A Day with me to see #BLOOMinKL #DOHKYUNGSOO
Sampai je depan Axiata Arena aku tengak lautan awan biru. Fan semua cantik2 segak2 weii. Aku datang solo jadi aku minta je sesiapa randomly tangkapkan gambar depan Axiata Arena.
Tapi aku confuse ramai orang dah beratur. Deme ni beratur nak masuk ke? sebab pintu buka 4.30pm ke redeem ke mcm ne? Disebabkan confuse jadi aku ternampak gerai-gerai dan food truck. Menarik ada gerai make-up sekali simpan barang or beg. Tak salah aku, sebelum konsert diorang promote dekat X. Which is good idea. Lepas tu ternampak lak Tarot Reading. Yang Muslim haram ye. Kau jangan coba-coba, aku call Jakim kang. Eh tiba. Food truck pun brand besar juga datang macam Chagee, Texas, Milo. Ada yang lain aku pun tak ingat. Yang pasti aku beratur kat Texas beli burger.
Dah beli Texas. Aku pusing nak tengok kawasan depan stadium yang orang beratur n aku nak cari backdrop besau Si Doh Kyungsoo tu. Fuh ramai orang ye guys. Sebab xde arahan untuk beratur mana. So memang crowd depan Kyungsoo tu. Pastu tengok ada photobooth yang Queue panjang macam ulor. Organizer kena tambah la lagi satu photobooth. Ni bukan photobooth kenduri kahwin ni Konsert bai. Pastu aku jalan lagi celah orang beratur tu nak tengok apa yang ada sampai aku end up tepi ambulance nak makan Texas. Dekat dengan ambulance ada polis bergerak.
Dalam stadium nampak cantik gila sebab dress code warna biru awan tu. Lagi 15 minit nak konsert nak mula. Lampu stage main tutup buka tutup buka lak. Fan dah bersorak2 dah ni. Tepat pukul 6 petang. Montage Doh Kyungsoo bermula dan tiba2 pintu montage terbuka. DKS pun keluar sambil menyanyi lagu. Settle 1 lagu terus panggil MC dan setup sofa untuk sesi borak-borak.
Kyungsoo cerita tentang Bloom, aktiviti dia, diri dia berdasarkan tema bunga yang dia lukis sendiri. Kenapa aku tak tahu mamat ni boleh melukis. Pandai masak lak tu. He fix his nail bite too. Dalam masa 10 tahun banyak betul skill dan improvement dia buat. Aku percaya fans pun macam tu juga.
Lepas tu kan. Asal Kyungsoo nyanyi kan. Selalu fan ikut nyanyi sekali atau diam sambil hayunkan light stick. Punyalah sedap dia nyanyi.
Cuma part tak best bila MC tak tahu slang yang betul bila cakap BM. Slang dan intonasi lebih kepada Bahasa Indonesia. Contoh, Semoga bahagia ya. Orang Malaysia tak cakap macam tu la! Eee marah aku. Tapi sebab Kyungsoo tu comel kita sabor. Part cakap sedap pun. Hauk cakap benda lain. Fan sampai jerit cakap Sedap Gila! Tapi MC tak paham. Pastu aku tak leh brain MC cakap apam balik makan masa breakfast. Aku rasa MC ni confuse dengan lempeng kot. Please MC make some homework la! Buat malu je sebab kau dah mewakili Malaysia. Aku baru jumpa info. MC is Korean yang based dekat Singapore. Patut la! Singapore and Malaysia not same!
Part selfie cara bijak walaupun fan duduk jauh pun best. Fanboy always win first. Lagi satu, kesian dia dapat Teh Tarik dalam plastik ingatkan sauce. Hahaha. Pastu ada part yang fan nyanyi based on playcard tu. Pastu Kyungsoo minta STOP. Sebab dah macam orkestra tanpa konduktor dia mengajuk. Lepas dia count baru nyanyi dengan dia. Suara dia memang sedap gila.
Pukul 7.30 petang macam tu. Kyungsoo masuk backstage tukar baju. So aku pun lari la keluar solat dekat tempat yang lapang tu. Beramai2 fan Muslim keluar dan solat. Tengah lipat telekung. Kyungsoo dah start masuk dan nyanyi. Aku masuk. Tak sempat masuk seat aku sebab row aku dah start record video. Jadi aku duk tepi tangga sebab kang tak pasal2 bontot aku masuk recording diorang. Lepas Kyungsoo masuk backstage lagi sekali dan row aku tu dah tak record baru aku masuk seat aku balik.
Tengah ralit tengok Kyungsoo. Tiba2 photocard aku ni jatuh kat celah seat row depan aku. Alahai cian la Kyungsoo tersepit celah seat tu. Masa Kyungsoo masuk backstage sebelum keluar solat. Aku baru minta orang row depan which is bawah aku untuk ambilkan. Terima kasih and sorry.
Konsert habis dalam pukul 8.15 malam. Jadi aku selfie dan minta orang tangkap gambar juga. Pastu kena halau sebab VIP send off dah nak start. Maka keluarlah kau. Ramai la penjual air kotak oren tu depan stadium. Backdrop Kyungsoo pun ramai orang lagi. Aku just jalan untuk balik ke LRT. Dari jauh da nampak macam perbarisan warna biru berjalan ke LRT Bukit Jalil. Sampai je LRT Bukit Jalil. Peh. Penuh dengan warna biru beratur sopan ye dekat line nak masuk train. Aku kagum gila. Masuk LRT pun kemas sorang2. It's amazing.
HQ~~
Comments
Post a Comment