Skip to main content

Kdrama Review: Tempted aka The Great Seducer (Dropped)



Ok lah mari mengaku. Aku tengok drama ni sebab main actor Woo Do Hwan. I expect a lot sejak tengok lakonan dia dalam Mad Dog. Namun, selepas bertahan tengok 14 episod dan melihat drama ini going no where, aku decide untuk drop saja. Tapi takpe, meh sini aku cerita sikit synopsis drama ini.

Sinopsis Tempted

Drama ini berkisar kehidupan anak orang kaya di Korea. Watak utamanya adalah Kwon Shi Hyun yang dilakonkan oleh Woo Do Hwan anak seorang Chabeol JK Group. Dia berkawan baik dengan Choi Soo-Ji dan Lee Se-Joo. Kehidupan mereka mewah tapi sunyi tanpa kasih sayang keluarga. Mereka jadikan orang lain yang mudah jatuh hati sebagai permainan mereka.


Asalnya dari satu bet antara Soo ji dan Shi Hyun, dia membuat Eun Tae Hee (Joy) jatuh hati kepadanya. Things start become complicated bila Shi Hyun betul- betul jatuh hati kepada Tae Hee. Tapi yang menyampahnya, selepas itu semua benda jadi kacau bilau.

Fokus drama ini berpusing-pusing dari isu identi Shi Hyun, identiti Tae Hee, perkahwinan mak ayah Soo Ji dan Shi Hyun, isu keluarga Se Joo, first love masing-masing…eh banyak sangatlah. Sampai episode 14 je aku sanggup tengok sebab semuanya jadi messy. 



Level lakonan watak utama iaitu Joy pun macam tak best. Pusing-pusing tang tu jugak dia. Sekejap ada stand, sekejap cair macam keju je dengan Shi Hyun. Kecewa jugaklah aku sebab pelakon yang lain ada potensi tapi watak tu memasing tak kuat. Sayang betul potensi lakonan semua orang tak dapat ditonjolkan. Aku rasa writer and director dia suka hati je pusing-pusing cerita ni sebab tak kemana.

SM selalu letak artis dia dalam drama yang ntah apa-apa. Memanglah ada je SM idol yang boleh berlakon macam DO, Kai pun ok jugaklah. Tapi yang lain, hancus. Even aku full blood Cassie pun tak mau Yunho atau Changmin berlakon. Its ok I love them already as an artist, performer, idol. Sebab gamble SM ni kadang tak menjadi, pastu reputasi idol jadi teruk sebab lakonan kaku.

Nak lagi tragis, drama ni dapat rating paling rendah untuk tahun ni 1.5% je, sikit lagi nak sampai level Manhole 1.4% (ini satu lagi drama tragis, ada Jaejoong pun aku tak sanggup sambung tengok sebab kemana ntah jalan cerita dia). Tapi kalau ikut rekod MBC, Tempted ni paling teruk lah sebab Manhole kat channel KBS.

Lol, dah habis drama ni ada pulak skandal Do Hwan dengan Ga Young.

Ini short, tak payah tengok drama ni, tak rugi pun . Sekian, terima kasih.
Boleh tengok drama lain Woo Do-Hwan seperti The Divine Move 2: The Wrathful, Tempted, Mad Dog

~B



Comments

  1. Bagus review awak... Jadi saya tak payah tengok cerita ni... Ade tak cadangan cerita korea romantik ape yg boleh saya tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh search label K-drama atau review kat blog ni untuk baca review & suggesstion drama yang best. thanks for reading!!

      Delete
  2. cite apa yg best ehh .. tlg suggest dkt sy boleh ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak je, boleh tengok review yang lain tekan label k-drama

      Delete

Post a Comment