Noona baru perasan bulan Disember 2020 haritu takde post langsung di blog, mianhae. Biasalah hujung tahun baru nak sibuk (tapi tak sibuk sangat pun sebenarnya) jadi tak sempat nak menaip. Tahun 2020 banyak jugaklah drama & movie yang noona layan.
Dan untuk penutup 2020, noona berjaya habiskan drama yang mendapat sambutan hangat iaitu Start-Up. Jarang sebenarnya noona tengok drama yang semua orang tengok, tapi kali ini noona layan sebab kawan ajak spazz. Nak tulis review macam dah banyak orang tulis & dah lambat timing, jadi kali ini noona nak tulis mengenai beberapa isu yang menarik untuk dikupas.
“LETS NOT BE EACH OTHER PRIDE AND JOY”
Tak ingat pulak episode berapa, tapi episode awal-awal juga ada scene Nam Dosan cakap ayat ini kepada ayahnya. Sampai nangis-nangis dia cakap kat ayah. Dia tak mahu jadi kebanggan dan kegembiraan mak ayah dia. Dia cuma nak jadi seorang anak kepada mak ayah dia.
Dosan to his dad |
Dosan selalu dibangga-banggakan oleh parentsnya kerana dia
memang genius dari kecil. Masa pertandingan Olimpiad tu dia ada tiru jawapan
orang lain, menang contest pulak tu. Peserta termuda dan dia mengalahkan semua
orang yang lebih berusia darinya.
Namun kebanggaan ibu bapa itu rupanya mimpi hitam untuk
Dosan yang rasa bersalah & tidak layak untuk menang. Sebab dari kemenangan
itu, Dosan dapat lompat kelas ,terus masuk kolej, dapat jumpa idola dia dll.
Tiba-tiba dia rasa semua itu dia tak layak dapat sebab dia
ada copy jawapan orang masa exam.
Perasaan not worth it, tak layak ini sedih sebenarnya. Dia punya rasa bersalah, rasa rendah diri itu bertahun-tahun. Kalau Dosan tak copy jawapan tu pun mungkin dia menang juga, kalau tidak pun 2nd place sebab dia memang bijak. Tapi the pressure to win, untuk jadi anak kebanggaan mak ayah itu menyebabkan dia terdesak nak memang.
After years of that incident, Dosan blow out. Dia ceritakan
semua pada ayah dia dan seperti dijangka ayah dia marah dan kecewa. Lepas
keduanya lepaskan perasaan dan take time off, kata-kata Dosan ini
understandable.
Dia tidak mahu lagi jadi pingat pada mak ayah yang boleh
dibawa kehulu kehilir, yang boleh ditayang dan dibangga puja tapi dia hanya
mahu jadi anak yang disayangi unconditionally.
Selepas kejadian itu, Dosan rasa lepas dari bebanan dan expectation
mak ayah dia lalu dia boleh buat yang terbaik untuk dirinya.
Scene ini sekejap saja tapi noona rasa baik untuk difikir,
dan diambil iktibar. Berapa ramai antara kita masih terbelenggu dengan silent
expectation from our parents? And how many of us young parent had such high
expectation to our kids?
YOU MIGHT NOT BE THE BEST CEO, BUT YOU MIGHT BE THE BEST NO 2, NO 3 OR NO 40 IN THE COMPANY
Ayat ni tiada dalam drama tapi ini yang noona dapat dari
dynamic Dosan jadi CEO, tukar Dalmi jadi CEO, then Injae jadi CEO. Kata-kata
Han Jipyeong masa dia nak sedarkan Samsan Tech peri pentingnya peranan CEO.
CEO tidak semestinya orang yang memulai perusahaan itu, tapi
orang yang boleh buat keputusan yang terbaik untuk semua orang. Yang berani
ambil risiko yang sudah ditimbang tara. Yang boleh mengawal selia orang
bawahannya. CEO tidak semestinya dari bidang yang sama tetapi
orang yang boleh menanggung dan menjawab diakhir nanti.
