Skip to main content

2024 Redmi Iconic Fan Meet with Bambam

 


Pavilion Kuala Lumpur on July 13, 2024!

Hi..hi..hi.
Hello semua. Maafkan kelambatan berkongsi catatan ini. Masa hari kejadian, sis acah nak live tweet masa event, tapi as usual..takdan. So here it is.

Iconic Fan Meet Bambam ni kira k-event yang pertama after a looong time. Also winning a contest after a long time. Rasanya few times gak retweet kontes ni dalam twitter dengan hashtag #konteskpop (follow hashtag ni untuk kontes-kontes Korea yang lain). Lepas tu baru terfikir nak baca T&C. Kebetulan memang baru beli phone Mi. Maka layak masuk lucky draw, so just isi form saja settle.

Ditakdirkan ada rezeki menang tiket alhamdulliah. Disebabkan sis dulu luar daerah, kena adjust schedule seminggu sebab nak fit the weekends kat KL. Fanmeet di Pavilion, maka berkali-kalilah tengok map nak decide stesen mana nak turut. Walaupun dah berkereta, public transport kenalah guna seperti zaman student dulu supaya jimat kos. Canggih noh MRT,LRT, ERL kita sekarang.

Turun je stesen Bukit Bintang, hamek kauuu banyaknya manusia. Ini kalau mental tak kuat mau kena panic attack. Lama sangat tak sampai sini, jadi kita guna teknik biasa iaitu follow the crowd. Jalan straight je sampai nampak landmark Pavilion.

Event ni betul-betul kat main area pintu masuk utama. Terpampang banyak poster muka Bambam. So, first step kita kena redeem ticket dulu. Rupanya dah ramai beratur walaupun kaunter baru bukak. So beraturlah kita sambil dijenguk-jenguk oleh orang yang lalu lalang.

Sambil menunggu, kedengaran bunyi bahasa negara lain. Belakang sis orang Thailand meriah ya. Jadi confuse sebab setahu sis ada lucky contest untuk yang memang beli phone dan yang paling awal beli phone on the spot. Tapi tak tahu pulak contest terbuka untuk worldwide.

Lepas dia check email & IC, kita dapat bracelet dan post it note untuk tanya soalan pada Bambam. Sis tanya soalan sengal je.

Soalan pada post it

Seating first come first serve, so boleh chop tempat duduk letak bag ke. Event starts 4pm, settle ticket dekat 1pm. Takde maknanya kita stay, elok isi perut dulu, chop seat pun maleh.

Ni exhibition kat Fahrenheit Mall sebelah

Menapak la gue dalam mall mencari tempat makan halal, mampu bayar dan tak awkward duduk sorang. Tapi disebabkan sense of directionku yang begitu dari dulu, dari awalnya dalam Pavillion, tau-tau keluar kat Fahrenheit mall kat sebelah 😂 settle 10k steps. 

Seat row tengah tapi paling belakang

Settle makan, turun naik escalator, jumpa polis bantuan, solat kat depan Universal Traveller. Dah tu baru masuk kat tempat event semula. Lambat masuk so kita duduk seat paling belakang. Rupanya budak media kpop dan fansite yang pakai kamera besaq suka seat hujung macam ni sebab boleh berdiri dan amek gambar.

Tudia rambut merah.

Majlis dimulakan dengan MC pilihan iaitu Hunny. Dia punya chemistry dengan Bambam di previous event best. Untuk opening, ada speech dan orang Mi naik pentas terangkan pasal this new phone. Lepastu Hunny beri soalan & fans yang jawab betul boleh dapat hadiah.


Tak berapa On time start event tapi layanlah. Actually berharap dapat t-shirt free sebab t-shirt event gini biasanya quality bagus, namun tak dapat. Tapi gift untuk quiz best-best macam poster, earphones, phone, selfie etc.

Penuh tangga belakang

Akhirnya Bambam on stage. Bergemalah satu Pavi sebab kat belakang seat fanmeet tu penuh tangga dengan peminat kpop, Bambam, GOT7. Sis tak pernah ada pengalaman fanmeet. Apatah lagi fanmeet untuk event ambassador gini, so I don't know what to expect actually.

Stylo bakhang

Borak sikit and they start the show dengan aktiviti baca soalan pada post it note. Kira level lucky kena tinggi untuk terpilih. And guess what the first question yang melekat dimata Bambam?

"Can I be your Taeyeon for a day?"
Pergh mantap, spot on, witty and funny. Rupanya ni soalan dari sis Sheila. Kalau korang orang lama, even new kpop fans pun mesti kenal beliau. Almost all event kpop mesti ada and she had been GOT7 fans from the beginning. Seingat ku dari zaman rakam MV kat Shah Alam dulu...ha tau tak apa tu??

Lepas tu banyak la soalan lain yang dibaca, soalan sis tak nampak ya. Pastu ada lucky draw apa semua. Tapi hampeh betul tangan Bambam, lucky fans semua oversea fans, tangan Hunny tarik baru dapat orang Malaysia. Kecik ati kita wak, Malaysian dianaktiri ( takde luck) di tempat sendiri hewhew.


Brother mewakili Malaysia. Nombor bertuah yang dipilih Hunny


Adik ni Malaysian jugak tak silap


Last minute Bambam siap mintak tambahkan hadiah. Ada yang menang phone yang Bambam sign dan dapat gambar bersama atas pentas. 

Ala trick selfie dari atas pentas tu takde maknanya kalau ko tak duduk depan stage betul, namun tetaplah kita tunjuk peace & heart sign dari belakang hahahah

Kredit to SeoulStory. Sis ada tu ha nampak jambul tudung bawal 

Walaupun start tak on time, kita habis on time ya. Dah settle semua balik, berdedai fans dari luar negara naik atas stage amek gambar kenangan siap bawak bendera. Bukan tak puas hati tapi tak faham memang open to all and takde limited numbers ke sebab depan seat aku je ada at least 10 orang dari Vietnam, itu belum lagi yang dari Filipina dan Thailand yang conquer seat depan.

Warna hijau ikut theme olive green rupanya

Sebagai penutup kita mintak adik seat sebelah tolong tangkapkan gambar buat kenangan sebab selfie tetap tak reti walaupun camera power huhuhu. Dan pi tegur sis Sheila sat, nasib baik kenal member. Kitorang member sekolah dan selalu bertembung masa konsert dan bersaing dalam kpop kontes walaupun noona selalu dapat tiket beshe saja.

Sekian pengalaman noona dalam event kali ini. So it's a good experience for me. Next episode, kita ke The Daydreams Believers dengan Noona HQ Isnin ini.

 

~B

Comments