Skip to main content

Hyena (2020) Kdrama Review



Drama yang aku nanti-nantikan tahun ini. Entah kenapa nak cari Ju Ji Hoon balik. Bagi penonton kdrama senior mengenal beliau dari drama terhebat 14 tahun lepas iaitu Princess Hour. Bagi peminat kdrama muda pula kenal beliau dari siri Netflix Kingdom & Kingdom 2.

Dari mana asal kita itu tak penting, yang penting tontonlah drama ini sebab abang JJH jarang keluar drama. Aku kenal beliau dari Princess Hour (masa ni baru kena sindrom 2nd lead hahaa),  follow filem Antique Bakery & The Naked Kitchen huhuu.

Ada masa nanti korang check out pulak movie beliau sebab semuanya best iaitu The Spy Gone North (done!), Along With The Gods, Along With The Gods 2, Dark Figure of Crime etc. Ehh ni bukan post puji JJH so back to the drama.

Sinopsis


Berkisar tentang peguam yang menjaga golongan kaya, chaebol iaitu the top 1% di Korea. Termasuklah anak orang kaya, ahli politik, artis, orang korporat, public figure dll. Peguam-peguam ini bekerja dalam law firm Song & Kim. 

Yoo Hee Jae (HJ) adalah golongan elit yang kerja sebagai peguam dalam agensi Song & Kim. Dalam menyelesaikan kes cerai seorang chabeol, dia jatuh hati dengan seorang wanita misteri yang dia jumpa masa basuh baju kat laundry.

Rupanya wanita itu adalah Juem Guemja (GJ) peguam lawannya dalam kes cerai. Tergamam, GJ peroleh info penting yang menyebabkan HJ kalah kes itu. Sejak itu mereka kadang bertemu di mahkamah sebab GJ punya SOP adalah cari klien kaya & HJ memang kliennya orang kaya saja.

Thing took a change bila GJ dijemput menjadi peguam di dalam Song & Kim. Seperti dijangka mereka berdua tidak sekepala, selalu bertelagah kerana prinsip & cara kerja berbeza. At the end the found a common enemy & work together to make sure justice prevail.

Best!

Review


Kenapa Hyena?

Soalan pertama aku sebab takde kaitan antara haiwan ni dengan cerita pasal peguam. Sedikit kajian dari Google, aku simpulkan beberapa karakteristik haiwan ini :

  • Hyena dan singa berebut kawasan dan memburu mangsa yang sama. 2 haiwan ni memang pesaing dahsyat & biasa curik makanan lawan malah bunuh anak lawan mereka.
  • Hyena berburu dan membunuh dalam kumpulan. Bila dia makan, sekejap je habis dengan tulang-tulang sekali dia telan.
  • Hyena akan berbunuh sesama sendiri untuk rebut makanan



  • Hyena betina lebih agresif, besar & bermuscle dari hyena jantan. Mereka bersifat matriarchal (betina lebih dominan)
  • Team work hyena terbaik. Malah mereka boleh berkomunikasi sesama sendiri, siap ada komunikasi non-verbal 



Tak tahu pulak aku ada penonton tak suka gabungan 2 main characters ni sebab perbezaan umur mereka iaitu 12 tahun. Be real lah, watak Jung Geum Jaa (GJ) September 5, 1970 tak nampak tua 12 tahun pun, tapi nampaklah dia lebih tua dan matang dari karakter Yoon Hee Jae (HJ) May 16, 1982.

Satu perkara yang aku nak bagitau adalah silalah hargai wardrobe pelakon dia. Semua on point lagi-lagi HJ dan GJ. Suit kaler-kaler tukar hari hari, sharp smart semuanya. Sesuailah dengan status mereka sebagai top lawyer di Song & Kim.








Watak GJ yang badass dibawa oleh pelakon senior berkaliber iaitu Kim Hyee Soo (Signal,) dan digandingkan dengan hero pujaan dolu-dolu iaitu Joo Ji Hoon. Persamaan 2 main actor ni adalah mereka banyak berlakon movie dari berlakon drama. Sekali-sekala masuk drama, mantap je skrip yang dipilih. Kira sure bestlah kalau drama yang diorang berlakon. Selain tu, payah nak nampak diorang dalam variety show. 

Kes dalam drama ni relevant & menarik seperti kes Cult religion yang kurung anak, Artis gay nak lepas diri dari kontrak yang ditandatangi masa kecik, Syarikat farmasutikel yang ada ubat penyakit dementia tapi tamak nak jual dengan harga mahal, Merger & acquisition, Startup company yang perah tenaga orang muda tanpa kredit.



Yang menarik adalah 1 main case yang goncang the whole company, juga negara dan banyak kaitan dengan orang lain. 

Ini persamaan dengan drama yang aku suka iaitu Partnes in Justice iaitu satu episod satu cerita. Ada 1 karakter yang akan muncul in a few episod dan shook the whole nation dan dalam drama ini adalah watak Ha Chan Ho.

Aku juga suka macam mana diorang selitkan back story main karakter dia yang menunjukkan mereka semua dalah human yang ada banyak flaw, kelemahan dan kisah silam. Still, watak GJ yang badass, tak conform pada social expectation, dan yang paling penting kisah cinta dan perasaan tidak melemahkan beliau.

Ah unni memang idola kita! Karakter dia yang digandingkan dengan HJ memang best sebab kalau dapat karakter redho je tak best, tak mencabar. Ah cakap pasal love line, aku as usual memang menyokong drama yang tak paksa rela love line ada side character. Ada satu je love line kat kawan HJ &GJ yang meant to be alang-alang dah selalu sangat jumpa.

Ending dia pulak membawa bahagia dalam diri. Puas hati. 2nd season amatlah disukai jika ada dengan fokus pada Choong Law Firm pulak hehee

Rating
9/10

Tengok lom?
~B