Skip to main content

What come After Love #kdramareview

What come After Love #kdramareview

Cerita mengenai percintaan dua individu yang berlainan negara. Perempuannya dari Korea (Lee Se Young) dan lelakinya dari Jepun (Kentaro Sakaguchi). First time ye aku nak tengok cerita ini walaupun aku kurang gemar heroin dia disebabkan pelakon Jepun itu. Cerita Jepun memang aku tak layan. Dulu-dulu masa kecil je aku layan. Tapi sebab hero dia kemain helok ye. Dengan lesung pipit, hidung terletak dan mata candy dia. Oh mai. Jadi aku pun promote dekat Noona B suh tengok juga mamat ini. Sampai Noona B pun cakap comel noh. Hahaha

Cerita dia ada enam episode bagi aku just nice sebab pace cerita ini slow betul. Yang tak menyabar macam aku ini dah berapa kali terlena so lambat la aku nak habiskan drama ini. Selalu aku ghost kan terus kalau drama tu bosan gila. Tapi sebab aku nak tau ending dia macam mana dan algo IG aku asyik kua mamat ini je. Aku gigih habiskan juga.

Yang heroin ini fasih bercakap Jepun. Dia datang Jepun sebab nak sambung belajar sekali terjatuh cinta plak dengan hero juga sambung belajar sambil buat kerja part time. Dedua ini ada minat yang sama iaitu menulis. So cinta diorang ini memang cinta paling loving la. Dalam loving diorang itu, masing-masing dah start busy especially hero sebab dia rasa macam dia bertanggungjawab terhadap heroin sebab diorang duk umah sekali.

Lama-lama yang heroin ini rasa sunyi. Dahlah dekat negara asing. Bertambahlah lonely dia. Sampai satu hari diorang broke up dan heroin balik ke Korea. Tapi heroin ini tak puas hati nape hero tak lari cari dia.

Yang hero pun lepas itu dia menyesal dan teringat kata-kata supportive dari heroin yang dia nak hero menulis buku. Maka, hero pun tulis buku sampai famous dekat Korea. Nak jadikan cerita diorang berdua jumpa balik lepas 4 ke 5 tahun sebab heroin ini dia kerja editor dekat Syarikat buku bapa dia dan Syarikat bapa dia tu promote buku hero itu. Heroin memang tak baca buku hero itu sebab memang buku tu tulis tentang cinta hero dengan heroin. Heroin pun dah tunang dengan kawan baik dia Doktor dan tunggu masa nak nikah je. So, timing lelaki tu datang macam salah ke betul ke sampai heroin pun confuse.

Cinta diorang bersatu atau tidak korang tengoklah. Selalunya bila orang yang kita sayang dah hilang barulah kita sedar. Dapat tak peluang kedua tu? Masing-masing sedar tak kesalahan antara satu sama lain?

Total aku kasi 4/10.

Noona HQ


Comments