Skip to main content

Random Park Seo Joon Ramble

Bila lihat Ahn Hyo-seop dalam episode 1 kdrama Business Proposal, terus noona teringat Park Seo Joon. Jika dia ada disini pasti watak ini dibawakan oleh beliau. Tinggi, rambut kemas komma style, three piece suit, muka straight bersahaja.

Memang typical karakter PSJ dalam banyak drama dia sebelum ini seperti dalam What's Wrong with Secretary Kim.

Aku rasa PSJ tak berlakon drama ni pun sebab dia sedang sibuk berlakon filem Marvel. Dah international level dah dia sekarang.

PSJ ni noona tak tahu sangat background story melainkan dia start off sebagai model sebelum mula berlakon. Watak yang dibawa kebanyakannya lebih kurang sama tapi semuanya berkesan. Yang paling noona suka semestinya drama Fight for My Way dan What's Wrong with Secretary Kim . Itaewon Class noona belum tengok habis lagi tapi Noona HQ dah buat review sini.

Seingat noona dia mula berlakon tak lama dah pegang watak utama atau 2nd led. Bukan kerek tapi memang kena begitu sebab look at him! Tinggi, prominent face. Kalau dia duduk kat belakang main character pun mesti orang terfokus pada dia. Elok jadi main character terus.

Bila research baru noona tahu dia berlakon dalam MV I Remember Bang Yong Guk dari BAP tu. Omg lagi ni sangatlah debomb zaman tu. Suka gila lagu ni dengan suara BYG dan Yoseop BEAST, best collabo. Tapi waktu dulu memang noona jarang layan MV, kalau dengar dan suka lagu tu akan ulang-ulang dan cari lirik je. Jarang usha pelakon dalam MV. Maafkan Noona  PSJ huhuu

 

PSJ ni bukan nak kata apalah kan tapi memang all around artist. Modelling mantap, English & other foriegn language pun boleh (tengok saja dalam Youn's Kitchen), takde skandal, pembawakan baik ( boleh tengok Youtube channel dia), segeng dengan Taehyung, eh perfectlah kiranya.

Satu lagi bila PSJ sebagai main actor baru noona faham kenapa side kick kena muka kontra habis aka tak sehandsome watak utama. Sebab supaya fokus penonton tak lari. 

Even dalam drama Boys Over Flower F4 pun semua main character dia hensem tapi handsome dengan style berbeza. Cuba tanya member yang minat Koo Jun-Pyo, tak minat sangat  watak Yun Ji-Hu, So Lee-Jeong atau Song Woo-Bin.

The closest character yang boleh ada ciri macam PSJ mestilah antagonist dia atau 2nd lead. Baru ada fans support team berbeza & meriah sikit.

Teringin gak nak tengok PSJ play very different character dalam drama. Tak semua orang boleh buat especially yang main character sebab public dah terbiasa / very impactful watak dia sampai tak boleh bawak watak lain. At least for noona lah sebab watak  Ko Dong-man tu sangatlah best. Tengoklah berapa banyak award yang di dah menang dan dicalonkan.

Ini satu kelebihan buat side character/2nd lead sebab mereka boleh experiment lakonan yang pelbagai dari budak sekolah, pekerja ofis, psychopath etc dan orang tak perasan pun mereka adalah orang yang sama.

Noona pun tak tahu apa objektif asal write up ini sekadar brain dump tentang PSJ dipagi hari..huhuu. oklah Noona nak buat kerja bye!

Sekian
~B

Comments