Skip to main content

GOT7 Stop Stop It MV Review


Noona B

Noona baru saja habis menaip review MV Hi Suhyun, jadik ingat nak berehat sebentar menonton MV. Sekali JYP dengan cemerlangnya telah release Dance Practice Stop Stop It untuk GOT7. Perghh...feels yang dirasai sepanjang menonton dance practice adalah dahsyat. Oleh itu, MV review ini perlu ditulis untuk Noona meluahkan rasa.

Kita start off dengan MV Stop Stop It.
Jalan ceritanya Noona tak berapa nak faham, tapi setelah diceritakan oleh Noona HQ, faham la kot..sikit..haha. (p/s mintak Noona HQ explain jalan cerita).
Lupa pulak nak cakap, lakonan JB saya suka!

Lagu: Ok. Typical JYP punya lagu untuk GOT7 iaitu chorus adalah repetitive and catchy. Hajima..hajima..Girls..girls...girls..A...A...A. Disebabkan dia repetitive dan catchy lagu nie cepat ditangkap. Cuma aku personally tak berapa berkenaan bila chorus suara JB di "auto tune" kan banyak sangat ( or whatever correct term dia yang aku tak tau). I mean, suara JB sedap OK. Tak perlu sampai overpower suara JB. Tapi mungkin jugak JYP nak cuba style ala-ala Dubstep ke Electronic.

Rap: Tiga-tiga rapper Ok. Cuma mungkin pada aku, rap Mark masih sama seperti sebelum ni. Kurang jiwa hiphop disitu. Tak boleh expect lebih-lebih sebab kena faham Mark bukan ada background rapping.Tapi takpe boleh improve lagi. (Komen jujur dari Noona yang sangat la bias dengan Mark Tuan)

Style: Salah satu benda yang ntah ape-ape je dari GOT7 adalah pakaian dan hair style diorang. Oh, come on coordi and stylist noona! You can do better than this! Tapi konsep dia kan macam in the future, mungkin la kot masa depan orang pakai camtu..Haha..still aneh.

Dance: Body rolls..body rolls..Wow.Wow.
Dalam hati dah berkata..dance version nie mesti awesome. JYP..nak dance version!

Martial Art: Salah satu kelainan GOT7 adalah martial art tricking mereka. Dalam MV ni takde pulak trick mereka. Ok la tu. Kasi Mark rehat sikit. Setiap kali Mark buat trick, risau hati Noona takut Mark injured tau.
Oh Mark, you sure is an alright guy.

p/s Nampak tak headphone yang Mark pakai? Oh...cantiknya. Monster Diamond Tears tu..Noona pun in tears bila tengok harga.
==================================================================
Tak lama lepas tu, JYP release Dance Version..Oh seronok saya.
Tapi lepas tu, JYP release pulak dance practice dia. Wah..ini baru best! Dance Practice dia adalah sangat awesome. Boys in plain white suit and black pants sangat la Wow! Wow Mark! Wow JB!!

Lupa nak cakap, JYP tak kan release video yang berharga ni macam tu saja. Jadi, diorang set target nak berapa juta view kat YouTube baru release video. Noona cuma sumbang dalam 3-5 view je. Tapi masa MV A tu Noona kena la mengaku yang Noona menyumbang lebih dari 20view. Gigih la tu.

Penting kot view dalam official YouTube channel sebab dia kira point untuk menang dalam music chart.
BIGHIT PLEASE TAKE NOTE! 2 things to learn : 1) Set target view at your official YouTube channel then only release dance version or dance practice or whatever version you can come up with 2) Name the video in English or at least the romanized title in your official channel.


Noona HQ

JB memang pandai berlakon memandangkan dia penah berlakon dalam Dream High 2. JB dalam MV ni muka innocent sangat. Noona rasa nak debik je kepala dia napa comel nih. Walaupun dia bukan bias noona.

Macam yang diperkatakan oleh noona B. Lagu JYP ni selalu chorus dia addictive, senang nak ingat. Even dance dia pun addictive. Noona siap practice dalam bilik sebab dance dia simple bagi orang kayu macam noona. Alamak kantoi dance walapun tua. heee

Tak nak komen suara vokulis sebab semua sedap. Nak komen rap, noona memang suka bahagian rap Jackson. Bam Bam punya rap pun dah makin improve cuma Mark je. Maaf dongsaeng2 sekalian. Mark kena improve banyak arasso? Cari kelainan rap awak tu. Macam komen juri lak. hohoho

Ok jalan cerita dia, apa yang noona fahamlah, JB suka kat awek dalam MV tu. Dia selalu tengok perempuan tu. Segala perlakuan awek tu kt JB buat JB tak keruan lemah lutut gitu, angau gitu. Sebenarnya dia berangan awek dia suka tu buat mesra dengan JB, hakikatnya dan sebenanrnya JB tak luahkan pape perasaan pun. Dia berangan sahaja.

DANCE PRACTICE. Korang harus tengok ok! Diorang wave sangat mengancam. Ulang2 tengok uooll..oppsss!


Noona A

Sebenarnya..noona A tak folo sangat perkembangan dongsaeng2 GOT7 ni. Penah kut dulu tgk variety diorng sekali dua..ingat Jackson je. Sebab noona still tengah melalui Severe Acute Post-Exobreakup Depression Syndrome. Ini adalah medical term yang sahih. Hanya 1 dalam 1120 orang sahaja yang akan suffer from this illness. Sebab tu tak feeling sangat nak dengar mahupun menonton memana mv ke..variety ke..cf dongsaeng2 kpop sekarang.

Anyway, aku gagahkan diri jugak tengok mv yang digila2kan oleh noona B & noona HQ. Here it goes...

1. OHMAIGOWD. Benda first yg aku fikir bila tengok mv ni.. "Eh, Xiumin ke tu? Apa dia buat kat sini? Tapi apsal rambut dia panjang? Xiumin..kajimaaa!" Sila salahkan SM sebab jadikan noona macam ni.

2. Kau (sape nama dia?) nak lompat..lompat jelah. Eh, nape muka orang tu sama dengan kau? Eh, nape pkai baju kena kerat? Eh, tu Jackson kan??

3. Hrmm..not bad lagu ni. catchy. penuh dengan unsur2 kpop gitu: dongsaeng2 jambu, lompat2 comel, lirik korus berulang2, background kat dalam kelas and celah2 alleyway gelap sambil diterangi lampu2 neon, dan rooftop.

4. Eh..apakah kekeliruan ini? Macamana dia boleh naik kat rooftop tu balik? Jumpa doppelganger dia balik? Eh..eh?

5. My take on the mv..mamat rooftop tu sebenarnya minat giler kat minah xiumin tu walaupun kena rejek. Pastu diri dia from another timeline pun naik rooftop sama sbb nak kejar minah xiumin yg sama. Kiranya..chentanya kat pompuan tu begitu mendalam hingga no matter which timezone he is in, kasihnya tetap pada yang satu. Erkk~

6. Yelah...mmg dahsyatlah depression noona ni. Dulu kalau tgk mv baru kan..terus dapat detect and differentiate member2. Tapi sekarang..I can't tell the difference between them!! Except for Jackson. Omo omo...

Papepun, best gak lagu ni. Tanpa disedari, along the way, bahu noona turut ikut terhinjut2 dan kepala turut mengangguk2 dengar rentak catchy and addictive mereka ini.






Comments