Skip to main content

Burn The Stage vs The Meleis


18 November 2018, berakhirlah tayangan perdana filem BTS bertajuk Burn The Stage: The Movie. Filem pertama dari BTS ini memaparkan disebalik tabir semasa BTS Wings Tour dengan exclusive tour footage dan one-on-one interview.

Burn The Stage adalah kesinambungan dari siri dokumentari dengan tajuk yang sama di Youtube Red Original. Golden Screen Cinema (GSC) mendapat hak penyiaran tayangan ini di Malaysia. Pada mulanya tayangan hanya pada hari Khamis 15 November 2018 9 malam di 32 lokasi sahaja.

Walaupun hari dan masa tayangan agak payah kerana diadakan pada tengah minggu dan hanya pada pukul 9 malam, tiket wayang terus habis sebaik pembelian boleh dilakukan. Malah, laman web dan apps GSC terus down sebab ramai sangat ARMY buka. 

Kira-kira 12,000 tiket telah terjual dalam masa 30 minit je. Atas permintaan yang sangat tinggi, GCS berjaya mendapat kebenaran untuk buka 2 lagi tarikh dan menambah pawagan dan hall. Oh sebelum tu haruslah The Meleis condem warga ARMY selepas berita ini tersebar di media.

Selepas 3 hari tayangan iaitu pada 15,17, dan 18 November 2018, Burn The Stage di Malaysia berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM 1 JUTA atau RM 1 million..huishh banyak tau. 

Sambutan yang sangat mengalakkan dari peminat BTS di Malaysia. 
Alhamdulliah, aku juga berjaya menonton filem di Aeon Melaka. Walaupun hanya pergi seorang diri, boleh saja aku berbual dengan adik-adik di seat sebelah. 


Tengok sorang pun layan

Ooo ramai orang

Banner yang beratur nak ambil gambar
Beberapa perkara menarik ingin aku kongsikan disini.

GSC

Seperti yang sediamaklum, Twitter adalah platform utama peminat Kpop secara umumnya. Sebaik diumumkan GSC akan menyiarkan filem ini, ARMY segera follow Twitter rasmi GSC untuk mendapatkan maklumat terkini seperti masa, waktu dan lain-lain.

Admin GSC sangat bijak berinteraksi dengan peminat. Soalan-soalan dilayan, malah admin siap terkantoi seorang ARMY juga bila terlupa tukar akaun dan tertweet. Hehee Army bukan sahaja terhibur malah supporting berborak dengan Admin.




Sebaik berita 12,000 tiket habis dijual, seperti dijangka netizen Meleis (nama manja untuk rakyat Malaysia yang keyboard warrior, perangai ntah apa-apa, buat malu negara) mengutuk ARMY.
(Aku tak faham kenapa tajuk kena kontroversi kasi sakit hati la jugak..motip sangat)
Sebagai tanda sokongan, Admin GSC siap tukar header Twitter dengan warna purple ARMY...borahae.


Selain itu, GSC cawangan juga supporting memberikan ruang kepada ARMY untuk berkumpul, edar freebies, ambil gambar dan video. GSC gembirakan ARMY Malaysia dan sebagai timbal balik, mereka ikut arahan yang diberikan.

Tiada ARMY yang membuat rakaman, buka ARMY Bomb (sejenis lightstick fandom ini) dalam pawagam, buat fanchant ataupun menganggu ketenteraman awam di pawagam. Walaupun takde banner gempak atau ticket holder cantik, ARMY sentiasa bersyukur. 

Sejenis perangai ARMY Malaysia adalah proaktif. Bila tahu tiada ticket holder cantik berbanding pawagam di Korea, ARMY kumpul duit, design dan print sendiri hand banner, ticket holder, photocard dan diberikan secara percuma (ini namanya freebies) kepada ARMY-ARMY yang lain sebagai tanda kenangan.

GSC bukan saja dapat RM 1 million hasil tayangan perdana ini, malah mereka pasti dapat belajar sesuatu dari segi pengurusan peminat, engagement, interaksi di media social dan sebagainya.

Pandangan Non-Fans

Aku rasakan jualan tiket wayang lain pun naik pada tiga hari ini kerana ramai parents yang pergi tengok cerita lain sambil tunggu anaknya tengok Burn The Stage.Tapi ada juga yang masuk tonton sekali walaupun mereka bukan ARMY.

Kebanyakan komen yang diberikan selepas menonton filem ini adalah heart-warming. Ada yang mula faham kenapa ARMY sangat meminati BTS, sangat protective kepada BTS. Ada yang keluar pawagam dan berazam mahu bekerja lebih keras selepas melihat usaha 7 orang idol ini.

Non-fans tak perlu pun bertukar menjadi peminat selepas tengok filem ini, tapi cukup mereka mula memahami kita ARMY dan tidak salah faham kepada peminat kpop lagi selepas ini.

