![]() |
| Head Over Heels Review |
Intro
Ada tak rasa rindu nak balik zaman sekolah – crush, fluttering moments, senyum sorang-sorang? Lepas maraton drama crime berat macam Goodboy, (Tak perasan pun drama Goodboy tu violent sampai tengok dengan org yg jarang tgok genre gini huhu) tengok Head Over Heels ni memang rasa macam tarik nafas lega. High school story
Drama high school/young adult is always heart fluttering & cute. Ke I just project this idea to my head? But it's always feel good to watch highschool/ young adult drama yang penuh dgn hope for bright future cukup light, sweet.
Tambah pulak ada Geonu main archery—terus rasa “ahhh, rindu nak tarik bow sendiri!” 🏹
Sinopsis
Head Over Heels follow kehidupan pelajar sekolah menengah iaitu Park Sung-A (Cho Yi-Hyun) yang sebenarnya adalah Fairy Cheonji. Satu hari dia jatuh cinta dengan klien dia yang dibawa oleh neneknya sebab dia bernasib malang. Love at first gitu dengan Bae Gyeonu (Choo Young-Woo) tapi dia nampak umur crush dia tak panjang. Bermulalah trick dia nak panjangkan hayat crush itu sampailah dia terpaksa buka rahsia dialah shaman yang Gyeonu jumpa haritu.
Review
Storyline penuh bromance comel, first crush, dan drama remaja yang bagi butterfly feeling. Tak ada jalan cerita complicated pun, just simple young love + persahabatan yang buat kita senyum sepanjang episod. Dengan 12 episod berdurasi sejam setiap satu, pacing dia ngam—tak meleret.
Yang lagi best, drama ni tak terjebak dengan heavy melodrama. Instead, dia balance antara love story, school vibes, dan sedikit elemen mistik (ya, mantera & shaman tu tengah trending sekarang kat Korea!).
✨ Geonu’s (Choo Young-Woo) double character – Sumpah puas hati tengok! Muka dia memang sesuai nak jadi protagonist innocent ataupun antagonist misteri. Tahun ni busy betul dia dengan pelbagai watak, memang versatile. Oasis (best giler rating 9/10 review tak sempat la huhu) , Once Upon a Small Town (dia cute), The Trauma Code: Heroes on Call (jap belum tengok dengan hero ahjussi gue), The Tale of Lady Ok (jappp belum tengok). Dia remind aku pada Lee Junyoung—bawak antagonis pun tetap best.
✨ High school charm – Klise? Maybe. Tapi tak pernah fail bagi feel-good vibes. That awkward-sweet crush moments memang selalu jadi selling point untuk drama YA macam ni.
✨ Bromance factor – Kalau korang suka friendship dynamic yang wholesome & comel, drama ni memang deliver. Lagi-lagi bila campur dengan sports scene (archery 😍).
✨ Shaman trend masuk sini juga – Lepas Exhuma, Korea memang asyik selitkan elemen shaman ni dari shaman dating reality show, kisah real ex pm Korea dengar ckp shaman pasal blue house, CEO Ador pasal new jeans, prosecutor pasal idol sexual assault case. Dari movie, variety show sampai ke real-life political scandal pun ada, mmg musim agaknya. Dekat sini, dia serve as flavor tambahan—jangan la pulak ikut baca mantera tu 😂.
Rating
⭐ 7/10 – Sweet, simple, and feel-good. Bukan masterpiece, tapi cukup untuk bagi butterfly feeling & buat kita senyum lepas hari panjang.
Conclusion
Head Over Heels tak cuba nak jadi groundbreaking. Ia cuma nak bagi kita escape ke dunia sekolah menengah yang penuh crush, bromance, dan harapan cerah masa depan. Dengan Geonu shining in dual roles + trend shaman yang masih hot, drama ni sesuai kalau korang nak rehat minda & enjoy vibe ringan. Kalau craving untuk high school romance + cute bromance, drama ni memang kena try.
~B

Comments
Post a Comment