4 episode saja for 1 hour each jadi drama ni taklah lama nak habiskan. Nak kata slow cerita dia tak juga, tapi kalau tak sabar memang boleh drop je drama ini.
Drama ini tentang seorang remaja 19 tahun Lee So-hyun yang hidupnya
sengsara. Dia tinggal dengan emaknya yang alcoholic dan main judi. Semenjak
suaminya mati dan mereka hidup sendirian, Sohyun tidak pernah merasa kasih
sayang seorang ibu yang hidup dalam dunianya sendiri.
Sohyun seperti remaja seusianya memberontak dengan tidak
mahu ke sekolah. Dia jadi pickpocket dan bergaul dengan orang yang salah. Satu
hari dia ternampak emaknya berjumpa dengan seorang lelaki. Dia syaki lelaki itu
adalah ayahnya yang memberi duit kepada emaknya untuk belanja.
Dia marah melihat lelaki itu dan nak mengintip kehidupan
ayahnya yang dia kira jahat kerana tidak bertanggungjawab kepada mereka. Sohyun
siap larikan diri dari rumah dan cari tempat tinggal dekat dengan rumah
ayahnya.
Dia tidak mengaku dia anak perempuannya dan berpura-pura bekerja
direstoran bapanya. Dia nak tahu macam mana kehidupan ayahnya dan dia nak
rosakkan kebahagiannya. Di restoran ini Sohyun berkenalan dengan Jo Yoonho,
seorang anak yatim yang bekerja direstoran sama.
Sohyun baru faham perasaan bekeluarga apabila Yoonho dan
ayahnya melayannya dengan baik. Tapi rasa cemburu dan tak puas hati Sohyun
kembali bila ayahnya couple dengan seorang perempuan janda anak 1 yang jaga
neneknya Yoonho.
Sohyun siap buat plot lagi untuk menghapuskan Jinhee dengan
membunuhnya dengan letak briquette didalam kereta semasa mereka pergi piknik.
Meletuplah kereta itu dan Sohyun melarikan diri.
Masa ni dah nak kantoi dia larikan diri dan seorang pencuri
bila dia tolong Yoonho. Nasib baik makcik Jinhee tu tak meninggal dalam
kejadian itu. Sohyun yang takut dan rasa bersalah sembunyikan diri. Kesian
Yoonho kecewa ditinggal begitu saja.
Akhir cerita Sohyun berdepan dengan emaknya yang jadi punca
Sohyun stress begini. Sebenarnya ayah Sohyun memang dah meninggal tapi mak dia
tak boleh terima dan pakcik Jaeyoung tu kawan baik ayah dia. Sepatutnya
Jaeyoung tu yang meninggal tapi dia terselamat dan dia rasa terhutang budi
dengan family Sohyun sebab tu dia selalu beri duit pada emak dia.
Bila emak Sohyun macam baru nak tersedar, barulah Sohyun
boleh terima kenyataan. Dia tak dapat family dia semula tapi dia ada family
baru dengan pakcik Jaeyoung, dan Yoonho direstoran ayam itu.
Here’s My Plan, sehebat manapun rancangan kita, if its not
for a good thing ia tak akan berakhir dengan baik. You can’t fight evil with
evil. Tapi dengan masa dan kasih sayang, luka dan trauma boleh diubati untuk
jalani hidup yang lebih baik.
Review
Some part drama pendek ini agak heavy dengan emotion. Drama
pendek jadi perlu cepat sampai kebahagian konflik, so falling action dia agak
fast pace untuk sampai ke ending tu.
Theme kekeluargaan, konflik dalaman anak remaja, alcholicimn
so its kinda heavy sikit. Satu yang menarik adalah Point of view drama ini dari
watak Sohyun yang biasanya jadi hero/heroin atau protagonist tapi sebaliknya
dia digambarkan sebagai seorang antagonist yang sanggup bunuh orang. Karakter
dia dinamik sebab towards the end dia dapat kebenaran dan cuba untuk berdepan
dan minta maaf.
Rating
5/10
Comments
Post a Comment