Skip to main content

TRAIN (2020) #kdramareview


Selamat kembali ke episode mereview kdrama. Pilihan kali ini adalah drama dari channel OCN iaitu Train. Dilakonkan oleh Yoon Shi Yoon & Kyung Soo Jin (pelakon dari drama Weightlifting Fairy). Lama rasanya tak tengok drama lakonan Shi Yoon, oh how I miss him dari zaman 2 Days 1 Night. Ok kita baca synopsis dulu.

Sinopsis Simple

Train berkisar tentang Seo Do-Won, seorang detektif yang sangat dedikasi pada kerjanya. Satu hari dia dapat masuk ke satu universe yang lain dan ternampak kekasih hatinya masih hidup dialam ini ( dalam universe sebenar dia sudah mati). 

Bermulahlah episode Do-won mencari pembunuh bersiri ( universe 1) & berusaha menyelamatkan Han Seo-Kyung (universe 2). Dalam universe satu lagi ni dia masih seorang detektif tapi karakter berbeza. Rupanya that one decision he made 12 years ago menyebabkan ada 2 universe dengan ending yang berbeza. 

Dapatkan dia mencari siapa pembunuh bersiri itu? Dapatkan dia menyelamatkan nyawa & adakah dia akan kembali ke universe asalnya? Wajib tengok sampai habis. 

Review Ringkas

Pelakon mantul (mantap betul)


Yoon Shi yoon sebagai Do Won adalah terbaik! Asalnya Kim Jae Wook (Her Private Life) ditawarkan watak ni tapi dia decline. Premis cerita ini yang memerlukan dual roles aku rasa sangat perfect untuk Shiyoon. Ini bukan first time,tengok saja watak double roles seperti dalam drama Your Honour ( aku tengok tebuk-tebuk so takde review la ye). 

Dengan suara, smirk, pandangan sinis, emosi, air mata semua power untuk villain karakter (boleh tengok drama Kim Takgu). Watak sweet-sweet boleh tengok drama Flower Boys Next door (kemain nama Enrique tau haha) & Hit The Top. Untung production amek 1 orang, boleh berlakon 2 watak serentak tapi penatlah actornya. 

Air mata ..air mata dia weiii..dia bergenang air mata, aku pun feel. Shiyoon ni stok macam Lee Junki gak bab air mata hahaha Oleh itu aku rasa dia layak memang next best acting lagi sekali. 

Kyung Soo jin sebagai Han Seokyung best gak. Aku tak berapa gemar watak dia dalam dia dalam Weightlifting (maknanya menjadilah lakonan dia) mainly sebab dia selalu berkerut, aku tak faham kenapa dia selalu stress hahaha. 

Rupanya memang rupa dia begitu (astaga..kutuk muka orang). Lakonan dia best, emotional jugak wei dan kena bawak 2 karakter juga seperti Shiyoon but not throughout the whole drama as (spoiler) one of her die halfway. Action scene pun ada nubbad. 

Other than the 2 main actor, tepukan gemuruh patut diberikan pada semua supporting actor sebab serius semua mantap, ada connection. Tak boleh explain banyak sebab nanti spoil, but really supporting punya lakonan memang cengggini. 

OCN & crime drama 

Tidaklah aku ketahui rupanya OCN terkenal dengan drama jenayah dan thriller. Almaklumlah saya jenis follow the flow je, mana yang best kita layan regardless of channel. Anyway, aku bersetuju jugaklah dengan statement diatas. 

Unsur suspen dia ngam-ngam soi, action/fight scene best tak terlalu over . Dramatik dia pun best tak meleret buang masa. Lepas ni boleh usha lagi drama OCN sebab den suka crime drama. 

12 Episod

And its enough! Nice lah flow drama ni. Tak terlalu laju nak kejar ending dan tak drag buang masa. Tak semestinya drama kena ada 16 episod, drama ni adalah contoh terbaik bila writing padat, 12 episod cukup untuk membawa penonton ke 2 universe dengan ending yang puas hati. 

Parallel Universe

Drama ni pulak keluar time The King: Eternal Monarch tengah Up. Katanya macam nak rival, sebab ada tema paralle universe tapi yang itu lebih kepada romatik drama, yang Train lebih kepada thriller.

So your choice. For me yang ada attention span sependek ikan emas Train doesn’t confuse me sebab you will know when they change to another universe dan tak terlalu tekankan sangat tentang the exchange etc. Sebaliknya focus kepada apa yang dilakukan oleh watak itu & kesannya. 

Aku suggest kalau nak tengok yang cam tukar-tukar universe confuse sikit tu boleh tengok Man From Mars tu pun best amat. Review boleh baca sini https://noonameroyan.blogspot.com/2019/09/life-on-mars-kdrama-review.html

Ending

Not boring at all, it kept you on the edge. Intense, mystery, suspense semua cukup rencah. AKu personally puas hati ending dia& I really don’t want to spoil the ending. 

“Although the drama dealt with crimes and investigation, I think the message buried inside the story is one that touches the heart .Although the drama has ended, I hope it will linger in your memory for a long time to come.” 

Benar kata pelakon wanita dia. Ada mesej kemanusian disebalik kisah jenayah ni sebenarnya. Itu yang buat kita rasa melekat tengok. Dan true, its linger in your memory. 

Rating

10/10 + rewatch when got time.
I highly recommend this drama. Tak ambil masa lama pun Cuma 12 episod, confirm tak boring, bila dah sampai hujung drama serius ko rasa macam whattt?? Dan nak repeat balik the drama untuk cari klu dan connect the dot. 

~B 

Comments