Skip to main content

Review kdrama Itaewon Class (2020)




1. Seharusnya Hero dan Heroin sangat penting untuk meneruskan menonton cerita tersebut. Park Seo Jun berlakon kali ini lebih kurang macam cerita sebelum ini dia penah bawa. Dingin dan berwawasan. Part heroin mula-mula konfius juga sebab ada 2 orang heroin. Nak hujung2 barulah terserlah heroin yang sebenar iaitu Jo Yi Seo. Cuma ntah kenapa kimia antara hero dan heroin tak berapa nak umhpp.

2. Jalan cerita kali ini lebih fokus kepada perniagaan. Macam mana nak startup bisnes, plan bisnes, down of bisnes, bangkit dari bisnes, taktik kotor bisnes, musuh bisnes, staff dalam bisnes, partner bisnes.

3. Bila tengok kecekalan Park Saeroyi yang berjuang habis-habisan untuk mencapai matlamat dendam dia in a good way adalah sangat win. Musuh (Pak cik Jang) main taktik kotar macam mana pun dia tetap terus bangkit dengan plan yang semua orang tak sangka dan dia tak buat orang balik. Bila dia bangkit itu yang musuh dia tak senang duduk. Contohnya, bila musuh dia company no.1 kat korea punya busuk hati tak nak Park Saeroyi berjaya dia beli bangunan yang restoren Park Saeroyi sewa. 

Pak cik Jang cakap kau sewa kat mana2 aku akan pasti aku beli bangunan tu sampai kau tak boleh buat apa. Padahal restoren Park Saeroyi hanya picisan sahaja berbanding Pak cik Jang yang bisnes dah ada bangunan 10 tingkat dan cawangan merata tempat. Apa Park Saeroyi buat dia keluarkan duit pelaburan dia dari syarikat Pak cik Jang dia beli bangunan dia sendiri walaupun restoren dia dekat kawasan lorong yang tak ramai orang lalu. 

Dia tak give up dia pergi tolong jiran kedai2 area restoren dia untuk naikkan sales. Bila dia tolong kedai orang lain kedai jiran dia ramai orang datang terus lorong tu popular dan secara tak langsung bisnes dia pun naik. Konsep Its not about me but about people around me. Suka gila part2 tak boleh blah Park Saeroyi punya plan in a good way untuk buat musuh dia terduduk.


4. Benda penting bila bisnes adalah orang. Park Saeroyi memilih untuk jaga pekerja dia walau apa sahaja keadaan yang berlaku dari susah sampai senang. Dari situ kesetiaan dan percaya pekerja dia sangat tinggi dan sanggup buat apa sahaja untuk dia. Berbanding musuh dia yang menganggap pekerja dia itu anjing. Maka terimalah padahnya.

5. Nilai pengajaran bila orang buat jahat macam mana pun kau balaslah dengan kebaikan. Bila musuh bisnes Park Saeroyi dah nak muflis, sakit kanser umur tak panjang dan nak ditangkap. Musuh dia datang restoren Park Saeroyi, dia siap masakkan untuk musuh dia dan musuh dia sampai terharu dan rasa berdosa sangat sampai melutut minta maaf.

6. Karakter Park Saeroyi yang sangat-sangat positif. Kena buang sekolah, bapa meninggal kena langgar dengan anak musuh dia, kena masuk penjara, kerja 10 tahun yang berat2 nak kumpul duit buka bisnes, bisnes maju sket musuh mai kacau. Dia terus tenang dan positif dan sentiasa ada jalan untuk selesaikan apa sahaja musuh dia buat.

7. Duit dan kuasa bukan selama-lamanya kekal. Sampai masa hilang begitu sahaja.

8. Part cinta pula, cinta 3 segi. Kau suka kat dia ni, dia sana suka kau. Geun sooo suka Yi seo, Yi seo suka Park Saeroyi, Park Saeroyi suka Soo Ah, So ah suka Park Saeroyi. Cinta yang berjaya adalah Yiseo dan Park Saeroyi. Bila kita suka seseorang tunjukkanlah usaha kita suka kan dia. 

Walaupun heroin kaw2 kena tolak cinta dia dari Park Saeroyi. Tapi sebab cinta Yiseo dia sabar, berada di sisi dan tunjuk usaha yang dia cinta Park Saeroyi. Lama2 cinta pun berputik bila kau sedar bila dia tiada di sisi baru mengelabah. Cinta wujud depan mata tapi buta perut tak nampak. 

Secara keseluruhannya not too good and not too bad. Macam biasa cerita korea bukan semata-mata tentang cinta tapi point utama nak bagitahu tentang jatuh dan bangun untuk berbisnes. Kalau cerita tentang Doktor, penonton pun tahu macam mana prosedur bedah, sakit dan semuanya. Kalau cerita peguam kita pun belajar macam mana peguam bekerja. Maka penonton dapat sesuatu dan belajar.


Info tambahan, tahukah anda drama ni adaptation dari webtoon.

~HQ