Skip to main content

The Daydream Believers :꿈, 마침내 in Malaysia Exhibition


The Daydream Believers :꿈, 마침내 in Malaysia Exhibition

Hybe mengadakan pameran The daydream Believers di Malaysia dari 01 Jul hingga 01 Sep 2024, di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Harga  early Bird: RM 88 dari harga sebenar iaitu RM 138. Aku pun adjust jadual walaupun masa tu belum ada pengumuman menang ticket fanmeet Bambam.

So kami (Noona B & HQ) setuju untuk pergi waktu weekday Isnin sebab weekend itu family time. Bersama seorang lagi Carat kami ke Lalaport. Sebaik sampai disana, ada sekumpulan masuk sebelum kami.

Staff akan adjust supaya tak ramai sangat nanti dalam exhibition tu. Lepas check ticket, kita boleh pilih satu photocard percuma dari mana-mana group dalam exhibition ni. Hybe company besar, so ada beberapa group ada dalam pameran ini termasuklah BTS, Seveenteen, Enhypen, &Team, Le Sserafim etc.

I pulled a Seokjin and noona HQ pulled RM. Sebelum masuk staff akan brief kita boleh ambil gambar tapi start dari dark room tak boleh ambil gambar. Mas satu jam dalam ni, tak boleh pusing patah balik etc.

The start

Membaca sedikit untuk memahami Daydream Believers ni apa

Bahan backstage dipamerkan

Contoh makeup area kat backstage

Cubaan mengambarkan faces yang bermimpi

Blur seperti dalam mimpi

Versi Video


Antara bahan pameran adalah tempat makeup, camera, spotlight yang digunakan. Ada aktiviti main shadow, tengok bawah filem gambar idol-idol. Gambar yang digunakan dalam pameran ni tak dikeluarkan jadi kat sini baru dapat tengok.

Lepas tu ada poster gambar macam photocard tapi blowout pront, tampal la kat dinding. Ada satu gambar tu Yoongi letak tangan belah depan. As a joke, sis amek gambar jari Yoongi sebab look at that finger nails, sis nak zoom in dan membahan beliau.

Sekali lupa ada staf kat belakang. Diminta delete gambar tu, pastu bukak recent pics, delete jugak di tong sampah. Spoil sikit la tapi tak salahkan diorang, memang keje diorang kena buat gitu.

Tapi pada akulah takde masalah pun nak amek gambar, bukan rembat gambar pun. I dont get kenapa HYBE nak beriya sangat strict.

Lepas tu pergi  ruang seterusnya photoshoot mereka ada gambar, video, pakaian dan props yang digunakan. Kita cuma sekadar melihat sahaja. Last sekali ada post it notes boleh tulis nota untuk all the idols. Idoklah kita tahu kejadian nota ni akan diapakan, I doubt  all of it will go to them to read it.

Dan last sekali adalah merchandize area. Most of it mampu tengok dan tak mampu beli. Paling aku suka the cassete tape je. Dah keluar exhibition kat pintu lain dan nampak ada photobooth yang berbayar tu. Ingatkan adalah muka idol ke apa macam Photoism punya, idokkk. Yang ada sekadar nama exhibition ni saja.

My View

Ok kita kena jujur dan ikhlas. Adakah RM88 dan sejam itu berbaloi untuk pameran ni. For me, NO. Its not worth it lagi-lagi kalau korang travel dari jauh.

Faham diorang cuba nak muatkan banyak artis tapi its soooo boring. Satu tempat tu je yang acah interactive boleh tengok filem gambar artis. Other than that. Kita tengok dinding jelah. 

Walaupun the one and only and also the last exhibition kat  SEA, tetaplah tak berbaloi. Real talk, fanbase buat cup sleeve event lagi meriah dan best dan berbaloi dari event dari entertainment company banyak duit ni.

Rasa nak mengadu kat RM dan Yoongi pasal perangai capitalist ini. Tak silap haritu nampak ada promo lagi kat ticket2u untuk exhibiton ni with is half price ok. Tak cukup lagi ke orang bayar mahal untuk pameran begini? 

Dalam kehampaan dan ketidakpuashatian, kami pun keluar mencari Damascus dan pusing Pavillion sebelum kembali ke kehidupan biasa.


Tiada yang tak keras di tengah kota raya ini. Lunch at Damascus.

Event ni diorang tak mai Malaysia, tapi muka penuh di stesen MRT. This on is in Pavi store.

Diakhiri dengan secawan kopi sambil sesi curhat dengan Noona HQ
 (not in pic)

And we get this instead of puashati dengan exhibition

Sekian melaporkan.

~B







Comments