Skip to main content

The Midnight Studio(2024) #kdrama Review

 

The Midnight Studio(2024) #kdrama Review

Sinopsis

Seo Ki-Joo (Joo Won) adalah  is a photographer  yang ambil gambar hantu. Hantu yang boleh masuk ke studio ni bila dia ada urusan dunia tak selesai lagi dan ada masa 3 hari sebelum gambar diambil dan dia perlu ke dunia seterusnya.

Ki Joo ada kelebihan untuk nampak hantu dan merupakan keturunan ketujuh yang jaga photo studio ni. Dinamakan Midnight Studio sebab dia buka waktu lepas sunset atau tengah malamlah, thats why tajuk Midnight Studio.

Dia ada tak sampai 100 hari lagi sebelum hari lahir ke-35 tahun. Semua ahli keluarga dia mati selepas birthday ke 35 yang juga salah satu sumpahan/ curse yang ditanggung keturunanya lepas tok-tok moyang dia dulu curi satu kamera untuk selamatkan anaknya.

Masa ni dia menyewa bilik dengan nenek Han Bom (Kwon Na-Ra), seorang peguam yang kena buang kerja. Somehow, mereka bekerjasama untuk bantu hantu-hantu ni moveon dengan hidup while lawyer Han Bom tolong selesaikan urusan melibatkan kes polis mereka.

Mereka juga bekerjasama dengan 2 orang hantu iaitu  Assistant Manager Go Sung-Ho (Yoo In-Soo) dan Baek Nam-Goo (Eum Moon-Suk). 

Review

Demi Joo Won aku tengok drama ni. Rasa macam dah lama giler tak layan drama Joo Won, padahal dia dulu ahjussi crush banget gue dalam drama dengan Uee.

Ok aku baru tengok balik senarai drama dia berlakon. timeline aku follow dia dari drama Ojakgo Family, punya best drama ni sampai kena tambah 8 episod ( yang menyebabkan dia kena  drop drama The Moon Embracing The Sun, damnn now I want him in saeguk drama ) pastu tengok Kim Takgoo dalam Bread, Love and Dreams (villain), Bridal Mask ( action scene terbang-terbang) Good Doctor ( best wei sampai Amerika buat remake)

Nara yaa...is it just me tapi aku tak rasa pun chemistry mereka berdua. To be honest, love line tak perlu ada pun dan all the kiss scene boleh diskip aje. I mean, the love between them makes Ki Joo got something to look forward to in life, hence he got strong reason to break the curse and make him go to the netherworld, but still KIMIA takdeeee

Yoo In-Soo another actor yang perlu diperhatikan sebab the talent is fuh! Dia memang scene stealer dalam drama walaupun belum jadi main lead lagi. Tengok jelah watak dia dalam drama The Uncanny Counter 2,The Good Bad Mother dan Alchemy of Souls. Watak dua orang pembantu ni walaupun side je tapi best dan they carry chemistry best, lagi-lagi scene bercinta dengan hantu haha.

Mesti ramai pelakon tambahan dengan makeup hantu yang realistic untuk cerita ni.

Rating

Kecewa dengan chemistry love line. Impress dengan makeup and effect untuk scene evil spirit, suka loveline side character and looking forward to Joo Won karakter sebagai detektif atau action scene semula.

6/10
~B

Comments