Atas alasan ini jugalah aku sangat mahukan filem ini ditayangkan di Netflix pula supaya bukan sahaja ARMY lain yang tak berkesempatan dapat tengok, aku juga mahu mendengar dan melihat pandangan non-fans yang lain. (selain nak tengok muka member satu-satu dalam setiap scene & nak screenshot scene best huhu)

Meleis vs ARMY

Seperti biasa Meleis mengutuk dan menghina malah mengeluarkan perkataan kurang manis terhadap ARMY. Mungkin tidak berpuashati dengan jumlah kami yang ramai, mungkin tak boleh terima kenapa mereka boleh buat filem, mungkin dengki, mungkin kurang perhatian. Ntahlah,aku pun kurang faham kenapa mereka sakit hati sangat dengan ARMY.

Manusia biasa, ARMY retaliate dengan reply dan quote Tweet mereka. Dan seperti biasa, its a never ending cycle of mengutuk and negativity. However, one good thing did come out of all this.


Walaupun dihina dan dikutuk, ARMY decide to be the bigger person dan preach what BTS always thought us. ARMY merancang untuk menyokong sebuah charity autism yang salah satu Meleis ni promote. Dengan segera satu akaun Twitter dibuka, follower bertambah dan idea serta perancangan terus dibuat.

Oh ARMY, korang sangat ohsem! Aku suka untuk menyokong usaha ini not because we want to flex to them, but because this is for good cause. Kekuatan ARMY adalah their numbers and dedication so whenever they decide to do something together, most of the time its gonna work.

Aku sering mengikuti perkembangan fanbase ARMY yang melakukan charity seperti OneinAnArmy dan @btsforcharity di Malaysia. Malah, Noona HQ pun pernah join charity event mereka. Biasanya mereka buat event sempena birthday BTS member. Cuma kebelakangan ini lebih banyak cafe, cup sleeve, billboard event dibuat sempena birthday.



Its about time we get back to our charity event pulak. Not only we preach what we said. Lets follow BTS suggestion and footsteps in supporting charity in real life and not just with hashtag.

Also, it wont be a problem as we still got to meet with other ARMY and have a good time too.

What To Do With Annoying Meleis

Block & Report.
Tak perlu layan, reply, quote, retweet dan sewaktu dengannya.
Pernah curah air dekat daun keladi? Takde kesan apa pun, jadi stop doing that.
Hentikan berikan perhatian, buang energy, air liur, data je. 

Dan sebelum terlupa, video fangirl bertudung menari dan menyanyi aka flashmob di luar pawagam itu bukan rakyat Malaysia, itu video negara lain..Haaa,,,macam mana yang dah tuduh-tuduh, fitnah tu...haaa lu fikir sekejap.

Tapikan, BH akan ambil tindakan undang-undang kepada yang suka slander aka fitnah. Quoting Bh "we will not settle" ha!! see you in court!

BigHit poyo tak promote

BH masih dengan style dia. Takde promote pun filem ini. ARMY dapat tahu ada filem ni pun at a random place bila nampak poster. Selepas itu terus ARMY satu dunia cari info bila, dimana tayangan ini akan diadakan.

Jadi saja jelah nak cakap, tanpa proper promotion pun kami dah berjaya mendapat $9.3 million untuk tayangan seluruh dunia. Burn The Stage adalah the highest-grossing cinema musical production of all time mengalahkan One Direction: Where We Are-The Concert Film (2014) dengan kutipan sebanyak $4.8 million.

Memang power betul considering dia premier hari Khamis dengan hanya 620 lokasi berbanding tayangan lain yang biasanya 2,000 hingga 4,000 lokasi bagi show top10, selain BigHit poyo je tak promo properly.

TGV Malaysia did not dissapoint

Walaupun TGC tak dapat hak tayangan Burn The Stage, siap minta maaf dengan ayat penuh perasaan, turut mendapat perhatian ARMY. Terima kasih dan korang cute.

Shout-out to TGV for their effort.
Sebagai penutup, walaupun dengan harga tiket yang agak mahal RM 30, tarikh tayangan yang sekejap sahaja, promotion gitu-gitu oleh BigHit, dimaki hina oleh netizen kami ARMY mostly behave, enjoy the movie, punya interaction baik dengan GSC (yang ada isu tu direct email GSC ok), berkenalan bersua muka dengan ARMY lain, malah come up dengan charity event selepas ini.

Aku takde rasa rugi atau menyesal. Berbaloi RM30 + RM 10 (beli popcorn) dan travel 2 jam pergi balik ke Melaka untuk tengok filem ini. Boleh kata 70% tak sama dengan Youtube Red. Untuk experience lagi ohsem, tengoklah filem dan dokumentari di Youtube jugak.

Terima kasih kepada BigHit yang come up with the movie dan adik-adik Bangtan yang comel belaka. We feel happy & sorry for you in the same time. We  hope that all 7 of you always happy and healthy.

Till we meet again in Malaysia concert (please, tolong, jebal datanglah Malaysia korang!!!)

Sekian, adios!
~B



Sources





Comments