Skip to main content

On The Verge Of Insanity #kdrama Review

On The Verge Of Insanity


Kdrama baru sambil menunggu Hospital Playlist. Randomly tekan dan ternampak muka Dr Baek yang dinantikan. Nak tunggu season baru Partners In Justice macam impossible je zaman Covid ni, so iIl take this.

And this new drama gantikan slot drama Here’s My Plan yang aku coincidentally dah tengok juga. Boleh baca review drama Here’s My Plan disini.

Episod 1 dikenalkan dengan second lead lah kot iaitu abang Sangyeopsal Lee Sang Yeob memegang watak Han Se Kwon dan watak wanita dari bahagian HR Dang Ja-Young dan our main character bukan Dr Baek, disini dia dipanggil Choi Ban seok, seorang senior engineer.

Pengalaman kerja dah 22 tahun dan waktu itu tempat bekerja buat VSS. kerja Dayoung lah memberhentikan orang kerja. Banseok tak nak berhenti so dia dipindahkan ke department lain supaya tak ditendang. Dia suka kerja hands-on tapi takde department nak ambil senior officer untuk training.

Tercampaklah dia ke team R&D robot vacuum tapi kena sabotaj dengan ketua sendiri Mr Han. Nak dijadikkan cerita, Jayoung tu ex-wife Mr Han. So berlagalah tiga orang yang degil dan teguh pendirian masing-masing ni.

Banseok memang jenis jujur dalam kerja. Dia mengamuk bila dapat tahu Mr Han sabo projek team sendiri sebab tak nak kemahiran Banseok diiktiraf, sampai kena tendang masuk HR team pulak. Kenalah Banseok belajar sikit-sikit hal HR. Masa ni dia gunakan connection dia yang ramai untuk fahami masalah pekerja dalam company.

Tak lama, dia kembali masuk bahagian research semula dan dapati mesin ciptaan Mr Han yang terjual sejuta unit tu ada masalah. Mr Han adjust result testing supaya produk dia boleh dijual. Masa ni nilai kejujuran dan etika sebagai engineer Banseok teruji.

Uish kalau nak cerita satu-satu konflik dalam drama ni, sampai esok tak habis. Memang kena tengok sendiri dan fahami macam mana mereka settle each conflict. Jangan risau, cerita ni tak heavy walaupun ada sentuh hal keluarga sikit, love line secoet je dan isu pekerjaan yang banyak.

Pada akulah, main story dalam drama ni adalah POV dari company department. Dayoung orang kuat HR. Kerjanya adalah buat apa yang HQ minta, pecat orang, cari kesalahan orang dll. Selama ini jika kita rasa ah semua orang boleh buat kerja HR, lepas drama ni...nope, sila fikir semula.

Kadang kita rasa HR tu zalim, tak bertimbang rasa tapi nak buat macam mana, dah memang kerja mereka begitu. Tambah lagi karakter Dayoung tu yang nak segera naik pangkat ke C-suite. Understandable sebab dah bertahun-tahun dia ikut telunjuk HQ, dia dah senior & berusia jadi tak semua tempat nak hire bila dia cari kerja (sebab overqualified) dan dia nak buktikan kebolehan diri lagi-lagi dalam enviroment kerja di Korea yang terkenal dengan idelogi patriarchy atau lelaki lebih hebat dari wanita.

Walaupun latar cerita ini dalam kompeni elektrikal yang super advanced, competitive dan laju, tapi corak fikir dan budaya lama masih kuat disana. She is desperately trying to break the ceiling glass of women in corporate world.

POV kedua adalah the engineer. The nerd behind every new invention yang kita tak kena. Menarik sebab kita tak pernah tahu what happen behind close door before any new product come to the market. Mereka test berkali-kali, guna banyak supplier, kena kejar dateline supaya company lain tak release dulu, supaya teknologi tu tak outdated. Baru kutahu bila LCD screen dah ditukar jadi digital/ smart screen berapa ramai yang kerjanya sudah tak relevan.

Even the senior Banseok pun kena update ilmu baru. Dari hardware kena belajar software buat coding dan sebagainya. Juga mahalnya kemahiran engineer atau researcher sampai ada perbuataan beli talent untuk ambil teknologi baru.

POV business owner. Kelihatan agak zalim ya jual beli department or branch macam tu saja untuk business tapi dalam branch tu berapa ramai pekerja kena terminate, berapa ramai famili yang terkesan. But, ya business is business. Money can buy a lot of thing.

Sounds heavy ke drama ni? Taklah, jika anda dah bekerja mesti akan relate dengan kisah dan watak dalam drama ini. Realistic isu dan cara dia settle.

Best part? The last episode. Tetiba rasa macam tengok episod awal Start-Up pulak.

Rating

7.5/10

Best untuk adults, mungkin bosan untuk adik-adik. Cerita ni ada semua. Just enough sweet, sour, sad, mad, face, reality. All in one drama. Good one. Tengoklah!



Comments