Skip to main content

Baseball Girl (2020) #kmovie Review

Baseball Girl (2020) review

this is an old unpublished post, please excuse the late unfinished review

#kmovie ni dah pernah tengok dulu tapi tak buat review. Disebabkan aku check lakonan Kwak Dong-Yeon, terjumpa balik cerita ni. Sebab dah lupa, kita layan baliklah cerita nih. So here goes my second time watching with review.

Sinopsis

Joo Soo In adalah satu-satunya pemain baseball wanita dalam pasukan sekolahnya. Disebabkan dia sudah senior, dia perlu tahu arah nak kemana selepas habis belajar. Keadaan ekonomi keluarga memaksa dia untuk pilih terus berusaha dan berlatih lagi untuk terpilih ke liga profesional atau bekerja dikilang seperti ibunya.

Sebenarnya ada je liga baseball untuk wanita. Tetapi Soo In tak minat ke liga wanita seperti guru perempuannya. Dia mahu bersaing dengan atlet lelaki dalam pasukan yang sama.

Kehadiran jurulatih baru dalam pasukan membantu Soo In untuk cari cara lain untuk mengimpress scout talent suapaya dia dibenarkan ke pemilihan pemain pro.

Coach ni sendiri tahu desperatenya nak masuk dalam liga pro sebab dia sendiri tidak berjaya masuk ke pro league. Tapi seperti kata ex-wifenya, talent sebenar beliau adalah dalam bidang kejurulatihan dan bukan sebagai pemai lagi.

Buktinya, dia berjaya ubah fikiran Soo In untuk taktik semasa membaling bola sekaligus cara pandang hidupnya.

Life Lessons

Macam cliche tapi ada banyak pengajaran yang aku dapat dari filem ini. Antaranya adalah "You are your biggest supporter, loudest cheerleader". Disaat semua orang tidak percaya kebolehan Soo In, dia tetap berdegil dengan kehendaknya, kerana dia tahu kebolehan diri sendiri. Kedegilan inilah yang membuka mata coach untuk tolong dia.

We just need one person crazy enough to believe in us, to give us a chance

Kadang kala, walaupun kita sudah hebat, berbakat tapi peluang takde, kita tak dapat buat apa. Dengan kedegilan dan kesungguhan kita, orang lain percaya dengan diri kita, lalu beri peluang untuk pergi lebih jauh.

Kadang kita sendiri tak percaya dan tak nampak kelebihan diri, tapi orang lain yang nampak. Inilah tugas scout talent, headhunter gitu.

We just need that one strike to make people believe in us.
Then only people forget our 99 failure

Its okay kalau kita cuba something berkali-kali tapi belum berjaya lagi ( see that? belum berjaya, bukan tak berjaya) sebab kita cuma perlukan sekali saja kejayaan untuk buat orang lupa 99 kali kegagalan kita sebelum ini. So keep going.

What kind of help can I give you? I couldn't even go near a pro team, is it ok with you? 
I'll become a pro for you that will do.

Suka dialogue ni sebab nampak effort both the coach and the player when they realized they can help each other. She believes in him as a coach when nobody believes him to be a pro player .

A marathoner VS a high school sprinter

Coach bandingkan seorang pelari marathon Olimpik dan pelari pecut sekolah menengah mana yang akan menang jika sprinter itu berlatih bertahun-tahun. Dari perbandingan ini barulah Soo In ubah cara pandangnya. Kata coach, a marathoner strength is endurance not speed. Instant speed can be his weakness.

You can never get rid of your weakness, instead you should develop your strong point.
(boleh guna ayat ni dalam interview)

Soo In punya kekuatan adalah spin rate bola dia. Dia tak boleh kalahkan pemain lain dari segi kelajuan dan kekuatan walau macam mana sekalipun dia berlatih, maka dia kenalpasti kelebihannya dan gunakan kaedah knuckleball instead of fast ball.

It's not matter if it's a fast ball but it's to make it hard for the batter to hit my ball as a knuckleballer
Kenalpasti kelemahan dan kelebihan diri. Gunakan kelebihan diri untuk mengatasi kelemahan diri dan orang lain. Know your strength and your target,  where you are going. Tak semestinya kita guna cara sama seperti orang lain untuk capai sesuatu. When we are using our own strength, the effort is less in achieving it. It might be the road less taken, but it is the road for us.

Konflik keluarga juga ada sebagai perencah cerita ini. Sesuai dengan umur pelajar sekolah menengah, bergaduh dengan emak itu wajib ada. Scene dialog bawah ni buat aku berair mata sekejap.

All you want is money. Is there anything you want to do or want to be?!

Soo In pertikaikan emak yang pada fikirannya seorang yang hanya mementinagkan duit. Jawapan emaknya buat aku terdiam dan terfikir.

Do you know what I have to give up? I have a life before you.

Kita selalu terlupa yang emak ayah kita ada life sebelum kita. Mereka juga pasti ada angan-angan dan cita-cita sebelum bergelar emak ayah, and they used to be young and rebellious like us too. I guess when you got older and become a parent yourself, baru kita sedar banyak cita-cita yang terhenti bila tanggungjawab bertambah.

Being a woman is not a weakness or a strength.

Ending dia cam tergantung gitu tapi at least kita tahu a new beginning untuk wanita dalam sukan baseball.

Pelakon

Legit tengok balik sebab tengah Kwang Yeob up lagi dengan cerita Queen of Tears. Tengok senarai drama dia berlakon banyak betul despite his young age (97-liner). Menanti dengan penuh sabar dia menjadi watak utama and even a villain/ psychopath character.

Actually pelakon utama iaitu Lee Joo-Young yang terkenal dalam drama Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo dah lama tak nampak dia berlakon.

Another sports theme drama filem yang tak bosan dari Korea.

Rating

6/10
~B

Comments