Skip to main content

Ordinary Person (2017) #kmovie Review

Movie lagi! Kali ini movie tahun 2017. Movie ni ada kat Netflix Korea je rasanya, selain tu korang carilah site lain untuk tengok movie ni ok.

Sinopsis Simple

Seorang detektif polis bernama Kang Sung-jin ditugaskan untuk menangkap seorang penjenayah bersiri. Atas desakan pihak atasan, dia diminta cari je sesiapa untuk tutup kes itu. Perbuatan Sung-jin ini dikantoikan oleh kawan dia sendiri iaitu Chu Jae jin, seorang wartawan.

Dia akhirnya dapat juga tangkap seorang pembunuh. Tiba-tiba pihak National Security serahkan fail kes yang menunjukkan lelaki itu bukan terlibat satu kes tapi adalah pembunuh bersiri. Tapi dalam menjalankan siasatan Sungjin dapati mustahil lelaki ini mampu membunuh seramai dan sekejam itu.

Tapi dia ikutkan saja arahan dari Namsan untuk fabricate the murder. Pertimbangannya diuji bila rakan wartawannya dikehendaki oleh pihak National Security. Apakah pilihan yang akan dibuat Sungjin? Kekayaan, keluarga, kawan atau keadilan yang akan dia pilih?

Review

Historic Event

Tema crime-action, so no fluff here ok. Background movie ini tahun 1987 iaitu waktu Korea sedang bergelut dengan kebebasan demokrasi juga dikenali dengan June Democratic Struggle. Banyak protes yang berlaku selama hampir sebulan, pembunuhan dan penyeksaan kepada aktivis, wartawan dan pelajar sebelum Korea dapat pilihanraya demokratik yang pertama. 

Selepas tengok movie ni aku tak sabar nak tengok movie yang berkaitan dan timing yang lebih kurang iaitu Taxi Driver dan 1987: When The Days Come. Best tengok movie gini sebab kat Malaysia tak banyak filem nak angkat kisah reformarsi walaupun protest kita tidaklah sedahsyat di luar negara..kot.

Pelakon Wibawa

Mr Son Hyun joo yang bawa watak utama memang takyah cerita. Senior actor, various dramas under his belt. Drama terbaru dia tahun 2020 ni The Good Detective baru habis. Lakonan beliau sebagai police officer yang tersepit dalam peritnya hidup sebagai polis yang jujur tapi nak bahagiakan anak dan isteri. Memang Layak dapat anugerah Best Actor Award.

Lakonan antagonis oleh Jang hyuk memang best..Muka menang villain lah dia ni hehe. Kalau nak tengok antara drama terbest beliau pada aku adalah Slave Hunter, tengok ni legend habis drama ni wei.

Special shout out pada Jo Dahl hwan sebagai orang yang teraniaya dalam movie ni. Dia berlakon diseksa the movie realistic banget. Scene dia whimper bila di beri makan, bila officer nak keluarkan sesuatu dari dalam kot, semua sebab dia kerap diseksa sampai dia trauma. 

Also Ji Seung hyun yang baru aku kenal dari drama Team Bulldog

Keadilan

[Spoiler Alert!]
Justice is served 30 years later, but at least the world will know the truth. Kawan wartawan Sungjin itu adalah moral compass buatnya, anjing penjaga balai yang selalu menyalak itu seperti melambangkan dirinya, moral dan harga dirinya, yang akhirnya dimakan orang.

Ada 2 quote yang aku ingat dari filem ini yang aku paraphrase
If you stay still, it will end faster.

Ayat dari anak Sungjin bila dia dibuli. Bapanya pesan lawanlah pembuli itu supaya dia tidak dibuli lagi. Pada ketika Sungjin diugut/ dibuli menggunakan anaknya, dia pula mengambil nasihat anaknya itu. Dia sanggup terima hukuman asalkan anaknya tidak diganggu.

Im just an ordinary person.

Itulah kata-kata wartawan itu ketika ditanya mengapa kau beriya mahu membongkar kebenaran. Seluruh sejaraah June Struggle, Gwangju Uprising membuktikan bahawa ordinary person inilah yang membuat extraordinary thing yang merubah seluruh sejarah dan landskap politik sebuah negara.

Rating

7/10

Great movie with great acting and a chance to relive the historic time of modern Korea.

~B 

Comments