Skip to main content

Kpop Merch Scams

 


Assalamualaikum, hello.

Seperti tajuk post ni, noona nak ulas sikit tentang isu scammer yang panas diruangan space twitter. Sebelum tu disclaimer;

-noona tak pernah beli official merch dengan GO

-takde pengalaman kena scam apatah lagi menyecam orang

So, yang tak mahu baca sedikit coretan ini sebab noona takde kredibiti untuk bicara boleh scroll ok…scroll…scroll…scroll lagii

Scroll some more…

.

.

.

Ok tinggal kita-kita je kan?

 

Here my thought…

Yang scam, 

bawaklah bertaubat. Tidaklah kita dilahirkan didunia untuk menyecam orang. Kecewa mak ayah hang kalau dia tahu.

Yang takde niat menipu 

tapi situasi menyebabkan kita berbuat demikian, cubalah atur balik, susun semula, own up to it. Samada ini terjadi dalam kawalan atau tidak, own up to it & make it right again.

Benda boleh adjust, bincanglah elok-elok selepas firstly mengakui kesilapan kita, try to make it right & promise not to make the same problem again. Sebab with great money come great responsibility gituu. Kumpul lah duit, refundlah balik, mintaklah ampun.

Yang discam,

 tuntutlah hak anda. Walaupun korang kata its ok, saya halalkan tapi kita ada responsibility pada orang lain, pada fans yang lain. Come forward, beritahu kisah anda sebagai pengajaran untuk yang lain.

Yang tak tahu apa-apa,

jadikan pengajaran, ambil semua tips yang diberi, tanya pada yang dah biasa membeli pengalaman 


Umur doesn’t mean anything sebab

ada yang kena scam budak-budak, ada yang budak-budak kaki scam.

Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Hati masa ada RM30 dalam wallet, Tak sama dengan hati ada RM3000 dalam bank.

Semoga yang berhak dikembalikan haknya,

Semoga yang teraniya mendapat keadilan,

Semoga yang tidak jujur kembali ke pangkal jalan.

Semoga yang tidak tahu apa-apa mengambil pengajaran.


Selain tu, noona nak suggest supaya diteruskan lagi sesi kongsi tips, do & donts untuk membeli, untuk berurusan dengan GOM dll.

Yang dah karat tak boleh disuruh taubat, biarlah mereka dengan labu-labunya.

Yang boleh kita tolong yang blur tak tahu apa.

Ilmu memang kena cari tapi camtu lah ada yang memang perlu disuap step by step.

Noona cadangan supaya ilmu korang ni;

  • didokumenkan supaya senang dirujuk & diberi link pada yang perlu
  • sebarkan pada platform lain seperti IG, Tiktok, FB, Youtube dll

Yang rajin nak ingatkan dan kongsikan ni diorang takde dapat apa pun, tapi hargailah mereka.

Say thank you, give a little respect to all this strangers that value honesty. Mereka tak dibayar, jadi jangan nak push macam esok sudah tiada.

Kepada yang gigih kasi ilmu, teruskan memberi ingatan & pengetahuan. Good points are added to your deed confirm one.

It’s ok jika tak dapat semua PC, its ok tengok video tu lambat sikit, it’s ok tengok konsert dalam DVD je. It doesn’t mean you are a bad fans.

Percayalah dik, merch, concert ticket, idol tu semua its good if you know how to appreciate it, control it, and not let it take over your life.

Fandom life means it add little more excitement in your life, it doesn’t make who you are as a person, so be okay if you cant collect  everything.

And another thing, if others cant accept this its okay. For me you want the merch so you have something to look at, to remember the memories. So if its cheaper if you buy unofficial merch, or make your merch, so be it.

Just do it, its not like you are making a profit of it. It just something that nice to have & makes you happy. Doesn’t mean you didn’t support your idol. One day when you can afford it, buy all the official you want. For now, beli untuk diri sendiri. Lantaklah orang meja sebelah ada satu binder penuh official sleeve, semua album sejak debut pun.


Sekian sedikit coretan noona. Semoga kita semua kekal menjadi orang baik.

Adios

~b

Comments