumblr , ada yang simpan dalam binder, ada yang DIY letak dalam
frame, ada yang letak dalam plastic box, ada yang buat photocard dengan
laminate cover sauce, ada yang jadikan keychain, ada yang jadikan rantai,
bookmark dll. The list is endless when you are creative.
Pendek kata, sangatlah bijak ARMY reuse packaging ni. Oh kan
kita takdapat photocard kan? Senang je ARMY guna poster McD tu print sendiri
photocard setel hahaha.
Print sendiri jadikan photocard settle. |
Tapi untuk yang nak dapatkan official merch lepas Jin mintak
buat, boleh beli kat Weverse je. Weverse pun under HYBE jugak jadi seperti
noona cakap memang diorang control the whole supply chain. Kat sini ada photocard
yang random, sapa lucky dapatlah.
Tengok collection Saint tu kat sini https://twitter.com/saint/status/1397689671354929159
Banyak je official merch dia, combine order, combine
shipping beli dengan Group Order Manager (GOM) yang trusted ok untuk jimat kos
pos.
Celebrating
frontliner
Beberapa orang kumpul dana & belanja frontliner di
hospital btsmeal ni. Kongsikan kegembiraan dengan semua orang. Boleh tengok ni
antara yang buat event ni
https://twitter.com/PartOfJimin/status/1397909310814834688
https://twitter.com/PartOfJimin/status/1398247790526951424
Event charity begini bukan sesuatu yang luar biasa. ARMY
selalu buat kebaikan begini time birthday member BTS, celebrate BTS win,
anniversary BTS, tanda terima kasih bila interview dll. Baguskan? Kita dah
terbiasa crowdfund bukan saja untuk beli lagu/ album malah untuk charity juga.
Tahniah pada organize& individu yang menyumbang!
Thanks McD
Selain frontliner & charity, ARMY pun ada kasi sikit
goodies pada crew McD sebagai menghargai collabo ini. Boleh tengok sini
https://twitter.com/mirah_z/status/1397454861596119040
Reseller
Tiada demand, tiada supply. Kalau takde orang beli used
packagaing tu, lama-lama takde orang nak jual pun. Meal ni ada 350k set untuk
tempoh 3 minggu. Isunya mungkin ada certain branch yang sudah soldout.
Korang boleh pergi ke branch lain. Atau kalau nak packagaing
tu saja, mintak orang lain belikan & poskan packaging tu. Tak perlu sampai
beli dengan reseller yang jual dengan harga ntah apa-apa.
Adikberadik kita dalam ARMY ni ramai. Tweet je tanya &
mintak tolong, mesti ada yang reply.
Tunggang BTS
Kalau korang rasa biasa tengok orang tunggang agama, kali
ini mereka tunggang BTS. Ala yang probok tu tunggang kefemesan BTSMeal lar. Selain
tu kali ni upgrade lagi, brands pulak dok tunggu BTS. Kinda cute tapi tak jadi
sorry huhuu.
Antara brand jumping to ride the wave are Spritzer, Tealive,
jenama baju, cosmetic, tudung etc. Sorry knowing ARMY they will only support official collaboration
& unproblematic brand. So work harder and we might see each other in the
future ok Malaysia brand.
Kementerian Kesihatan pun ride the wave gak tapi bolehlah nak kasi contoh yang relevan
Source FB https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2940015676288285?__tn__=%2CO*F |
BTS Promotion Style
Teaser
Ok kita cerita bab
serious sikit iaitu the marketing side of this collab. Ini bukan first time McD
collab dengan celebrity sebelum ni ada dengan Travis Scott & J Balvin. Tapi
collab dengan BTS baru umum je dah trending worldwide hari yang sama.
Pernah ke McD or any brand aside from kpop music yang ada
teaser like launch? Kita ada concept photo, CF reveal, lunch party #1 #2 #2 and
behind the scene ( dia panggil behind the sauce hahah comel)
Ini launch strategy yang dah bertahun digunapakai kpop industry
& bila dicross ke commercial consumer product like McD, memang sangat
menjadi.
One lesson from the K-pop branding machine that McDonald’s is applying to the launch is what they call BTS’s ‘smart hints’ to tease the collab
Involvement
Seperti yang kita tahu, menu dan sos ni BTS yang pilih tapi
bukan itu saja yang mereka terlibat. HYBE (aduh awkard betul tukar nama dari BH
ni) memang akan pastikan mereka terlibat dari semua aspek dari pemilihan menu,
style teaser, ads style, social media post, color tema, perkataan borahae tu
semua inside thing BTSARMY.
Noona tak rasa McD seaktif ini dalam twtr in their whole life but BTS makes them do it. I mean siap guna #panjangberbenotapikelakar itu kan salah satu trademark diorang hahaha
Butter
Dalam masa launch meal ni, BTS release lagu baru bertajuk
Butter. Yang bestnya dalam ads yang lawa tu ( pernah tengok ads fast food
semantap ini?? Lets lift the standard forever), ada teaser lagu Butter. Cross
promo macam ni memang first class. Ads ini dibuat oleh agensi Wieden+Kennedy
Setiap kali orang tengok ads tu, akan dengan lagu BTS.
Win-win. Carilah sendiri rekod Butter, banyak sangat achievement tak sempat
noona nak tulis hahaha
Merch
Mcd ada je merch dengan artis lain tapi merch kali ni
berbeza sebab hanya boleh didapati dekat Weverse je. So yang berusaha untuk
dapat dan faham cara beli memang fans BTS je, ha rasa special tak?
Beli merch kat sini https://campaigns.weverseshop.io/bts_mcdonalds_logocollection_usa
one thing BTS is notorious for is its merchandising and endorsement empire, which is on a scale never seen in Western music thanks to BTS’s huge social presence. It enables them to reach millions of young consumers.
Yup! Bayangkan betapa powernya BTS, takde merch pun fans
request buatlah merch. Buat limited, random lucky pun fans sanggup.
In-app Content
4 minggu kita akan dapat content dari McD mengikut jadual
teaser tu. Ini pun first time bak kata mereka “first of its kind” untuk release
content begini seperti yang noona cakap kat atas mereka memang champion bab
content ni sejak zaman predebut.
CF Countdown https://youtu.be/71YWbCdJd3I
Worldwide Domination
Dan seperti yang noona selalu tulis dari dulu, every BTS
move is calculated with the members consideration ( meaning they get to choose
what they want bukan company je yang boleh decide). Memang dah masak dengan
dunia content untuk fans, dah mula kuasai the platform untuk communicate, dan
dah masuk dalam consumer product bermula dari sekadar brand kecil untuk collab,
brand yang diorang personally pakai, dan brand yang merata satu dunia.
Betapa noona smug berlagak bila local guna meme ,
stickerpack BTS atau gif Tinytan, BT21 kat FB comment, fb messenger, Instagram
gif, Ig comment, IG chat theme tanpa mengetahui diorang sudah terlibat dengan
kpop hahaha.
Conclusion
Saya adalah ARMY yang happy dapat BTS Meal dan bangga dengan
pencapaian BTS. Akhir kata, enjoy what makes you happy & jangan jadi bitter
tapi streamlah Butter.
Sekiah, adios!
~b
Sources
http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20210527001098
Borahae 💜💜💜
ReplyDeleteborahee
Delete