Ternyata ketiga-tiga founder Samsan Tech kurang sesuai
menjadi CEO, tetapi mereka memang powet sebagai CTO (Chief Technology Officer).
Oleh itu Dalmi dengan semangat juangnya layak mengetuai mereka.
Dalam company yang lebih besar, Dalmi turun pangkat balik
dan bekerja bawah akaknya Injae. Masa ini kita tengok potensi Dalmi makin
berkembang. Sampai satu masa yang sesuai, Dalmi dilepaskan untuk mengetuai anak
syarikat bagi Injae company tadi.
Bila korang menjadi ketua atau CEO atau berbisnes sendiri
nanti, korang akan faham bagaimana karakter kita akan berubah dan terbentuk dari
jawatan dan kerja yang kita lakukan. Jadi CEO tiada lagi masa untuk diri
sendiri, hati kering kerana berat tanggungjawab. Friend is friend, work is
work.
Tak semua orang sesuai memegang tanggungjawab ini. Kita perlu
turunkan ego & memahamkan diri kita dan orang keliling (pemegang saham
lain, ibu bapa etc) untuk sedar yang kita tak mahir semua benda. Ada perkara
yang perlu dioutsource, ada perkara yang cuma membuang masa jika kita spend
time untuk try and study new things instead of fully utilized our strength.
Kita mungkin tak boleh jadi orang nombor satu terbaik dalam company, tapi jika kita boleh jadi orang kedua, ketiga, keempat puluh terpenting dalam syarikat pun mantap.
CEO of a small kampung business enterprise vs number 45 staff in Google with share
Mana satu pilihan anda?
I MIGHT’VE FAIL, BUT I HAVE NO REGRET. IT WILL BE A LEARNING EXPERIENCE, NEXT TIME IT WILL BE EASIER, YOU PASS FAILURE ON YOUR WAY TO SUCCESS
Ini semua ayat Dosan kepada Jipyeong . I agree with all of
that especially at individual level. Kita try semua benda, kalau fail tak
berjaya its ok kita belajar sesuatu. Bak kata Edison, I have not failed, I just
found 10,000 ways that wont work.
Lepas kita dah tahu apa yang salah, apa yang tak jadi, kita
belajar dan percubaan seterusnya akan jadi lebih mudah. Untuk berjaya, kita
perlu tempuh kegagalan dulu. Untuk berlari, kita pasti merangkak, berdiri, dah
terjatuh awalnya.
Saya mungkin gagal, tapi saya tak ada sesalan. Ini penting
dan saya berpegang pada kata-kata ini juga. Orang mungkin kata this is a
reckless thinking, but for me as long as it’s a calculated risk and you
understand what you gonna lose and ok with that, takde lah regretnya nanti.
Seperti surat Noona kelmarin, marilah kita hidup tanpa penyesalan.
Satu side lagi, ada yang pernah menerangkan betapa corak
fikir Jipyeong dan Dosan itu berbeza kerana kerjaya mereka. I am no engineer so
I cant vouch for Dosan, but I do business so yeah I totally get Jipyeong.
Keputusan dia, nasihat dia bukan bersifat peribadi, bukan berdasar memori dan
perasaan tapi berdasarkan kira-kira dan business. One mistake can cause the
whole company to collapse, not everything can be try-and-error cause that error
can ended everything.
Still, Jipyeong learn that beside numbers, being a good
human still rise above everything.
SAILING OFF WITHOUT A MAP WAS MARVELOUS
This is a scary statement, often time not realistic. But once in a while, we all need to sail without a map in our life to find our true self.
Yeah those are some scene and dialogue that I think a lot after
the show. Start-Up menarik kerana menunjukkan satu ekosistem yang tidak pernah
kita faham jika kita tak pernah berada didalamnya. Tak sangka pula drama ini
menyebabkan wujud Team Dosan vs Team Jipyeong. Second lead syndrome is real in
this one.
From the beginning I stan Yeonsil and I am not complaining
at all at the end hehehe.
So, which team are you?
~B
Comments
Post a Comment