![]() |
| #kdramareview Spirit Fingers (2025) |
I love high school drama yang sweet2 gini. Dari webtoon dibawa ke layar. Main character semua budak muda and baru, so ngam la bawa watak highschool kids. Side character Woo Min dari Study Group & Weak Hero jadi baik je dalam drama ni tapi I keep waiting for him to start beating people hahah begitu mantap previous acting dia.
FL ada watak delulu yang akan muncul bila dia overthinking malam-malam, ni relatable. Lama-lama delulu tu tak keluar lagi bila dia mula berani berdepan dan akui perasan dia dan tak nak dibuli lagi. Sampai ep hujung2 pun FL masih insecure dengan diri & her relationship with her handsome BF sampai nak breakup. Ridiculous but understandable. Rasa nak bagi je dia dengar lagu 1D- You Don't Know You Beautiful.
Betul kata kawan dia, Nam Gi-Jung tetap akan kata dia paling cantik walaupun dia jadi homeless. Orang seover thinking U-yeon, ditemukan dengan orang langsung tak memikior Gi-Jung.
Its a sweet, sengal, comedy drama. Light drama that we all need. Zaman dulu orang panggil mat-mat hensem ni ullzang dan iljin untuk pembuli. Terus teringat zaman baca translation fiction kat forum dulu-dulu, sebelum zaman Wattpad.
"Talking to you make everything better" katanya sebab FL jenis overthinking, ML jenis tak berpikir hahaha. Anyway muka ML Joon Young ni boleh jadi adik Woo Do Hwan dengan sengal-sengal ubi tapi hensem tu. Katanya SM trainee, patut visual on point dengan kaki panjang segalah.
Drama ni 12 episod je so the last 2 episode tu macam agak rush dan watak baru timbul iaitu ayah dan abang U-yeon. Tapi needed gak watak ni sebab nak tunjuk punca Uyeon sangat tak confident dan dipandang enteng oleh famili (emak dia) dan catalyst untuk dia akhirnya bagitu kebenaran.
Scene dia nangis bila lukisan kena koyak tu agak impactful, tangisan yang dipendam dan akhirnya lepas. Adik U-dol tu aku suka sebab comel dan mengingatkan pada Uwon hehe. Disebabkan drama ni dah lama dan dramatic kisahnya sebelum berjaya ditayangkan di OTT, sampai U-dol dah setinggi pelakon lain, punyalah lama baru dapat keluar screen.
Oh, semua watak dalam drama ni ada development dari emak, akak ML, kawan dan even adik U-Dol. Yang rasakan reaction U-Yeon tu over, ko tak pernah jadi remaja ke? Zaman tu your emotion dan segala chemical dalam otak ko tengah melonjak-lonjak. Prefrontal lobe pun tak habis berkembang lagi, emotional regulation apantah lagi. Eh, macam takde beza lak dengan budak 2 tahun, trouble tantrum two haha. Point is, its a valid feeling. Benda kecik pun rasa the end of the world, i dont deserve to live huhu. But its the family and friend yang bantu kita navigate that time.
U-yeon akhirnya belajar untuk terima stand up for herself, to recognize her feeling, to accept things she cant change, let people know her feeling and be more mature. Spirit Fingers feels like a group of akak abang that we all need waktu sekolah dulu.
Tapi sampai ke hujung aku tak dok tunggu unsur magical sebab No Min Woo as Jonathan tu macam not real people. Jadi soalannya, adakah ending dia sama dengan web novel? I need the venue for Spirit Finger suddenly vanished when all the member become better person or something? Satu lagi kenapa nama bartender cerita gini mesti omputih? Dalam Missing The Other Side , nama bartender dia Thomas.
Drama light dari webtoon.
Rating 8/10
~B

Comments
Post a Comment