![]() |
Good Boy 굿보이 |
Intro
Haa… drama Bogum lagi geng! Tapi kali ni dia bukan jadi flower boy senyum manis dekat kamera. Nope, dia jadi tough. Fight scene dia kemas, especially episod awal tu—editing siap main cat color-color vibe macam music video.
Sinopsis
Cerita pasal bekas atlet yang career dia dah hancur sebab injury. Hidup blur kejap tapi then dia dapat peluang jadi polis melalui special recruitment. Banyak buat hal sampai pasukan khas diorang hampir kena tutup. Kedegilan dia membawa pasukan ni untuk cari satu penjahat ni ke lubang cacing. Bukan orang jahat biasa-biasa tau—ni jenis villain yang pegang seluruh bandar. Dadah, senjata api, smuggling… semua dia pegang.
Oh Jung-Se jadi villain utama. Fuh, dia memang jahat sampai habis. Takde redemption arc langsung. Cuma ada origin story sikit la—dulu miskin, dihina, sekali dia jumpa peluang guna maklumat untuk blackmail orang. From there terus snowball jadi gengster mastermind. Dia kawal semua orang: hakim, polis, media.
So the whole drama basically kucing lawan belut. Polis nak tangkap dia, dia terlepas. Polis nak jerat dia, dia lagi licik. Standard formula banyak K-drama crime/action guna. Genre drama ni katanya action comedy, adalah sipi-sipi nipis comedynya. Lagi banyak comedy dalam drama Seoul Busters . Kalau Crime Action ya betul.
Review
👉 Bogum – memang lain dari watak dia before. Tak lembut, tak jiwang. Kali ni dia punch, kick,berdarah aje. Aku suka side dia yang ni.
👉 Kim Sohyun – heroin, steady je tapi macam tak cukup ruang untuk shine. Dia more to penyeimbang vibes.
👉 Lee Sang-Yi – Dia memang maintain macho dari zaman Bloodhounds. Dalam ni pun sempat tayang badan lagi. 👀
👉 Supporting cast pun bukan main-main. Even kapten dia yang ada cauliflower ear tu—detail gila, nampak real bekas atlet betul.
Cuma overall… jalan cerita dia predictable. Kau boleh agak next move villain ni apa. Takde twist besar yang buat kau ternganga. Still entertaining, tapi tak fresh sangat la.
Rating
⭐ 6.5/10
Boleh layan, especially kalau kau memang suka tengok Bogum.
Conclusion
Bogum dah break stereotype dia as boyish prince charming. Now dia tunjuk boleh jadi tough cop jugak. Tapi jalan cerita still safe zone. Untuk penggemar action dengan muka-muka pelakon A-list, boleh la tambah dalam watchlist.
Comments
Post a Comment